SHANGHAI, 29 Mei 2023 /PRNewswire/ -- SOFAR, pembekal terkemuka global bagi penyelesaian PV & ESS, melancarkan inovasi storan solar dan tenaga berbilang dan kompetitif di seluruh dunia di SNEC 2023, mendorong peralihan bersih yang semakin panas kepada keneutralan karbon.
Dioptimumkan untuk loji storan tenaga skala-utiliti, SOFAR mempamerkan PowerMaster utamanya yang terkini, yang merupakan penyelesaian bersepadu terkemuka dalam industri yang dirangkumkan dengan teknologi canggih. Sebagai penyelesaian yang selamat, andal dan mampan untuk memastikan kebingkasan grid di tengah-tengan keadaan operasi pasaran yang mencabar, PowerMaster merupakan kombinasi antara sistem penyejukan hibrid udara dan cecair inovatif, sistem keselamatan 3+2, reka bentuk modular, LCOS lebih rendah dan kawalan pintar.
Hasil daripada penerokaan dan R&D bebas selama sepuluh tahun, SOFAR PowerMaster telah mendapat pengiktirafan daripada rakan kongsi industri sejak pelancarannya. Semasa Pelancaran Produk Baharu Powering Forward, SOFAR menandatangani MoU dengan Hongyuan New Energy, Huaqing New Energy dan Xiaoju New Energy, lalu mengukuhkan lagi kehadirannya yang lazim dalam pasaran storan tenaga.
Dalam pada itu, SOFAR melancarkan satu lagi produk baharu penyongsang tindanan 320kW PowerMega yang disesuaikan untuk PV utiliti. Penyongsang arus tinggi ini membuat penampilan sulung yang mengagumkan di SNEC dengan menyelesaikan isu masalah yang tradisional dan menggabungkan kecekapan, keselamatan dan ciri mesra pengguna semua dalam satu. Dengan kecekapan maksimum sehingga 99.05% dan arus input 20A setiap MPPT, penyongsang tersebut serasi dengan modul 210/182mm dan mengupayakan hasil kuasa yang lebih tinggi. Membawakan IP66 dan anti-kakisan C5-M, ia berjaya untuk bertahan daripada persekitaran yang sukar dengan pelbagai jenis suhu bekerja dari -30℃ hingga 60℃. Di samping itu, ia menyokong pengimbasan I-V yang membolehkan penentuan tindanan bermasalah, seterusnya mengekalkan operasi yang stabil sepanjang masa.
Hasil daripada daya saing terbukti PowerMega, SOFAR turut menandatangani MoU dengan Guohong Energy Group, Sichuan Shangwei dan Tianlun New Energy, menonjolkan kekuatan dan pengaruhnya dalam sektor utiliti dan menandakan bab yang penting bagi perjalanan syarikat ini menuju cita-cita sifar-bersih.
"Tatkala negara-negara di seluruh dunia menyahkarbon sumber mereka secara berterusan dan menghapuskan pergantungan kepada kuasa arang batu secara berperingkat-peringkat, kami melihat potensi yang besar dalam tenaga boleh baharu kerana ia menunjukkan impak positif untuk membina planet yang lebih lestari dan rendah karbon. SOFAR akan berusaha tanpa henti untuk membawakan penyelesaian semua-senario bagi meningkatkan permintaan, menjadikan tenaga boleh baharu mudah dicapai dan tersedia untuk lebih banyak negara," kata Guy Rong, Naib Presiden Kanan SOFAR.
Latar Belakang SOFAR
SOFAR ialah pembekal terkemuka global bagi penyelesaian PV solar dan storan tenaga serta komited untuk menjadi peneraju penyelesaian tenaga digital dengan portfolio komprehensif termasuk penyongsang PV, penyongsang hibrid, sistem storan bateri, storan tenaga pusat dan penyelesaian pengurusan tenaga pintar untuk kegunaan kediaman, C&I serta skala utiliti. Menjelang tahun 2021, SOFAR memasuki senarai Pembekal Penyongsang Hibrid Global 5 TERATAS, mewujudkan jaringan R&D global dengan tiga pusat R&D serta dua pangkalan pembuatan. Pada tahun 2022, kapasiti pengeluaran tahunan SOFAR mencecah 10GW untuk penyongsang PV & storan serta 1GWj untuk bateri. Menjelang akhir tahun 2022, SOFAR menghantar lebih 18GW penyongsang ke lebih 100 negara dan wilayah di serata dunia.
Ketahui lebih lanjut: https://www.sofarsolar.com/.