LONDON, 12 Mei 2023 /PRNewswire/ -- SPIRIT, sebuah dokumentari rencana baharu, dilancarkan pada minggu ini yang menjanjikan untuk mengubah cara kita berfikir tentang minuman koktel selama-lamanya.
Berlatarbelakangkan salah satu pertandingan koktel yang paling dikagumi dan berprestij di dunia – Pelayan Bar Global Bertaraf Dunia Terbaik Tahun Ini Diageo – dokumentari ini mendedahkan perjalanan suka duka tiga orang pelayan bar terbaik di dunia apabila mereka bersiap sedia untuk mencipta koktel yang paling penting dalam kerjaya mereka.
Bertepatan dengan Hari koktel Sedunia 2023, dokumentari ini akan tersedia untuk ditonton pada Prime Video di pasaran terpilih mulai 13 Mei dan akan mendedahkan sisi baharu dunia pelayanan bar yang luar biasa. Para penonton boleh menjangkakan untuk menyaksikan persembahan kesenian yang sempurna, minat dan aksi kompetitif yang mengujakan daripada 50 orang pelayan bar yang beraksi sebaik mungkin.
Bagi mempamerkan apa yang diperlukan untuk mencapai tahap tertinggi dalam pelayanan bar, penerbit Something™ Originals telah memperoleh akses eksklusif kepada Pusingan Akhir Pertandingan Global Bertaraf Dunia di Sydney, Australia – yang mengikuti perjalanan para pesaing dan juara dalam negara, Sahil Essani (India), Liisa Lindroos (Finland) dan Yui Ogata (Jepun), ketika mereka menggoncang, mengacau dan menapis minuman mereka untuk mendapatkan gelaran yang diidamkan sebagai Pelayan Bar Global Bertaraf Dunia Terbaik Tahun Ini.
Dokumentari ini merangkumi pandangan daripada beberapa perintis terkemuka dalam industri ini. Daripada bapa gerakan trak makanan moden, Roy Choi, hingga pemilik beberapa bar terbaik di dunia termasuk Lyaness di London dan Super Lyan di Amsterdam, Ryan Chetiyawardana; kepada Pengarah Campuran Minuman The Connaught Bar, London yang terkenal di seluruh dunia, Agostino Perrone, dan Pelayan Bar Global Bertaraf Dunia Terbaik Tahun 2017, Kaitlyn Stewart; ikon-ikon industri ini berkongsi pengetahuan dalaman mereka tentang perkara yang diperlukan untuk berjaya dalam dunia hospitaliti mewah – satu perjalanan yang melibatkan kesungguhan, kesenian dan citarasa yang mampu membawa pembaharuan.
Mengulas tentang dokumentari ini, Marissa Johnston, Ketua Global Pertandingan Bertaraf Dunia Diageo berkata: "SPIRIT menunjukkan intipati Bertaraf Dunia dengan begitu tepat – salah satu pertandingan koktel yang terbesar dan paling disegani di dunia. Ia merupakan suatu pandangan yang luar biasa dan menarik tentang perkara yang diperlukan untuk menjadi seorang pelayan bar hari ini – kami berharap orang ramai dapat menikmatinya dan mendapat inspirasi untuk mempertimbangkan kerjaya dalam industri hospitaliti."
Pengarah, Ross Bolidai berkata: "Matlamat dokumentari baharu ini adalah untuk melihat di sebalik tabir Pusingan Akhir Pertandingan Global Bertaraf Dunia bagi menceritakan kisah ketabahan, keazaman dan semangat dalam memperbaharui cara minuman koktel dilihat di seluruh dunia. Ia merupakan suatu keistimewaan untuk menyaksikan ketabahan setiap pesaing yang ditunjukkan dari awal hingga akhir."
Pertandingan Bertaraf Dunia Diageo juga telah mengesahkan bahawa ia akan menganjurkan edisi ke-14 pusingan akhir globalnya di São Paulo, Brazil dari 23 hingga 27 September 2023.
Pada lokasi Pusingan Akhir Pertandingan Global Bertaraf Dunia 2023, Marissa Johnston berkata: "Susulan daripada pengalaman yang luar biasa dalam menganjurkan Pusingan Akhir Pertandingan Global Bertaraf Dunia di Sydney, Australia, saya amat teruja untuk membawa persaingan ini ke bandar São Paulo yang hebat. Kami tidak sabar untuk meraikan lebih banyak lagi bakat pelayanan bar baharu di Brazil!"
Dokumentari SPIRIT boleh ditonton pada Prime Video mulai 13 Mei ini. Treler penuh tersedia untuk ditonton di sini: https://www.youtube.com/watch?v=7CQ1koBUKJM Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang dokumentari ini, sila layari halaman IMDB: https://www.imdb.com/title/tt27699377/?ref_=ext_shr_lnk
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/2075338/World_Class_documentary_SPIRIT.jpg?p=medium600
Video: https://www.youtube.com/watch?v=7CQ1koBUKJM