omniture

Huawei Giatkan Usaha Kolaboratif dengan Rakan Kongsi, Cipta Naratif Transformasi Digital yang Memberi Inspirasi

Huawei
2023-05-20 05:18 62

SHENZHEN, China, 20 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Semasa Persidangan Rakan Kongsi Asia Pasifik Huawei 2023 yang dianjurkan di Shenzhen, Huawei berkongsi strategi rakan kongsi yang terkini di Asia Pasifik dan kemajuan kolaboratif syarikat ini dalam mencipta naratif transformasi digital merentas wilayah ini.

Sebagai enjin pertumbuhan ekonomi global, Asia-Pasifik telah lama menjadi peneraju dalam inisiatif pendigitalan dan inovasi. Huawei mempunyai lebih daripada 7,900 rakan kongsi perusahaan dan lebih daripada 2,000 rakan kongsi awan di rantau Asia-Pasifik dan ia berusaha untuk memupuk ekosistem rakan kongsi yang malah lebih kukuh di sini. Di rantau ini, Huawei menjangkakan untuk melihat perniagaannya berkembang pesat sepanjang beberapa tahun akan datang, dengan rakan-rakan kongsi menyumbang 95% daripada hasil syarikat ini. Rakan-rakan kongsi ini juga dijangka membawa pulang 800 juta dolar AS setahun hanya dengan menjual produk dan perkhidmatan Huawei.

Aaron Wang, Naib Presiden Asia Pacific Enterprise Business Group Huawei
Aaron Wang, Naib Presiden Asia Pacific Enterprise Business Group Huawei

Semasa perbincangan meja bulat "InnovAsia Tech Talk", Aaron Wang, Naib Presiden Asia Pacific Enterprise Business Group Huawei membincangkan inisiatif transformasi digital syarikat baru-baru ini di seluruh Asia Pasifik.

Di Thailand, Srinakharinwirot University (SWU) telah bertransformasi secara digital menjadi 'Universiti Inovatif' dengan infrastruktur digital yang dipertingkat. Di Laos, lombong potasy pintar pertama memudahkan panggilan telefon dari 300 meter di bawah tanah. Penyedia bekalan elektrik Macau, CEM, memanfaatkan teknologi grid pintar untuk meningkatkan kestabilan bekalan kuasa kepada 99.9998%. Di Malaysia, sebuah lapangan terbang terhubung sepenuhnya telahpun dibina, meningkatkan pengalaman pelanggan dan kecekapan operasi. Di Singapura, Green Link, Bank Digital-Sahaja yang berkembang pesat, mengoperasikan kebanyakan penyelesaian perbankannya, termasuk perbankan teras, melalui Huawei Cloud untuk ketangkasan perniagaan yang dipertingkatkan.

Wang mengaitkan kejayaan ini kepada pengalaman syarikat di China, menyebut secara khusus Pelabuhan Tianjin Pintar yang mengurangkan kos sebanyak 30% dan penggunaan tenaga sebanyak 17% melalui pemanduan autonomi dan teknologi 5G. Di samping itu, Lombong Hongliulin di Shaanxi telah menukarkan semua operasi kepada mod pintar, menyambungkan semua peralatan secara digital. "Kami akan terus menerajui jalan dalam transformasi digital, terus membina jambatan bersama rakan kongsi kami dan terus menyumbang kepada kemajuan masyarakat di seluruh dunia," kongsi Aaron Wang.

Robert Yang, Pengarah Pembangunan Rakan Kongsi Strategik Huawei
Robert Yang, Pengarah Pembangunan Rakan Kongsi Strategik Huawei

Robert Yang, Pengarah Pembangunan Rakan Kongsi Strategik Huawei, berkata bahawa syarikat ini merancang untuk menyediakan insentif sebanyak lebih $200 juta kepada pasaran Akaun Dinamakan, Pasaran Komersial dan Pasaran Pengedaran tahun ini. Beliau turut merujuk program Pembangunan Pasaran dan Dana Pembangunan Penyelesaian yang diperkenalkan pada tahun lalu yang diunjurkan untuk memperuntukkan kira-kira $300 juta sepanjang tiga tahun akan datang. Setakat ini, program ini memberi manfaat kepada ribuan rakan kongsi di seluruh dunia, menggunakan lebih $50 juta.

"Transformasi digital dan pintar mencipta gelombang yang akan melanda seluruh dunia. Ia akan bersama-sama mewujudkan ruang pasaran yang bernilai lebih satu trilion dolar AS. Huawei ingin bekerjasama dengan rakan kongsi bagi merebut peluang yang amat besar ini. Bagi pasaran Asia-Pasifik, kami telah merangka strategi pembangunan rakan kongsi yang unik untuk tiga pasaran utama, iaitu pasaran akaun dinamakan (NA), pasaran komersial dan perniagaan pengedaran. Ini dapat membantu memenuhi keperluan unik mereka dengan cara yang lebih bersasar. Kedua-dua Huawei dan rakan kongsi kami berdedikasi untuk membantu NA menuju digital, mempercepatkan pendigitalan PKS dan meneroka lautan biru perniagaan pengedaran. Semasa proses ini, kami berusaha sedaya upaya untuk membantu satu sama lain berjaya. Kami percaya Huawei hanya dapat berjaya apabila rakan kongsi kami berjaya. Justeru itu, ayuh berusaha bersama-sama untuk merebut peluang ini dan mencapai pertumbuhan bersama," kongsi David Wang, Pengarah Eksekutif Lembaga Huawei, Pengerusi Lembaga Pengurusan Infrastruktur ICT dan Presiden Enterprise BG dalam ucaptama beliau.

Di acara tersebut, Huawei melancarkan enam pakatan rakan kongsi baharu untuk rantau Asia-Pasifik, masing-masing satu untuk kerajaan, industri kewangan, kuasa elektrik dan jalan raya, laluan air dan pelabuhan serta untuk vendor perisian bebas (ISV) dan sektor penyelesaian kemudahan pusat data.

Huawei turut melancarkan siri produk, penyelesaian, alatan pendigitalan dan program sokongan rakan kongsi baharu untuk pasaran Asia-Pasifik. Ini termasuk produk awan-rangkaian pintar utama baharu, produk kilat-penuh dan produk F5G.

 

Source: Huawei
Keywords: Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Trade show news