omniture

Kemboja menggubal Kanun Alam Sekitar dan Sumber Asli, memanfaatkan kuasa keamanan dan pertumbuhan ekonomi dalam memacu kemajuan alam sekitar

Ministry of Environment, Cambodia
2023-06-02 08:05

PHNOM PENH, KEMBOJA, 2 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Kementerian Alam Sekitar Kemboja mengumumkan penerimagunaan Kanun Alam Sekitar dan Sumber Asli (ENRC) iaitu penggubalan undang-undang rintis yang mendorong kedudukan negara ini sebagai peneraju dalam tindakan iklim dan perlindungan alam sekitar serantau. Pencapaian ini menunjukkan perjalanan luar biasa Kemboja daripada sebuah negara yang musnah akibat peperangan kepada negara yang menjadi mercu tanda kemajuan alam sekitar yang diperkukuhkan oleh pertumbuhan ekonominya yang pesat. Sama seperti asas undang-undang antarabangsa seperti Akta Dasar Alam Sekitar Negara AS serta Akta Perlindungan Alam Sekitar dan Pemuliharaan Biodiversiti Australia 1999, ENRC ini menandakan era kelestarian yang memberangsangkan bagi Kerajaan ini.

ENRC ini mencerminkan komitmen Kemboja untuk membina masa depan yang berasaskan kepelbagaian ekologi, kesihatan dan kemakmuran. Ia menangani pelbagai masalah alam sekitar yang meliputi penilaian kesan alam sekitar, kawalan pencemaran, kawasan perlindungan, pemuliharaan hutan dan biodiversiti, perancangan dan pengurusan penggunaan tanah, pengurusan sisa bahan berbahaya, pengurusan sumber air serta penyesuaian dan pengurangan perubahan iklim. Dari segi pengurusan dan perlindungan kawasan perlindungan, ia menekankan perkara utama seperti warisan budaya, pengurusan sumber air lestari, pengurusan perhutanan dan perikanan serta pengurusan lombong dan tenaga.

ENRC menggalakkan kesedaran dan penyelidikan alam sekitar melalui pendidikan, penyebaran dan latihan. Ia memupuk pemahaman bersama tentang cabaran dan peluang dalam memelihara alam sekitar dan sumber semula jadi di Kemboja.

Perdana Menteri, Hun Sen menyatakan, 'Pernah dikenali dengan peperangan dan pembunuhan beramai-ramai, Kemboja pada hari ini mempelopori usaha perlindungan alam sekitar dan daya tahan iklim. ENRC dan inisiatif kami dengan Perjanjian Hijau ASEAN adalah bukti nyata terhadap transformasi kami yang mendalam. Kami telah mengatasi masa silam yang bermasalah dan pada hari ini, kami menerajui laluan menuju masa depan yang lestari. Ini adalah komitmen kami kepada rakyat kami, rantau kami dan sudah semestinya kepada seluruh dunia. Kami bukan lagi sebuah ekonomi yang berasaskan pertanian tetapi sebuah ekonomi yang pelbagai dengan kelas pertengahan yang semakin meningkat. Ini adalah hasil daripada keamanan dan kestabilan yang telah menyediakan asas kepada pertumbuhan dan pembangunan ekonomi. Sukan SEA yang telah berlangsung pada bulan lepas membuktikan pembangunan kami dan peningkatan kestabilan ekonomi kami.'

Menteri Alam Sekitar, Say Sam Al menambah, 'Penggubalan ENRC ini menandakan suatu perubahan penting dalam perjalanan kami daripada masa silam yang mencabar kepada masa depan yang makmur dan memberangsangkan. Pencapaian ini menyerlahkan komitmen kami yang berterusan dalam memelihara sumber semula jadi Kemboja yang luar biasa dan menangani cabaran perubahan iklim. ENRC yang dilahirkan daripada kerjasama yang komprehensif ini mewakili lebih daripada sekadar sebuah dasar – ia merangkumi seruan kolektif untuk bertindak. Di samping pertumbuhan ekonomi kami yang pesat, kami turut bersatu dalam usaha kami untuk mencapai masa depan yang lebih hijau dan lebih lestari. Secara bersama-sama, kami membuka lembaran baru dan menuju ke sebuah era baharu Kemboja yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar.'

Semasa menjadi Pengerusi ASEAN pada tahun 2022, Kemboja telah memperkenalkan Perjanjian Hijau ASEAN iaitu sebuah rangka kerja serantau yang bertujuan untuk mencapai neutral karbon di negara-negara ASEAN menjelang tahun 2050 yang menggalakkan tenaga boleh diperbaharui, mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, melindungi biodiversiti serta menggalakkan amalan pertanian dan perhutanan yang lestari. Dengan penerimagunaan ENRC, Kemboja mengukuhkan peranannya sebagai peneraju dalam ASEAN dan menyokong pelaksanaannya. ENRC ini turut mengukuhkan komitmen Kemboja terhadap Sumbangan Nasional yang Ditentukan (NDC) mengikut Perjanjian Paris, yang menonjolkan dedikasi negara ini dalam memerangi perubahan iklim.

Kemboja merupakan contoh yang cemerlang tentang bagaimana pembangunan ekonomi dan perlindungan alam sekitar boleh dicapai dengan seiring. Negara ini telah berjaya beralih daripada ekonomi berasaskan pertanian kepada ekonomi yang pelbagai, yang menyebabkan peningkatan dalam kelas pertengahan. Contoh yang ditunjukkan oleh Kemboja memberi inspirasi kepada negara-negara di seluruh dunia untuk menyepadukan kemajuan dengan kelestarian alam sekitar serta membentuk masa depan yang aman, lebih inklusif, berdaya tahan dan makmur untuk semua.

Hubungan :Nama: Eng Kimsour, penasihat hal ehwal undang-undang Kementerian Alam Sekitar, Nombor telefon: +855 12 927 072, E-mel: kimsour.eng@gmail.com

Source: Ministry of Environment, Cambodia
Keywords: Environmental Products & Services Green Technology Environmental Issues