omniture

COSRX MEMBAWAKAN SAINS KEPADA KECANTIKAN KULIT DENGAN PELANCARAN LOW PH NIACINAMIDE MICELLAR CLEANSING WATER

COSRX
2023-05-22 09:57 40

Air Pencuci Misel baharu bukan sahaja membersihkan kotoran seperti solekan daripada wajah tetapi turut menghilangkan kotoran daripada pori-pori dan mengawal rembesan sebum dan minyak berlebihan

SEOUL, Korea Selatan, 22 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Jenama kecantikan kegemaran pakar dermatologi, COSRX, mengumumkan pelancaran Low pH Niacinamide Micellar Cleansing Water baharu mereka, pencuci yang melembapkan dan lembut yang dicipta untuk mereka yang mempunyai kulit yang sensitif dan mudah berjerawat.

Low pH Niacinamide Micellar Cleansing Water COSRX yang baru dilancarkan
Low pH Niacinamide Micellar Cleansing Water COSRX yang baru dilancarkan

Low pH Niacinamide Micellar Cleansing Water mengandungi bahan-bahan penting seperti Niasinamida, Allantoin dan Asid Hialuronik yang melembutkan dan melembapkan kulit sambil menanggalkan solekan, menghilangkan kotoran daripada pori-pori dan mengawal rembesan sebum serta minyak yang berlebihan.

Keluaran baharu ini dirumuskan dengan komposisi yang serupa dengan pH kulit bagi membantu mengekalkan keseimbangan kulit yang sihat dan menguatkan penghadang kulit. Ia menanggalkan solekan dengan lembut namun berkesan sambil melakukan pembersihan secara mendalam kesemuanya tanpa mengganggu keseimbangan kulit atau mengakibatkan kerengsaan. Dalam ujian klinikal, pencuci ini melepasi kedua-dua ujian kerengsaan kulit dan okular, membuktikan ia lembut baik pada kulit mahupun mata, menjadikannya pencuci ideal untuk kegunaan harian.

Low pH Niacinamide Micellar Cleansing Water mempunyai tekstur ringan dan berair yang boleh digunakan setiap hari. Terasa seperti sebahagian daripada rutin penjagaan kulit, ia menambahkan penghidratan dan kelembutan kepada kulit sejurus ia menyentuh kulit dan ia meninggalkan rapian yang menyegarkan dan bersih tanpa sebarang sisa.

Rumusan unik air pembersih ini dibangunkan selepas mendapati bahawa kerengsaan kulit bermula pada peringkat pembersihan ekoran stimulasi yang kuat dan kotoran yang tertinggal. Ini membawa kepada pembangunan formula pembersihan lembut yang menggunakan teknologi misel untuk menanggalkan dengan perlahan-lahan solekan dan kotoran lain sambil menyegarkan kulit dengan penghidratan. Produk ini juga mengandungi niasinamida yang melembutkan kulit dan membantu menghilangkan kotoran daripada pori. Ia juga membantu menjaga kulit sensitif dengan mengawal sebum yang berlebihan dan menggalakkan kulit yang sihat.

"Kami begitu teruja untuk memperkenalkan Low pH Niacinamide Micellar Cleansing Water," kata jurucakap COSRX. "Kami merumuskan produk ini dengan hasrat untuk menghasilkan air misel pH rendah yang melembapkan dan lembut yang mengupayakan pembersihan menyeluruh tanpa menyebabkan kerengsaan yang berlebihan kepada kulit. Ia sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitif dan kulit yang mudah berjerawat!"

Low pH Niacinamide Micellar Cleansing Water berharga $16 dan boleh didapati dalam botol bersaiz jumbo (400 mL/13.52 fl. oz.) Pelanggan boleh mengetahui lebih lanjut tentang produk ini dan membelinya melalui kedai-kedai COSRX:

Latar Belakang COSRX

Menerusi penyelesaian penjagaan kulitnya yang hebat lagi berpatutan, COSRX serta-merta menjadi salah satu jenama penjagaan kulit kegemaran Amerika. Menggunakan jumlah minimum ekstrak semula jadi yang amat berkesan dalam dos pekat, produk COSRX memberi hasil yang boleh dilihat dengan merawat kulit hanya dengan asas-asas yang diperlukan olehnya dan tidak melibatkan sebarang unsur yang tidak diperlukan. Dapatkan penyelesaian penjagaan kulit paling laris terjual daripada penjual di seluruh negara termasuk Amazon, Ulta, Revolve dan Dermstore.

Source: COSRX
Keywords: Cosmetics & Personal Care Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services