omniture

HUAWEI AppGallery Lancar Summoners War: Chronicles dengan Ciri Permainan Baharu dan Ganjaran Eksklusif

Huawei Mobile Services
2023-05-26 14:00 14

KUALA LUMPUR, 26 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Huawei teruja mengumumkan pelancaran Summoners War: Chronicles pada AppGallery. Dan ia kini boleh dimuat turun dengan ciri kemas kini permainan baharu bermula pada 18 Mei 2023. Bagi meraikan ketibaan permainan main-peranan bebas-bermain yang amat dinanti-nantikan ini, AppGallery telah menawarkan pelbagai ganjaran eksklusif termasuk kupon terhad dan rebat menarik pada pembelian dalam-permainan, demi menjamin pengalaman permainan yang tiada tandingan. 


Summoners War: Chronicles membawa pemain dalam pengembaraan yang mendebarkan dalam dunia fantasi yang dipenuhi dengan makhluk mitos, pertempuran sengit dan corak permainan strategik. Dengan grafik yang menakjubkan, penceritaan yang mengasyikkan, pelbagai wira dan lebih 400 raksasa unik untuk dikumpul dan dinaik taraf, permainan ini menawarkan pengalaman yang menarik kepada peminat permainan video dalam perjalanan epik mereka menempuh dunia yang menarik dan mengasyikkan.

Rei Xiao, Pengarah Pertumbuhan Perniagaan Eko Mudah Alih di AppGallery, menyatakan semangat beliau, "Kami berbesar hati mengalu-alukan Summoners War: Chronicles ke AppGallery. Huawei berdedikasi untuk berkolaborasi dengan pembangun permainan terbaik bagi membawa pengalaman permainan yang berkualiti tinggi kepada pengguna kami. Kami percaya ketibaan Summoners War: Chronicles dengan ciri-ciri baharu serta ganjaran eksklusif akan memperkayakan lagi portfolio permainan kami dan memberi pilihan hiburan yang tidak berkesudahan kepada pengguna kami."

Ciri dan ganjaran permainan baharu demi pengalaman permainan terbaik dengan AppGallery

Summoners War: Chronicles memperkenalkan ciri dan kemas kini baharu yang menarik, termasuk benua baharu Kontana, tanah hutan misteri yang dipenuhi dengan aktiviti baharu dan bos tumbuhan gergasi yang menggerunkan Tyra. Pemain boleh memulakan pencarian baharu, bertemu bos kurungan bawah tanah baharu dan memperoleh bahan baharu. Kemas kini tersebut turut membawakan rune baharu dengan kesan hebat, laluan pengembaraan yang lebih sukar serta pakaian fesyen baharu untuk direka.

Sebagai bonus eksklusif untuk pengguna AppGallery, Huawei menawarkan ganjaran menarik mulai 18 Mei hingga 30 Jun, memberi nilai tambahan kepada penggunanya dan meningkatkan pengalaman permainan mereka:

  • 20,000 peminat pertama yang memuat turun Summoners War: Chronicles pada AppGallery akan menerima Kupon HUAWEI USD $0.99.
  • Pemain juga boleh menikmati rebat 10% pada pembelian dalam-permainan, membolehkan mereka memaksimumkan pengalaman permainan mereka dan mengimbangi perbelanjaan masa depan dalam permainan.*

Log masuk di sini untuk mengetahui lebih lanjut: https://bit.ly/3Ml4yhw

Pengguna Huawei akan dapat menikmati permainan pada peranti Huawei, termasuk telefon pintar P60 Series HUAWEI serta komputer riba D14 dan D15 MateBook HUAWEI. Komitmen Huawei terhadap inovasi teknologi dan keupayaan perkakasnya yang berkuasa menjadikan perantinya ideal untuk pemain yang tercari-cari sesi permainan berprestasi tinggi dan menyeronokkan.

"Kami teruja untuk bekerjasama dengan Huawei dan membawa Summoners War: Chronicles ke AppGallery," kata Sun Peng, Pengurus Kanan Com2us Corporation. "Sokongan dan kepakaran yang disediakan oleh Huawei sepanjang proses pembangunan adalah luar biasa. Kami yakin pengguna Huawei akan menikmati sepenuhnya bermain Summoners War: Chronicles pada peranti Huawei mereka."

Pengguna Android kini boleh memperoleh ganjaran dan bergembira dengan pengalaman baharu

Semua pengguna Android kini boleh memasang HUAWEI AppGallery pada peranti mereka untuk memuat turun Summoners War: Chronicles dan menikmati kupon terhad dan rebat pada pembelian dalam-permainan. Selain itu, AppGallery membuka pintu kepada pelbagai jenis aplikasi dan permainan bagi meningkatkan pengalaman Android serta pelbagai diskaun pada aplikasi premium, ganjaran dan akses kepada kandungan eksklusif. Pengguna Android boleh memuat turun HUAWEI AppGallery di sini: https://bit.ly/40VRapY

Muat turun Summoners War: Chronicles daripada HUAWEI AppGallery: https://bit.ly/3oflJJy

Sertai saluran AppGallery Discord untuk memperoleh faedah tambahan dan manfaat eksklusif: https://discord.gg/6C3fyEsQt3

Latar Belakang HUAWEI AppGallery

AppGallery ialah pasaran aplikasi rasmi pada telefon pintar Huawei, menampilkan aplikasi dipilih atur dalam pelbagai jenis kategori termasuk permainan, pendidikan, gaya hidup dan fesyen. Selain itu, pengguna AppGallery mendapat akses kepada pelbagai hadiah eksklusif, rebat, kupon dan keistimewaan VIP.

Ikuti media sosial Huawei Mobile Services APAC untuk maklumat lanjut:

Laman Web Rasmi: https://consumer.huawei.com/my/mobileservices/ 

Facebook: https://www.facebook.com/HuaweiMobileServicesAPAC 

YouTube: https://www.youtube.com/@HuaweiMobileServicesAPAC/ 

AppGallery Discord: https://discord.gg/6C3fyEsQt3

Muat turun AppGallery sekarang: https://bit.ly/40VRapY 

Latar Belakang Summoners War: Chronicles

Summoners War: Chronicles ialah RPG terkini oleh Com2uS. Ia membolehkan pemain untuk masuk ke alam semesta Summoners War yang diperluas dan merasai pengalaman mod corak permainan unik yang berbeza dalam permainan ini.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

Source: Huawei Mobile Services
Keywords: Electronics Gaming Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications New products/services