omniture

REGENT PHU QUOC SAMBUT ULANG TAHUN PERTAMA DENGAN REGENT TASTE STUDIO DI HARTANAH SULUNG

Regent Phu Quoc
2023-05-31 01:24 69

Diadakan selama empat malam berturut-turut mulai 19-22 April 2023, "The Dialogue Between the Land, the Sea and its People" membawakan tetamu dalam perjalanan berbilang-sensori menuju warisan budaya dan kulinari pulau ini

PHU QUOC, Vietnam, 31 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Regent Phu Quoc, permata berkilauan IHG Hotels & Resorts di "Pulau Mutiara" Vietnam, telah berjaya mengadakan Regent Taste Studio sulungnya, iaitu pengalaman menjamu selera interaktif dan unik yang menghimpunkan bakat tempatan yang terkemuka daripada dunia seni, reka bentuk, fesyen dan gastronomi dalam wadah kreatif selama empat hari.

Regent Taste Studio mempersembahkan keajaiban semula jadi dan budaya Phu Quoc, "Pulau Mutiara" Vietnam
Regent Taste Studio mempersembahkan keajaiban semula jadi dan budaya Phu Quoc, "Pulau Mutiara" Vietnam

Pengalaman menjamu selera berbilang-sensori yang eksklusif ini berlangsung mulai 19 hingga 22 April 2023 – bertepatan dengan ulang tahun pertama pusat peranginan ini – dan mengasyikkan tetamu dengan intipati destinasinya yang eksotik. Bertajuk "The Dialogue Between the Land, the Sea and its People," upacara kulinari yang unik ini dipersembahkan dalam bentuk drama teater yang dibahagikan kepada tujuh babak, setiap satu daripadanya memberi penghormatan kepada warisan budaya Phu Quoc. Bagi kolaborasi yang istimewa ini, Cik Devon Nguyen, pereka fesyen dan artis abstrak, mencipta gaun "Capsule Collection" yang unik, diilhamkan oleh Regent Taste Studio dan keajaiban alam semula jadi Phu Quoc.

Babak 1 pada malam itu, "Symbiosis," diadakan di The Gallery dan menampilkan Artist's Studio yang dicipta semula dengan demonstrasi langsung mutiara dari Ladang Mutiara Ngoc Hien dan bengkel pembuatan barang kemas. Babak pembukaan ini membuka ruang untuk persembahan sepanjang malam itu, yang mendapat inspirasi daripada hubungan antara darat dan laut serta bagaimana kedua-dua dunia ini ditafsirkan melalui seni dan gastronomi. Gaun pertama daripada koleksi Devon Nguyen turut dipersembahkan dalam Gallery yang dicipta semula itu.

Sama seperti produksi teater yang bergerak antara babak, Babak 2 hingga 6 dipentaskan di Oku, restoran utama pusat peranginan ini, yang dicipta semula khususnya untuk upacara yang unik ini. Setiap aksi menyaksikan pakar-pakar kulinari Regent Phu Quoc, "Capsule Collection" Devon Nguyen dan muzik daripada Ho Chi Minh City Conservatory of Music, bersatu untuk mempersembahkan pelbagai interpretasi musim-musim Phu Quoc, keindahan semula jadi pulau ini dan dunia marin.

Babak 2, bertajuk "The Shape of the Sea," menyaksikan Daniel Huynh, Ketua Cef di Ocean Club, menyajikan hidangan yang lazat iaitu Kepah Phu Quoc (Phu Quoc Clams), manakala Babak 3, "Full Bloom," memberi penghormatan kepada anugerah Alam Semula Jadi yang melimpah ruah dengan hidangan asli dan artistik Udang Lipan Telur Masin (Salted Egg Mantis Shrimp), dicipta oleh Huan Tran, Ketua Cef di Rice Market.

Babak 2: "The Shape of the Sea"
Babak 2: "The Shape of the Sea"

Para tetamu turut disajikan dengan dua bahagian pertama dalam "Capsule Collection" Devon: gaun setinggi lantai dengan bebayang bentuk ikan duyung serta gaun tanpa tali dengan perincian renda yang berjalin-jalin dan kompleks.

Babak 3: Huan Tran, Ketua Cef di Rice Market dan Pereka Fesyen Devon Nguyen
Babak 3: Huan Tran, Ketua Cef di Rice Market dan Pereka Fesyen Devon Nguyen

Babak 4, "Essence of Life," membolehkan The Anh, Jurumasak Kedua Eksekutif mendemonstrasikan Phu Quoc Forest, komposisi kreatif antara telur semut kuning, limau purut, bunga boleh dimakan dan kemunting.

Babak 5, "Spectrum of Contrasts," menyaksikan Cef Andy Huynh menyajikan Daging Wagyu Jepun Dua Cara, yang menonjolkan keindahan tidak dijangka, tekstur dan rasa unik Phu Quoc, mencipta spektrum kontras yang sebenar.

Simfoni kulinari mencapai kemuncaknya dengan Babak 6, "The World of Art: Limitless," apabila Duyen Nguyen, Cef Pastri Eksekutif Regent Phu Quoc mencipta pencuci mulut asli Strawberi Berlada yang menggunakan bahan-bahan tempatan untuk menggabungkan dunia seni, fesyen dan masakan.

Sepanjang babak-babak ini, "Capsule Collection" diteruskan dengan peragawati mempersembahkan gaun yang diilhamkan oleh hutan dengan corak tenunan organik dalam Babak 4, pakaian merah dan putih kontras terang dalam Babak 5 dan akhir sekali, gaun malam penuh yang dramatik dalam Babak 6.

Inspirasi Devon Nguyen Collection Inspirations Dengan Kata-kata Beliau Sendiri
Hubungan antara fesyen dan gastronomi adalah pelbagai rupa dan unik. Kedua-dua industri ini mementingkan estetika, kreativiti dan deria. Dengan fokus pada kombinasi rasa Taste Studio Menu Regent yang inovatif dan kompleks, saya mencipta Capsule Collection yang unik dan sofistikated. Gaun malam yang mewah dan memanjakan menggunakan hiasan yang rumit, fabrik, fokus pada kualiti, kecanggihan dan keaslian dengan mengambil inspirasi daripada rasa, tekstur dan warna masakan gourmet Taste Studio. Fesyen telah lama digunakan sebagai cara ekspresi diri dan komentar sosial, manakala makanan mempunyai kuasa untuk menyatukan orang ramai dan memupuk pertukaran budaya. Bersama-sama Cef-cef Regent Phu Quoc, kami berusaha untuk mencipta pengalaman yang menggembirakan dan memberi inspirasi kepada khalayak, sama ada melalui pakaian yang menakjubkan dari segi visual atau hidangan yang dihias cantik.

Babak terakhir Regent Taste Studio, "Ocean Calling," menyaksikan Devon mempersembahkan karya seni abstrak asli, diilhamkan oleh kedalaman laut tidak terhingga, darat, manusia dan bunga simbolik Phu Quoc, kemunting. Pemandangan yang mengejutkan ini diadakan di tempat rahsia yang memberi kemuncak yang menggembirakan kepada malam yang tidak dapat dilupakan.

"Kami berbesar hati dapat meraikan satu tahun dengan hospitaliti unik sejak kami membuka pintu Regent Phu Quoc pada April 2022. Bagi menandakan pencapaian ini, kami mendedahkan satu siri ciri khas sepanjang tahun – bermula dengan penampilan sulung Regent Taste Studio. Dengan kerjasama artis tempatan, pemuzik dan pencipta rencah rasa dalam bidang fesyen, Cef Eksekutif Bruno Anon mempersembahkan malam epikurean berbilang sensori untuk tetamu kami yang paling arif," kongsi Sriram Kailasam, Pengurus Besar Regent Phu Quoc.

Susulan penampilan sulung atas-hartanah rasmi Regent Taste Studio di Vietnam, konsep asal ini akan merentas dunia dengan pengaktifan timbul di seluruh Australia, Singapura, Perancis, UK dan AS.

Berkenalan dengan Devon Nguyen, Pereka Fesyen dan Artis
Seorang siswazah University of The Arts London, Devon Nguyen menghabiskan masa bertahun-tahun lamanya tinggal di Eropah, warisan berbilang budayanya mengembangkan minat terhadap reka bentuk fesyen dan seni halus. Dengan pengalaman selama lebih 10 tahun dalam industri fesyen, Devon memiliki portfolio dengan banyak pencapaian yang diraih oleh beliau. Bukan sahaja terkenal dengan pertunjukan fesyen di London - Paris - Vietnam, Devon juga merupakan Pengarah Kreatif untuk banyak jenama domestik dan asing. Tatkala dunia seni menjadi semakin terpikat dengan budaya kontemporari, Devon mengubah dirinya dengan menjadi seorang pelukis abstrak moden. Beliau tidak teragak-agak untuk menggabungkan pelbagai teknik lukisan bermula daripada cat minyak, akrilik, arca, untuk mencipta pelbagai karya yang memberi inspirasi kepada beliau dan orang lain.

Berkenalan dengan En. Ho Phi Thuy daripada Ladang Mutiara Ngoc Hien
Pengasas Ladang Mutiara Ngoc Hien - En. Ho Phi Thuy dilahirkan dan dibesarkan dalam sebuah keluarga sederhana di Daerah Thach Ha, Wilayah Ha Tinh. Sebagai seseorang berusia 19 tahun yang gemarkan cabaran, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan keselesaan rumahnya dan mengembara ke Pulau Phu Quoc untuk mengejar impiannya. Apabila beliau tiba di tanah baharu ini, beliau tidak mempunyai kenalan dan tiada wang, tetapi terpesona dengan dunia mutiara dan dengan pantas layak menjadi penyelam Mutiara yang mahir. Melalui kegigihan dan semangat, beliau mengumpul wang yang cukup untuk membeli sebuah bot yang amat diidamkan oleh seorang lelaki yang begitu muda. Malangnya, pada tahun 1997, taufan Linda melanda Phu Quoc dan bot En. Thuy rosak teruk. Mengimbau kembali kepayahan itu, beliau sentiasa percaya bahawa terdapat hubungan spiritual antara beliau dan bot itu. Beliau hampir berputus asa terhadap impian beliau untuk menubuhkan ladang Mutiara, namun begitu, seperti dalam kehidupan, satu perubahan secara kebetulan membawa beliau ke sebuah syarikat Jepun yang pakar dalam mengkultur mutiara, yang bukan sahaja mengambil beliau bekerja sebagai pakar tempatan mereka, tetapi juga membeli botnya yang telah dibaiki. Menggabungkan antara kerja keras Vietnam dengan kejituan Jepun, ia merupakan tempoh yang sangat produktif yang mengajar beliau pelajaran hebat yang akan berguna apabila beliau akhirnya menubuhkan Ladang Mutiara Ngoc Hien. Di Ladang Mutiara Ngoc Hien, pengunjung boleh melihat secara sekilas bot yang melindungi En. Ho Phi Thuy semasa beliau berada di Pulau Phu Quoc, secebis sejarah yang penting untuk dilihat.

Berkenalan dengan ahli muzik daripada Ho Chi Minh Conservatory of Music
Penggesek selo Hoang Nam, berkelulusan ijazah sarjana, mengambil jurusan persembahan alat-alat muzik barat dan ketika ini merupakan pensyarah di Ho Chi Min Conservatory of Music Academy. Pemain violin Hoai Bao berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Muzik yang mengambil jurusan Violin daripada Ho Chi Minh Conservatory of Music Academy. Pemain violin Minh Thao lulus dengan kepujian dalam jurusan violin dan ketika ini melanjutkan pengajian untuk ijazah sarjana di City Conservatory of Music, Bandar Raya Ho Chi Minh.

Latar Belakang Regent Phu Quoc
Terletak di pasir putih pantai barat Pulau Phu Quoc, Regent Phu Quoc ialah pusat peranginan semua-suite dan vila mewah yang mana reka bentuk luar biasa dan teknologi canggih dipersembahkan bersama-sama hospitaliti legenda jenama ini bagi mencipta perjalanan tetamu yang lancar. Pengalaman penggemar makanan yang tidak dapat dilupakan boleh dinikmati di enam restoran dan bar bertaraf dunia, kesihatan holistik dapat diperoleh di spa, pusat kecergasan dan Pedi:Mani:Cure Studio oleh Bastien Gonzalez dan katamaran mewah pertama pulau ini, Serenity yang menjanjikan pelayaran tetamu yang benar-benar membahagiakan. Ruang acara dalaman dan luaran yang kreatif menyediakan lokasi unik untuk mesyuarat, perhimpunan sosial dan majlis perkahwinan. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila kunjungi phuquoc.regenthotels.com.

 

Source: Regent Phu Quoc
Related Stocks:
Vietnam:NA
Keywords: Food/Beverages Hotels and Resorts Restaurants Travel