omniture

OIA Global Memantapkan Kehadiran di Brazil, Tambah Pejabat Bellville Rodair International dalam Pasaran Sao Paulo

OIA Global
2014-04-07 09:00 136

PORTLAND, Oregon, 7 April 2014 /PRNewswire/ -- OIA Global, penyedia global yang menerajui daripada segi penyelesaian sumber bahan, pembungkusan dan logistik, telah mengumumkan pada hari ini tentang perluasan kehadiran globalnya menerusi pejabat baharu di Sao Paulo, pasaran yang menyumbang satu pertiga KDNK Brazil yang bernilai lebih $800 bilion USD.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20121113/LA11679LOGO

"Selari dengan pemerolehan Bellville Rodair International pada tahun lalu, OIA Global tetap meneruskan strategi pertumbuhan kami, lalu membolehkan kami untuk membangunkan lagi infrastruktur kami dalam salah satu pasaran paling pantas berkembang di dunia. Pelancaran pejabat Bellville Rodair International baharu dalam pasaran teguh Sao Paulo dapat memantapkan kedudukan OIA bagi menyokong pelanggan sedia ada serta menyediakan perkhidmatan pembungkusan, sumber dan logistik pada peringkat global yang berkualiti tinggi," kata Charlie Hornecker, Ketua Pegawai Eksekutif OIA Global.

Pejabat di Sao Paulo memperlihatkan langkah syarikat yang terkini dalam perluasan berterusannya di Amerika Selatan. Pejabat Porto Alegre telah dibuka 3 tahun lalu dan telah mengendalikan lebih 8,500 penghantaran sehingga kini. Hanya dalam tempoh 6 bulan menjalankan operasinya, pejabat Porto Alegre telah meraih Anugerah Pembekal Logistik Cemerlang yang berprestij daripada AGCO, pengeluar yang menerajui di dunia daripada segi peralatan pertanian.

"Kami bermatlamat untuk memanfaatkan perkembangan beberapa sektor perniagaan di Brazil, termasuk sektor Tenaga, Automotif, Fesyen, Penjagaan Kesihatan serta Aktiviti Luar & Olahraga," kata David Ower, Pengarah Urusan Kumpulan tersebut.

Latar Belakang OIA Global

Sejak ditubuhkan pada tahun 1988, OIA telah berkembang menjadi penyedia logistik pihak ketiga yang menerajui dengan menyediakan kombinasi tersendiri yang terdiri daripada logistik global, pembungkusan kreatif serta penyelesaian sumber bahan untuk para pelanggan. Dengan kakitangan khusus seramai lebih 800 ahli profesional dan kehadiran sedunia yang luas di lebih 75 negara, OIA menghasilkan penyelesaian inovatif yang dapat mengoptimumkan rantaian bekalan di seluruh dunia. OIA juga merupakan sebahagian daripada LDI Ltd., syarikat pegangan nilai tambah milikan tertutup yang berpusat di Indianapolis. Pada asalnya, syarikat ini telah ditubuhkan pada tahun 1912 bagi mengeluarkan kotak beralur. Sejak itu, LDI telah memperoleh dan turut meningkatkan kepentingan dalam perniagaan pengedaran, pengeluaran serta logistik. Pegangan semasa termasuklah Tucker Rocky, pengedar alat ganti, aksesori dan jenama pakaian sukan kuasa perdana. Bagi maklumat lanjut, sila layari www.oiaglobal.com

Maklumat Perhubungan OIA Global
Alexandre Destro, Pengurus Cawangan
Bellville Rodair International Ltd.
Av. Engenheiro Luís Carlos Berrini, 1748 - Suite: 301
SP 04571-000, Sao Paulo
Brazil
+55-11-5102-2740
Alexandre.destro@bellvillerodair.com

 

Source: OIA Global
Related Links:
Keywords: Air Freight Transportation Trucking and Road Transportation Corporate Expansion