omniture

Wangian musim bunga Bond No. 9 sentiasa berkisarkan permulaan baharu. Tetapi wangian musim bunga 2014 kami yang segar meraikan permulaan baharu yang belum bermula pun lagi. Namanya? Hudson Yards.

Bond No. 9 New York
2014-03-31 21:37 158

NEW YORK, 31 Mac 2014 /PRNewswire/ -- Di Bond No. 9, kami mempunyai misi khusus untuk memetakan keseluruhan Bandar raya New York dengan wangian. Broadway … Park Avenue … Wall Street … Chinatown: inilah antara jalan dan kejiranan ikonik yang telah memenuhi portfolio wangian kami. Kami turut mencipta wangian yang meraikan kawasan yang menjadi tumpuan sambutan hangat, seperti Bleecker Street, Madison Square Park dan juga Brooklyn. Kami juga tidak mengabaikan taman dan dataran di bandar ituGramercy Park, Central Park, Bryant Park, Washington Square, dan sebagainya.

Bagi melihat aset multimedia yang berkaitan dengan siaran ini, sila klik: http://www.multivu.com/mnr/7150551-bond-no-9-hudson-yards-spring-2014-eau-de-parfum

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140331/MM87981

Tetapi untuk musim bunga 2014, akhirnya kami berjaya mengatasi diri kami sendiri apabila bercakap soal pemilihan lokasi yang penuh inspirasi. Kali ini, kami menumpukan perhatian kami terhadap kejiranan tulen tertentu yang belum wujud pun lagi – atau lebih tepat lagi, sedang dalam proses pembinaan. Kami maksudkan Hudson Yards, kawasan Western Midtown yang begitu luas. Bersempadankan Chelsea dan Hell's Kitchen, ia juga berdekatan dengan Sungai Hudson sehingga bau sungainya turut mengisi udara. Dalam pembinaan pada masa ini, Hudson Yards sedang ditukarkan daripada tempat parkir berkersik untuk kereta api yang menghubungkan Stesen Pennsylvania agar menjadi dunia unggul masa hadapan. Bayangkan rangkaian bangunan yang bakal mengubah rupa latar langit yang lancar dan tirus, tersergam di ruang udara Midtown yang paling barat – tempat yang sehingga kini begitu kekurangan bangunan pencakar langit. Bayangkan metropolis mini yang mempunyai bangunan apartmen ultra moden, di samping kompleks pejabat, tapak kebudayaan, serta hotel mewah, tidak termasuk lagi kedai dan pasar raya, lebuh hias serba lengkap, stesen kereta api bawah tanah (untuk laluan No. 7 yang dipanjangkan – agar anda yakin anda masih berada di New York), serta terminal feri.

Apabila pembinaan ini siap dalam masa beberapa tahun kelak, Hudson Yards tentu akan menetapkan tona dan kepantasan untuk pembinaan landskap bandar masa hadapan di seluruh dunia. Itulah gambaran besarnya. Tetapi kerja pembinaan bandar yang sedang berlangsung ini sudah pun menjadi sumber ilham bagi kami di Bond No.9 memandangkan kami telah mencipta tawaran musim bunga 2014 yang berkisarkan permulaan baharu yang menyegarkan semata-mata. Hudson Yards, wangian kami, ialah campuran penuh ghairah lapisan kelopak bunga berembun segar. Ia bermula dengan bau bunga lily-of-the-valley yang subur dan menarik perhatian, dibaurkan dengan bau bunga freesia penuh tulus serta lada biji (peppercorn) merah jambu tajam pedas. Kemudian, apabila deria anda sudah dibangkitkan, ia beralih dengan lancar kepada bauan pertengahannya: gubahan bunga berembun segar yang diserikan kudup bunga peoni dan mawar Bulgaria – dighairahkan lagi dengan tambahan pekatan laici ibarat wain. Bauan bawahannya yang tahan lama – bunga oren sitrus, bunga iris serta kasturi putih – memastikan wangian Hudson Yards tidak akan pudar.

Botolnya tentulah mesti mempunyai rekaan futuristik – dan ini bermaksud hanya satu warna sahaja yang akan diterima, warna hijau pucuk pisang hampir neon bergemerlapan yang kontemporari. Ia juga berkilau, kerana permukaan kacanya dipunar laser dengan corak rangkaian keseluruhan lambang membulat Bond No. 9 yang dikenali. Jika dilihat menerusi cahaya, ia akan menunjukkan kelutcahayaan berkilat yang hampir menyerupai renda. Di sekeliling leher botolnya pula, agar anda akan sentiasa diingatkan hakikat komposisi wangian itu seumpama kelopak, terletaknya kudup bunga kain memekar dalam warna hijau pucuk pisang yang sedondon.

Latar belakang Bond No. 9 New York: Setelah menceburi perniagaan selama sepuluh tahun, Bond No. 9 ialah syarikat pengeluar minyak wangi di pusat bandar yang mengkhusus kepada rekaan wangian penuh seni yang membangkitkan suasana kejiranan dan jalan New York – dari Riverside Drive ke Chinatown ke Pulau Coney. Bond No. 9 mempunyai misi berganda: Untuk memulihkan nilai kesenian kepada seni penghasilan wangian dan untuk menandakan setiap kejiranan New York dengan bauannya sendiri. Setiap wangian mewakili kawasan pinggir bawah bandar, pusat bandar atau pinggir atas bandar yang tertentu, atau membangkitkan suasana keseluruhan bandar raya. Apa yang Laurice Rahme sedang lakukan ialah mewangikan keseluruhan pulau itu.

Hudson Yards mula dijual di kaunter pada 1 April 2014. Harga: 100ml, $285; 50ml, $200; krim badan wangian, $135; lilin, $115; cecair mandian wangian, $95; semburan kocek boleh isi semula, $95.

www.bondno9.com

 

Source: Bond No. 9 New York
Keywords: Cosmetics & Personal Care Household/Consumer/Cosmetics Retail Broadcast feed announcements New products/services