omniture

RS Components Kini Mempunyai Stok Kit Pemula untuk MCU Paling Mesra Tenaga Dalam Industri Berdasarkan Teras ARM Cortex-M0+

Kit pemula Zero Gecko EFM32 Silicon Labs menyediakan platform beraneka ciri untuk penilaian, pemprototaipan dan pembangunan aplikasi bagi rangkaian MCU Zero Gecko EFM32
RS Components
2014-04-09 11:00 92

KUALA LUMPUR, Malaysia, 9 April 2014 /PRNewswire/ -- RS Components (RS), jenama dagangan Electrocomponents plc (LSE:ECM), pengedar dengan perkhidmatan tinggi yang menerajui di dunia bagi produk elektronik dan penyelenggaraan, telah mengumumkan ketersediaan Kit Pemula Zero Gecko EFM32™ Silicon Labs, alat bantuan terbaik untuk para jurutera agar dapat membiasakan diri dengan pengawal mikro (MCU) 32-bit Zero Gecko EFM32™, MCU paling mesra tenaga yang terdapat dalam industri ini, berdasarkan pemproses ARM® Cortex®-M0+.

(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2011/05/04/20110504368830.jpg )

Kit pemula EFM32ZG-STK3200 mengandungi pengesan dan persisian yang menunjukkan beberapa keupayaan MCU serta boleh berfungsi sebagai titik permulaan bagi pembangunan aplikasi. Kit ini mempunyai penyahpepijat J-Link SEGGER tersedia dan sistem Pemantauan Tenaga Lanjutan yang membolehkan para jurutera untuk memprogramkan, menyahpepijat dan turut melaksanakan profil semasa masa sebenar bagi sesuatu aplikasi tanpa menggunakan alat bantuan lain.

Ciri lain kit pemula ini termasuk:

  • Kapasitor sandaran untuk mod RTC
  • Antara muka USB untuk hos/peranti/OTG
  • Antara muka pengesan rendah tenaga (LESENSE) sedia untuk demonstrasi
  • Pengesan sentuhan, LC (induktif) dan cahaya
  • Versi pengumpul penilaian percuma

Kit pemula Zero Gecko disokong oleh set perisian Simplicity Studio, ruangan antara muka pengguna grafik yang komprehensif untuk semua platform pengkomputeran utama termasuk Microsoft® Windows®, Linux dan juga Mac/OS X. Simplicity Studio boleh didapati dengan kit tanpa caj, lalu menyediakan capaian satu klik bagi para pembangun untuk semua maklumat, dokumentasi, alat bantuan energyAware, perisian serta perpustakaan kod sumber yang diperlukan untuk membangunkan aplikasi mesra tenaga dengan pantas.

Kit pemula Zero Gecko EFM32 Silicon Labs boleh didapati menerusi pesanan secara terus daripada stok RS Components untuk penghantaran pada hari yang sama.

Latar Belakang RS Components

RS Components dan Allied Electronics merupakan jenama dagangan Electrocomponents plc, pengedar dengan perkhidmatan tinggi yang menerajui di dunia bagi produk elektronik dan penyelenggaraan. Dengan operasi di 32 negara, kami menawarkan kira-kira 550,000 produk menerusi Internet, katalog dan di kaunter perdagangan kepada lebih satu juta pelanggan, dengan penghantaran sehingga 44,000 bungkusan setiap hari. Produk kami diperoleh daripada 2,500 pembekal yang menerajui dan merangkumi komponen elektronik, automasi dan juga kawalan, ujian dan pengukuran, komponen elektrik serta mekanikal.

Electrocomponents disenaraikan di Bursa Saham London dan beroleh hasil sebanyak GBP1.24 bilion bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Mac 2013.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman web di www.rs-components.com.

RS Components
Tan Soo Chun
Pengurus Perhubungan Awam - Asia Pasifik
E-mel: soochun.tan@rs-components.com
Telefon: +65-6391-5745

Bahagian Perhubungan Awam Edelman (Singapura)
Yvette Yeo
Pengurus
E-mel: yvette.yeo@edelman.com
Telefon: +65-6347-2355

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi pautan berikut:
@RSElectronics; @alliedelec; @designsparkRS

RS Components melalui Linkedin
http://www.linkedin.com/company/rs-components

RS Components melalui Weibo
http://e.weibo.com/u/3206377000?type=0

Pautan Berkaitan:

Electrocomponents plc
www.electrocomponents.com

RS Components
www.rs-components.com

DesignSpark
http://www.designspark.com

SUMBER: RS Components

Source: RS Components
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Semiconductors New products/services