omniture

Peng Liyuan, pasangan pemimpin-pemimpin Asia Tengah melawat teater bersejarah

CGTN
2023-05-23 18:54 62

BEIJING, 23 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Peng Liyuan, isteri Presiden Cina Xi Jinping, pada hari Jumaat menjemput wanita-wanita pertama Kyrgyzstan dan Uzbekistan untuk melawat Yisushe Theater yang bersejarah di Xi'an, Wilayah Shaanxi, barat laut China.

Tetamu-tetamu tersebut ialah Aigul Japarova, isteri Presiden Kyrgyz Sadyr Japarov dan Ziroatkhon Mirziyoyeva, isteri Presiden Uzbek Shavkat Mirziyoyev. Japarov dan Mirziyoyev berada di Xi'an sempena Sidang Kemuncak China-Asia Tengah yang melabuhkan tirai pada Jumaat.

Peng terlebih dahulu membawa tetamu-tetamu beliau ke muzium seni opera Qinqiang di blok kebudayaan Yisushe Theater, di mana mereka melihat barangan indah yang berkaitan dengan opera rakyat.

Mereka berhenti di hadapan karya seni mural, memerhatikan dengan teliti bagaimana pemuzik tempatan membuat persembahan bersama-sama rakan-rakan mereka dari Wilayah Barat pada zaman Dinasti Tang (618-907). Mereka diberi taklimat tentang populariti Qinqiang di China.

Peng dan tetamu-tetamu beliau juga mencuba membuat wayang kulit di dewan pameran dan berbual-bual bersama artis-artis veteran seni rakyat. Di Yisushe Theater, mereka menonton persembahan klasik Qinqiang.

Opera Qinqiang, genre opera rakyat Cina yang berasal daripada Dinasti Zhou Barat (1046 S. M.-771 S.M.), terus berkembang maju di wilayah luas barat laut China dan dimasukkan ke dalam senarai warisan tak ketara negara ini pada tahun 2006.

Seperti banyak bentuk opera tradisional Cina, Qinqiang menerapkan unsur nyanyian, tarian, seni bela diri dan akrobatik. Dipersembahkan dalam dialek Shaanxi, repertoirnya kebanyakannya merangkumi cerita lama dan kisah rakyat.

China bersiap sedia untuk memperkukuh pertukaran budaya dan kerjasama dengan negara-negara Asia Tengah serta menggalakkan persefahaman dan persahabatan antara rakyat, kata Peng.

Japarova dan Mirziyoyeva berkata mereka merasakan Jalan Sutera menghubungkan budaya-budaya Asia Tengah dan China. Mereka berharap kedua-dua pihak dapat memperdalam pertukaran sesama rakyat dan pembelajaran bersama.

Pertukaran budaya yang berpanjangan membuahkan hasil

Sepanjang lebih 30 tahun sejak hubungan diplomatik terjalin, rakyat di China dan negara-negara Asia Tengah memperbaharui persahabatan milenia, menuai hasil yang memberangsangkan dalam bidang-bidang seperti pendidikan, kebudayaan, kesihatan, pelancongan dan pertukaran sub-nasional serta memupuk rangka kerja berbilang aspek dalam pertukaran sesama rakyat.

Terdapat 62 pasang wilayah bersaudara, kawasan dan bandar antara China dan Asia Tengah. Pada tahun 2022, China mencadangkan untuk mengadakan forum persahabatan sesama rakyat China-Asia Tengah dan berikrar untuk menjadikan bilangan bandar bersaudara, berkembar dengan bandar-bandar Cina, di lima negara kepada 100 dalam masa satu dekad.

Sejak tahun 2004, China menubuhkan 13 Institut Confucius dan 24 Bilik Darjah Confucius di Asia Tengah, dengan lebih 18,000 orang pelajar kini sedang belajar di institusi-institusi pengajian ini.

Dari tahun 2010 hingga 2018, bilangan pelajar Asia Tengah yang belajar di China meningkat daripada 11,930 kepada 29,885, dengan purata kadar pertumbuhan tahunan mencecah 12.33 peratus. China telah menjadi salah satu destinasi utama dan negara pilihan untuk pelajar di negara-negara Asia Tengah melanjutkan pelajaran di luar negara. Bilangan pelajar Asia Tengah yang belajar di China meningkat dengan pesat selepas pandemik COVID-19.

Xi turut menegaskan perlunya untuk memperkukuh dialog antara tamadun semasa ucaptama beliau di Sidang Kemuncak China-Asia Tengah pada Jumaat lalu, mengatakan bahawa China mengundang negara-negara Asia Tengah untuk mengambil bahagian dalam program "Jalan Sutera Kebudayaan" dan akan menubuhkan lebih banyak pusat perubatan tradisional di Asia Tengah.

"Kami akan mempercepatkan penubuhan pusat kebudayaan di negara masing-masing. China akan terus menyediakan biasiswa kerajaan kepada negara-negara Asia Tengah dan menyokong universiti-universiti mereka untuk menyertai Perikatan Universiti Jalan Sutera," tambah Xi.

"Kami akan memastikan kejayaan Tahun Kebudayaan dan Kesenian untuk Rakyat China dan Negara-negara Asia Tengah serta dialog media peringkat tinggi China-Asia Tengah. Kami akan melancarkan program Modal Kebudayaan dan Pelancongan China-Asia Tengah dan membuka perkhidmatan latihan khas untuk pelancongan kebudayaan di Asia Tengah," ujar Xi.

https://news.cgtn.com/news/2023-05-19/Peng-Liyuan-spouses-of-Central-Asian-leaders-visit-historic-theater-1jWgpWAnv8c/index.html

Source: CGTN
Keywords: Art Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service