omniture

Perlawanan Akhir Piala Sudirman BWF TotalEnergies 2023 Bakal Membawakan Aksi BadmintonBertaraf Dunia kepada Peminat

TotalEnergies
2023-05-16 18:52 37

Peminat badminton & pelanggan boleh menjangkakan suasana rancak dan dinamik di dalam & luar gelanggang di China dan serata dunia

SINGAPURA, 16 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Perlawanan Akhir Piala Sudirman BWF TotalEnergies 2023 akan kembali ke China buat kali pertama sejak tahun 2019 ke Suzhou, China mulai 14 hingga 21 Mei 2023.

Kejohanan edisi ke-18 ini merupakan pertandingan berpasukan campuran badminton antarabangsa yang dipertandingkan oleh negara-negara anggota Persekutuan Badminton Dunia (BWF). Kejohanan badminton ini membolehkan para pemain memenangi mata kedudukan penting untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024. Enam belas pasukan termasuk negara-negara kuasa besar dalam sukan badminton seperti China, Indonesia, Korea dan Malaysia, akan ditampilkan.

"Kami berbesar hati dapat membawa Perlawanan Akhir Piala Sudirman BWF TotalEnergies kepada berjuta-juta peminat di China dan di dunia!" kata Ting Wee LIANG, Presiden, TotalEnergies Asia Pasifik & Timur Tengah - Pemasaran & Perkhidmatan. "Kami berharap melalui penjaan ini, kami dapat meningkatkan tenaga kepada kehidupan dan komuniti dan menonjolkan ciri-ciri utama sukan badminton dalam prestasi, kejituan dan ketahanan yang sepadan dengan misi perniagaan kami."

Mempromosikan penglibatan peminat di lapangan kejohanan & di TotalEnergies x Badminton Instagram & Facebook

Buat julung kalinya, TotalEnergies berkolaborasi dengan bintang sukan badminton, pempengaruh dan juga selebriti termasuk Prannoy H. S. dari India, Debby Susanto dari Indonesia, Mark O'dea dari Malaysia, Wei Loong Brian dari Singapura dan Worasak Sriboonwong dari Thailand.

Nantikan juga siri video 10-episod, "TotalEnergies Fanatics Backstage Pass", yang menyerlahkan detik belakang tabir pemain yang eksklusif kepada peminat: bermula dengan ketibaan mereka di lapangan terbang hingga rutin sebelum kejohanan; emosi dan reaksi selepas perlawanan. Satu lagi siri video 6-bahagian menampilkan para pemain mengalami budaya dan tempat pelancongan khas Suzhou.

Peminat yang menghadiri kejohanan Suzhou ini boleh melawat reruai TotalEnergies dan menikmati program-program yang menarik termasuk temu-mesra pemain, permainan, jelajah belakang tabir dan strim langsung interaksi pemain.

Pada bulan Mei, pelanggan TotalEnergies juga boleh menikmati diskaun untuk produk pelincir & perkhidmatan serta menerima barangan badminton yang eksklusif. Cari kami di: Amazon IndiaLazada SingaporeMalaysia dan ThailandShopee MalaysiaTokopedia Indonesia.

***

Nota Editor:

Pemimpin Pendapat Utama (KOL) menggunakan Penapis AR TotalEnergiesSC23 pada Instagram
Pemimpin Pendapat Utama (KOL) menggunakan Penapis AR TotalEnergiesSC23 pada Instagram

 

Cenderahati badminton eksklusif
Cenderahati badminton eksklusif

 

Hadiah menyeronokkan dan menarik
Hadiah menyeronokkan dan menarik

Halaman Penajaan Badminton TotalEnergies di TotalEnergies.sg

Latar Belakang TotalEnergies di Singapura

Berada di Singapura selama 40 tahun dengan kira-kira 600 kakitangan, TotalEnergies mempunyai aktiviti bermula daripada ibu pejabat serantau, pembuatan serta penyelidikan & pembangunan. Bahagian perniagaan yang diwakili termasuk Penerokaan & Pengeluaran, Tenaga Boleh Baharu Gas & Kuasa, Perdagangan & Perkapalan serta Pemasaran & Perkhidmatan (termasuk jaringan pengecasan EV terbesar di Singapura, kilang pelincir terbesar TotalEnergies di seluruh dunia dan ibu pejabat global TotalEnergies Marine Fuels). Singapura turut menempatkan aktiviti bateri Saft serta pusat Penyelidikan & Pembangunan Hutchinson. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi TotalEnergies.sg.

Latar Belakang Bahagian Pemasaran & Perkhidmatan TotalEnergies

Segmen perniagaan Pemasaran & Perkhidmatan TotalEnergies menawarkan kepada pelanggan profesional dan persendiriannya dengan pelbagai jenis produk dan perkhidmatan tenaga yang luas—produk petroleum, biobahan api, perkhidmatan pengecasan dan yang berkaitan untuk kenderaan elektrik, gas unutk jalan raya dan pengangkutan maritim—bagi menyokong mereka dalam mobiliti mereka dan membantu mereka mengurangkan jejak karbon. Setiap hari, lebih 8 juta pelanggan melawat 16,000 stesen-servis kami di seluruh dunia. Sebagai pelincir nombor empat di dunia, kami mereka bentuk dan menjual produk yang berprestasi tinggi untuk sektor automotif, perindustrian dan maritim. Bagi memberi respons yang terbaik kepada keperluan pelanggan B2B kami, kami menggunakan kuasa jualan kami, jaringan logistik antarabangsa kami dan tawaran kami yang pelbagai. Kami beroperasi di 107 negara, yang mana 31,000 pekerja kami berada hampir dengan semua pelanggan kami.

Latar Belakang TotalEnergies

TotalEnergies ialah sebuah syarikat berbilang tenaga global yang menghasilkan dan memasarkan tenaga: minyak dan biobahan api, gas asli dan gas hijau, tenaga boleh baharu dan elektrik. 105,000 pekerja kami komited terhadap tenaga yang jauh lebih berpatutan, lebih bersih, lebih andal dan boleh diakses oleh seramai mungkin orang. Aktif di lebih daripada 130 negara, TotalEnergies meletakkan pembangunan mampan dalam semua dimensinya sebagai keutamaan projek dan operasinya bagi menyumbang kepada kesejahteraan orang ramai.

Source: TotalEnergies
Keywords: Computer/Electronics Oil/Energy Sporting Events Sports Transportation Utilities Licensing/marketing agreements