omniture

P&G Health sambut Minggu Kesedaran Neuropati 2023 dengan usaha untuk membantu orang ramai 'Meletakkan Semula Kehidupan di Tangan Mereka'

P&G
2023-05-11 11:05 42
  • Memakai reben ungu untuk tahun ke-2 berturut-turut bagi meningkatkan kesedaran tentang Neuropati Periferi, satu keadaan yang kurang didiagnosis dan kurang dirawat dengan ketara di Asia, Timur Tengah & Afrika
  • Mengeluarkan kajian penyelidikan baharu yang menekankan peranan Vitamin B dalam menyokong fungsi saraf yang sihat

SINGAPURA, 11 Mei 2023 /PRNewswire/ -- P&G Health, bahagian penjagaan kesihatan Procter & Gamble (NYSE:PG) pembuat Neurobion, mengumumkan kempen 'Put Life Back in Your Hands' buat tahun keduanya yang berturut-turut bagi menyambut Minggu Kesedaran Neuropati 2023 merentas 18 negara di Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika. Neuropati periferi (PN) ialah keadaan klinikal kronik, yang mana sistem saraf periferi rosak. Gejala-gejala neuropati periferi termasuk rasa kebas, kesemutan, tercucuk-cucuk dan sensasi terbakar pada tangan dan kaki. Penghidap PN melaporkan kesan ke atas kualiti hidup mereka termasuk kebolehan fizikal yang berkurangan dan tidur yang kurang baik.

Dengan diabetes melitus menjadi punca utama[1] PN, prevalens PN yang semakin meningkat amat berkait rapat dengan peningkatan bilangan pesakit diabetes. Jumlah keseluruhan pesakit diabetes di Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika diramalkan mencecah 603 juta orang menjelang tahun 2045[2], dengan anggaran 50% pesakit diabetes mengalami Neuropati Periferi sepanjang hayat mereka. Selain daripada diabetes melitus, penuaan, ketagihan alkohol dan kekurangan vitamin B merupakan faktor-faktor risiko tinggi lain yang membawa kepada kerosakan saraf periferi.

Aalok Agrawal, Naib Presiden Kanan, P&G Health, Asia, India, Timur Tengah & Afrika berkata, "Neuropati dan masalah kesihatan Saraf terus kurang didiagnosis dan kurang dirawat di rantau kami. Bagi tahun ke-2 berturut-turut, P&G Health memakai reben ungu sempena 'Minggu Kesedaran Neuropati' untuk membantu lebih ramai orang memahami dan mengatasi Neuropati Periferi dan komplikasi yang berkaitan dengannya. Pasukan kami merentas 18 pasaran akan bekerjasama erat dengan ahli profesional penjagaan kesihatan dan pertubuhan perubatan, pihak berkuasa, pengguna serta pesakit untuk meningkatkan kesedaran melalui pengaktifan dalam talian dan luar talian yang kreatif serta kem saringan fizikal dan penggunaan alatan saringan kendiri digital bagi menghidupkan cabaran seharian yang dihadapi oleh mereka yang menghidap PN dan menekankan peranan diagnosis awal serta rawatan yang tepat pada masanya."

TAHUKAH ANDA?

  • Gejala-gejala Neuropati Periferi (PN) seringkali disalahtafsirkan oleh pakar perubatan rawatan asas memandangkan ramai pesakit mengalami kesukaran untuk menerangkan simptom-simptom mereka, justeru itu tidak dirawat dengan betul[3].
  • Pesakit selalunya tidak menyedari gejala-gejala dan perkaitannya dengan saraf atau mengabaikannya. Satu tinjauan yang terkini menunjukkan bahawa sehingga 57% pesakit diabetes jenis 2 tidak didiagnosis dengan neuropati perifer diabetik yang menyakitkan[4].
  • Sekiranya PN tidak didiagnosis awal dan dirawat tepat pada masanya, ia mungkin berkembang menjadi kesakitan neuropatik yang menjejaskan kualiti hidup, kehidupan sosial dan juga kehidupan bekerja dengan ketara [5].
  • PN diabetik yang menyakitkan dikaitkan secara signifikan dengan gangguan dalam status pekerjaan dan produktiviti kerja. Daripada kalangan pesakit yang bekerja, 59% melaporkan kurang produktif di tempat kerja[6].
  • PN diabetik dilihat dengan kadar yang amat tinggi dalam kalangan pesakit diabetes di Asia Tenggara; di sesetengah negara, meningkat kepada hampir 60%[7].

Vitamin B1, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam mengekalkan sistem saraf yang sihat. Vitamin B1 memberi tenaga kepada saraf, vitamin B6 membantu penghantaran isyarat dalam saraf manakala vitamin B12 membantu penjanaan semula saraf.


KAJIAN PENYELIDIKAN BAHARU

P&G Health komited untuk memulakan dan menyokong kajian dalam bidang kesihatan saraf dan neuropati periferi.

Satu kajian in-vitro yang dimulakan oleh P&G Health mendapati bahawa kesihatan neuron, yang ditakrifkan oleh kebolehhidupan sel, pertumbuhan neurit dan penjanaan rangkaian neurit yang sihat bertambah baik dengan ketara apabila sel saraf tumbuh di bawah vitamin B1, B6 dan B12[8].

  • Dengan ketiadaan vitamin B, kebolehhidupan sel terjejas dan seraya pertumbuhan neurit pada hari 3 – 4 dilihat semakin mengurangkan kawasan kelompok badan sel dan mengurangkan panjang neurit.
  • Kajian ini menunjukkan bahawa apabila Vitamin B1, B6 dan B12 ditambah kepada kultur saraf, terdapat peningkatan dari segi jumlah panjang neurit sebanyak 124% dan peningkatan jumlah kawasan badan sel sebanyak 55%.
  • Rangkaian saraf sel yang disuburkan dengan B1, B6 dan B12 juga berganda.

*Kajian in-vitro dijalankan dengan sel saraf yang sihat.

"Melalui forum-forum saintifik seperti 'Demystify Neuropathy' kami juga akan membawakan pakar-pakar kesihatan dari seluruh dunia dan wilayah ini untuk berkongsi dan bertukar-tukar pandangan klinikal tentang bagaimana kita dapat meningkatkan kesihatan saraf dengan memahami etiologi Neuropati Periferi, menjalankan diagnosis 5-langkah yang ringkas dan menyediakan pengurusan yang tepat pada masanya termasuk memperbaiki kekurangan vitamin B," tambah Aalok.

Penafian: Indikasi Neurobion mungkin berlainan di negara-negara berbeza, sila semak dengan ahli profesional penjagaan kesihatan setempat anda untuk maklumat lanjut.

Latar Belakang kempen 'Put Life Back in Your Hands':

Kempen 'P&G Health Put Life Back in Your Hands' mendapat inspirasi daripada gejala-gejala seperti kebas dan kesemutan yang dirasai oleh mereka yang mengalami PN, memberi pencerahan tentang bagaimana mereka yang mengalami keadaan itu tidak dapat merasakan kegembiraan dan keseronokan yang sama apabila melakukan aktiviti rutin, memberi kesan negatif kepada keupayaan mereka untuk menyelesaikan sesuatu dan seterusnya menjejaskan kesejahteraan emosi mereka.

Latar Belakang P&G Health: 

P&G Health, bahagian penjagaan kesihatan syarikat P&G, menggabungkan Sains perintisan dengan pemahaman terhadap pesakit dan pengguna yang mendalam untuk menyampaikan produk unggul yang dipercayai, berkualiti dan disyorkan yang memperkasa orang ramai untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan lebih bersemangat. Portfolio P&G Health merangkumi jenama-jenama terkemuka dalam Respiratori dengan Vicks® dan Nasivin®, Kehamilan dengan Femibion® dan Clearblue®, Penjagaan Oral dengan Crest® dan Oral-B®, Makanan Tambahan Vitamin dan Mineral dengan Bion3®, Seven Seas®, Evion® dan Sangobion®, Kesihatan pencernaan dengan Metamucil®, Prilosec OTC®, Pepto Bismol® dan Align®, Neurobion® serta Dolo-Neurobion®. 

Latar Belakang Procter & Gamble:

P&G menawarkan perkhidmatan kepada pengguna di serata dunia menerusi salah satu portfolio mantap yang terdiri daripada jenama-jenama yang dipercayai, berkualiti dan berciri kepimpinan, termasuk Always®, Ambi Pur®, Ariel®, Bounty®, Charmin®, Crest®, Dawn®, Downy®, Fairy®, Febreze®, Gain®, Gillette®, Head & Shoulders®, Lenor®, Olay®, Oral-B®, Pampers®, Pantene®, SK-II®, Tide®, Vicks® dan Whisper®. Komuniti P&G melibatkan operasi di kira-kira 70 negara seluruh dunia.

Rujukan:

[1]. Landmann G. Ars Medici. 2013;1: 18-21
[2]. International Diabetes Federation (IDF) Atlas 10th Edition, 2021
[3]. Boulton AJM, et al. Diabetes Care. 2004;27: 1458-1486.  I  2. Freynhagen R, et al. Curr Med Res Opin. 2006;22:1911-1920.
[4]. Ziegler D, et al. Diabetes Res Clin Pract. 2018;139: 147–154.
[5]. Connor AB. Pharmacoecon. 2009;27: 95–112.
[6]. Allemann CJM. Diab Res Clin Practice. 2015;109: 215–225.
[7]. Malik, R.A., J Diabetes Investig 2020; 11: 1097-1103
[8]. Banek N et al., Int J Phys Med Rehab 2022, 10 (18):1000002

Source: P&G
Related Stocks:
NYSE:PG
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals