omniture

Fluke Biomedical lancarkan penganalisis keselamatan elektrik mudah alih yang tahan lasak

Fluke Biomedical
2014-04-07 16:00 156

EVERETT, Washington, 7 April 2014 /PRNewswire/ -- Fluke Biomedical melancarkan tambahan terkini kepada portfolio Keselamatan Elektrik, Penganalisis Keselamatan Elektrik ESA609, yang menggabungkan ciri mudah alih dan sifat tahan lasak dengan jaminan kualiti yang menerajui industri.

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140407/SF98878

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140205/SF59237LOGO

Setelah dicipta bagi memenuhi keperluan juruteknik yang aktif, ESA609 dibina dengan sarung getah tahan lasak yang dapat mengekalkan kerapian pengangkutan dan turut membantu mengelakkan kerosakan jika terjatuh. Di samping itu, reka bentuknya yang ringan dan tali pengikatnya yang boleh dibalut di tangan menjadikannya salah satu penganalisis paling mudah alih dalam rangkaiannya.

"Kami amat teruja untuk memperkenalkan ESA609 kepada pasaran ujian bioperubatan," jelas Shirin Khanna, pengurus pemasaran Fluke Biomedical. "Para pelanggan kami telah meminta kami untuk menggabungkan ciri mudah alih dan tahan lasak bersama ketepatan dan keandalan penganalisis kami, maka ESA609 dicipta untuk memenuhi permintaan tersebut."

Penganalisis tersedia ini merupakan penyelesaian ujian keselamatan elektrik terkini oleh peneraju dunia daripada segi penganalisis keselamatan elektrik. Dengan sifatnya yang serba boleh untuk piawaian keselamatan elektrik global pilihan, ESA609 dapat menguji ANSI/AAMI ES1, NFPA-99, dan alat ganti IEC62353 serta IEC60601-1.

ESA609 mengintegrasikan semua fungsi yang diperlukan untuk menguji peranti perubatan apabila ujian utama pesakit tidak diperlukan, termasuk voltan talian (utama), rintangan wayar bumi (pelindung bumi), arus peralatan, arus kebocoran serta ujian titik ke titik.

Penggunaan ESA609 yang tidak memerlukan latihan, di samping reka bentuk butang tekan yang ringkas memastikan ujian dapat dilakukan dengan cepat dan peralihan pantas berlaku antara ujian supaya ujian asas lengkap dapat disempurnakan dalam beberapa minit sahaja. Suis beban berat membolehkan para pengguna untuk menukar kekutuban dan konfigurasi sambungan neutral dengan mudah antara buka dan tutup.

Bagi maklumat lanjut tentang Penganalisis Keselamatan Elektrik ESA609, sila layari: www.flukebiomedical.com/ESA609.

Latar Belakang Fluke Biomedical

Fluke Biomedical merupakan penyedia global dan terkemuka bagi peralatan serta perkhidmatan ujian dan pengukuran untuk industri penjagaan kesihatan. Kami berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam menyediakan penyelesaian inovatif bagi meningkatkan kualiti kesihatan masyarakat global. Kami berkhidmat untuk para jurutera bioperubatan, juruteknik jaminan kualiti, ahli fizik perubatan, pakar onkologi dan juga ahli profesional keselamatan radiasi. Kami juga terus memperluas rangkaian penyelesaian kami kepada lebih ramai ahli profesional kesihatan dan keselamatan. Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang Fluke Biomedical, sila layari www.flukebiomedical.com.

Maklumat Lanjut
Shannon Deveny
Pengurus Komunikasi Pemasaran
+1-425-446-4600
shannon.deveny@flukebiomedical.com

 

Source: Fluke Biomedical
Keywords: Biotechnology Electrical Utilities Electronics Performance Measurement Health Care/Hospital Medical Equipment Utilities New products/services