omniture

Huawei Lancar Produk dan Penyelesaian Baharu di Persidangan Rakan Kongsi Asia Pasifik 2023 untuk Rebut Peluang Pendigitalan bersama Rakan Kongsi

Huawei
2023-05-26 09:53 136

SHENZHEN, China, 26 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Mulai 17 hingga 18 Mei 2023, Persidangan Rakan Kongsi Asia Pasifik Huawei 2023 telahpun diadakan di Shenzhen. Persidangan itu memperjuangkan set pemikiran terbuka, menghimpunkan rakan kongsi Huawei dan pelanggan dalam industri ICT dari seluruh rantau Asia-Pasifik. Semasa acara itu, Huawei melancarkan siri produk dan penyelesaian baharu untuk rantau tersebut, seperti rangkaian awan pintar dan produk storan. Huawei turut menyatakan komitmennya untuk bekerjasama dengan rakan kongsi demi masa depan kejayaan perniagaan bersama dan membantu pelanggan menuju digital.

Kevin Hu, Presiden Barisan Produk Komunikasi Data Huawei, Nicholas Ma, Presiden Huawei APAC Enterprise Business Group dan Vincent Liu, Presiden Jabatan Pemasaran Rangkaian & Jualan Penyelesaian Huawei Enterprise, bersama-sama StarHub, ASL, MYI, dan MII, melancarkan produk komunikasi data baharu untuk pasaran Asia Pasifik
Kevin Hu, Presiden Barisan Produk Komunikasi Data Huawei, Nicholas Ma, Presiden Huawei APAC Enterprise Business Group dan Vincent Liu, Presiden Jabatan Pemasaran Rangkaian & Jualan Penyelesaian Huawei Enterprise, bersama-sama StarHub, ASL, MYI, dan MII, melancarkan produk komunikasi data baharu untuk pasaran Asia Pasifik

Rangkaian-awan pintar: Berkembang bersama-sama dalam ekonomi digital

Ketersambungan adalah penting untuk pendigitalan dan rangkaian adalah penting untuk ketersambungan. Huawei komited untuk membina rangkaian-awan pintar yang membawakan sinergi rangkaian-awan, seni bina dipermudah dan penjimatan tenaga. Berusaha untuk mencapai matlamat ini, Huawei berganding bahu bersama rakan-rakan kongsi di Asia Pasifik untuk membina infrastruktur rangkaian generasi seterusnya yang akan menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada semua industri.

Kevin Hu, Presiden Barisan Produk Komunikasi Data Huawei menyatakan, "Huawei Datacom akan terus berinovasi dan memanfaatkan produk dan penyelesaian yang terbaik dalam kelas untuk mencapai kejayaan bersama rakan-rakan kongsi dalam ekonomi digital Asia-Pasifik."

Beliau menambah, "Kami akan bekerjasama khususnya dengan rakan kongsi dan pelanggan terunggul dalam pasaran Akaun Dinamakan (NA) untuk melaksanakan inovasi bersama dan membina penanda aras pasaran melalui produk rangkaian-awan pintar yang utama. Kami akan menawarkan penyelesaian berasaskan senario yang 'ringan namun berkuasa' untuk pasaran komersial, membantu rakan kongsi memperluaskan kehadiran pasaran mereka. Di samping itu, kami akan menyampaikan produk paling laris terjual untuk perniagaan pengedaran dan bekerjasama dengan rakan kongsi kami untuk memanfaatkan peluang pertumbuhan yang baharu."

Kevin Hu, bersama-sama Nicholas Ma, Presiden Huawei APAC Enterprise Business Group dan Vincent Liu, Presiden Jabatan Pemasaran Rangkaian & Jualan Penyelesaian Huawei Enterprise, melancarkan tawaran rangkaian-awan pintar serba baharu Huawei untuk pasaran NA, pasaran komersial dan perniagaan pengedaran. Ini terhasil dalam bentuk suis CloudEngine 16800-X dan CloudEngine S16700 utama yang baharu, yang disesuaikan untuk pasaran NA, menonjol daripada persaingan dan membantu membangunkan pameran bersama rakan-rakan kongsi. Selain itu, dari segi pasaran komersial, Huawei melancarkan portfolio produk yang berkualiti tinggi dan berkesan kos, setiap satunya terbina khas untuk memacu hasil jualan rakan kongsi ke paras mencatat rekod. Di samping itu, berhubung perniagaan pengedaran, Huawei memperkenalkan 18 produk kompetitif dan berkesan kos serba baharu, membantu rakan kongsi berkembang bersama-sama Huawei Datacom.

Storan: Membina infrastruktur data andal dalam era berbilang-awan

Data, sebagai sumber strategi ekonomi digital, memerlukan storan yang mencukupi, mobiliti bebas dan penggunaan penuh dalam era berbilang-awan. Huawei Storage berdedikasi untuk bekerjasama dengan rakan kongsi bagi membantu perusahaan membina seni bina IT yang menampilkan perkongsian data terpusat dan penggunaan aplikasi berbilang awan, seterusnya memaksimumkan perkongsian dan aliran sumber data. Dr. Peter Zhou, Presiden Barisan Produk IT Huawei, berkata: "Pasaran Asia Pasifik membawa peluang yang sangat besar untuk storan. Bagi merebut peluang ini, Huawei mengupayakan rakan kongsinya dalam lima bidang penting: produk dan penyelesaian, alatan, platform dokumentasi, pensijilan keserasian dan pembangunan keupayaan. Kami akan bersama-sama memulakan bab storan yang baharu di rantau ini." Di persidangan tersebut, Huawei turut mendedahkan tawaran storan utama dan sandarannya – Storan Kilat-Penuh OceanStor Dorado 2000 dan Storan Sandaran OceanProtect X3000 – untuk pasaran komersial. Tawaran ini akan membantu rakan kongsi membina sistem storan yang menampilkan storan ringkas, sandaran mudah dan penggunaan pantas untuk perusahaan bersaiz kecil-kecilan dan sederhana.

Evolusi F5G: Memperkenalkan digital hijau

Dalam era gigabit, daya saing teras menyediakan pengalaman yang tiada tandingan. Huawei meneroka dengan aktif amalan aplikasi F5G, menggunakan F5G Intelligent OptiX Network untuk membantu pelbagai industri membina asas rangkaian dan membangunkan lebih banyak senario aplikasi bersama-sama pelanggan perusahaan dan rakan kongsi industri. Gu Yunbo, Presiden Domain Perusahaan Barisan Produk Perniagaan Optik Huawei berkata: "Huawei membangunkan lebih daripada 50 penyelesaian berasaskan senario 'F5G+industri' bagi menggalakkan evolusi F5G yang berterusan. Di samping itu, Huawei bekerjasama dengan HOLOWITS untuk menyediakan penyelesaian penderiaan F5G+pintar hujung-ke-hujung untuk pelbagai industri. Di rantau Asia Pasifik, penyelesaian kompetitif ini akan membantu rakan kongsi kami menembusi senario industri dan mencapai masa depan yang saling menguntungkan dalam industri-industri."

Penyelesaian Portfolio: Memperkasa rakan kongsi dan mempercepatkan transformasi digital

Sejak tahun 2022, untuk menyokong rakan kongsi dan mempercepatkan pembinaan infrastruktur digital pelanggan, Huawei melancarkan satu siri Penyelesaian Portfolio untuk Pusat Data, Kampus, Tapak Digital dan Rangkaian Kawasan Luas (WAN).

Michael Ma, Naib Presiden Korporat & Presiden Pengurusan & Penyelesaian Portfolio Produk ICT Huawei berkata, "Bagi memenuhi keperluan bersama senario bernilai tinggi dalam pelbagai industri, Huawei menggabungkan produk ICT yang diperlukan ke dalam Penyelesaian Portfolio yang diintegrasikan dan disahkan terlebih dahulu. Ini membantu Huawei beroperasi dengan lebih cekap bersama rakan-rakan kongsi untuk membangunkan penyelesaian industri. Penyelesaian Portfolio memudahkan R&D, pemasaran, penjualan dan perkhidmatan rakan kongsi dengan menjadikan R&D lebih cekap, integrasi lebih ringkas dan penyampaian lebih mudah, seterusnya membantu rakan kongsi mencapai kejayaan perniagaan secara menyeluruh.

Di Persidangan tersebut, Huawei melancarkan beberapa Penyelesaian Portfolio yang dinaik taraf, termasuk Himpunan Sumber Berprestasi Tinggi, Rangkaian Pejabat Dipermudah dan Tapak Tiang Pintar. Su Baohua, Ketua Pegawai Eksekutif Pasukan Kampus Huawei He Weizhi, Naib Presiden Huawei Asia Pacific Enterprise Business, Daniel Shen, Pengurus Besar Omdia dan Ivy Sun, Ketua Perniagaan Kampus Pintar Omdia, mengeluarkan secara bersama 2023 Future Intelligent Campus White Paper for Asia Pacific (Kertas Putih Kampus Pintar Masa Depan untuk Asia Pasifik 2023), berkongsi pandangan tentang trend pembangunan kampus pintar dan meneroka cara yang lebih berkesan untuk mencorak masa depan kampus pintar di Asia-Pasifik.

Inovasi teknologi memacu pendigitalan industri. Berpegang teguh kepada komitmennya untuk membina infrastruktur digital yang inovatif, Huawei dan rakan kongsinya berusaha tanpa jemu untuk mempercepatkan pendigitalan industri dan berkongsi dalam dividen ekonomi digital di Asia-Pasifik.

Source: Huawei
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services