omniture

Huawei, IUCN dan Rakan Kongsi Global Tonjolkan Teknologi Terkini untuk Perlindungan Alam Semula Jadi

Huawei
2023-06-07 00:59 40

Sidang Kemuncak Tech4Nature ke-3 diadakan pada ulang tahun ke-50 Hari Alam Sekitar Sedunia

SHENZHEN, China, 7 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Pada ulang tahun ke-50 Hari Alam Sekitar Sedunia, Huawei dan IUCN menonjolkan penyelesaian pintar untuk menyokong pengurusan dan tadbir urus kawasan dilindungi dan dipulihara dengan berkesan dan adil serta kepentingan teknologi yang semakin meningkat dalam menjejaki spesies terancam dan melindungi habitat semula jadinya.

Innovative technologies used for tracking and monitoring biodiversity and nature conservation projects
Innovative technologies used for tracking and monitoring biodiversity and nature conservation projects

Huawei dan IUCN menekankan visi untuk kawasan dilindungi dan dipulihara, untuk memanfaatkan teknologi digital bagi membantu mencapai matlamat biodiversiti global. Di sidang kemuncak itu, Smart Protected Areas White Paper (Kertas Putih Kawasan Dilindungi Pintar) dilancarkan, dibangunkan secara bersama oleh Huawei, IUCN China dan Chinese Academy of Forestry, untuk berkongsi pelan tindakan bagi membina kawasan dilindungi yang pintar, berdasarkan pengalaman daripada kawasan dilindungi China.

Kunci kepada perlindungan hidupan liar ialah memahami taburan, tingkah laku, aliran bermusim spesies dan bagaimana aktiviti manusia boleh memberi kesan ke atas polanya. Ini memerlukan data yang luas, yang boleh menjadi mencabar untuk diperoleh memandangkan kawasan yang terpencil dan sukar diakses, sering diburukkan lagi oleh cuaca melampau. Pengumpulan data peringkat awal dan usaha kajian bergantung pada para saintis yang turun ke lapangan untuk memasang perangkap kamera bagi menangkap imej. Kamera ini perlu diselenggara, baterinya diganti dan kad memorinya diganti dan dianalisis; proses intensif masa dan buruh yang kerap menghasilkan data dan imej yang berusia beberapa bulan lamanya.

Melaksanakan teknologi digital generasi seterusnya, seperti pengkomputeran awan, IoT, Internet mudah alih, data raya dan AI membolehkan pemerolehan dan interaksi data waktu sebenar. Ini merupakan kunci untuk meningkatkan penderiaan pintar, analisis dan pengurusan perlindungan spesies serta usaha pemuliharaan mengikut kawasan, menjadikannya lebih berkesan dan seterusnya lebih baik dalam memulihara alam semula jadi.

Sejak tahun 2019, Huawei telah bekerjasama bersama-sama lebih 30 rakan kongsi global termasuk IUCN untuk mengaplikasikan teknologi digital bagi mencapai hasil pemuliharaan dan pemulihan yang berkesan di 46 kawasan yang dilindungi dan dipulihara di seluruh dunia, bermula daripada hutan hujan tropika di Hainan, China - habitat ungka yang paling sukar ditemui di dunia, hinggalah wahah tanah lembap di Itali serta terumbu karang di luar pantai timur Mauritius.

Sebagai contoh, di bawah Tech4Nature di Mexico yang mana Huawei bekerjasama dengan IUCN, C-Minds, Polytechnic University of Yucatan, Rainforest Connection dan komuniti tempatan Dzilam telah mengumpul lebih daripada 30,000 foto, 550,000 rakaman audio dan pelbagai klip video haiwan liar. Satu algoritma telah dibangunkan dan dilatih untuk membantu mengenal pasti spesies yang berbeza, terutamanya jaguar dan setakat ini, pasukan tersebut telah mengenal pasti 119 spesies, termasuk 5 ekor jaguar.

"Banyak yang telah kami peroleh dalam kerjasama sejak tiga tahun yang lalu, yang mana ketika itu Huawei bekerjasama dengan kami untuk menunjukkan penggunaan teknologi baharu yang bertanggungjawab bagi melindungi alam semula jadi. IUCN menantikan kolaborasi jangka masa lebih panjang bersama Huawei sebagai peneraju teknologi untuk membantu mencapai matlamat global seperti sasaran untuk memulihara sekurang-kurangnya 30% daripada darat dan air Bumi menjelang tahun 2030," kata Dr Grethel Aguilar, Timbalan Ketua Pengarah untuk IUCN.

Dr Grethel Aguilar, Deputy Director General for IUCN, delivered a welcome speech at the summit
Dr Grethel Aguilar, Deputy Director General for IUCN, delivered a welcome speech at the summit

Matlamat utama Smart Protected Areas White Paper adalah untuk merealisasikan pemuliharaan kawasan yang dilindungi dengan berkesan dan pengurusan sumber semula jadi yang mampan. Berdasarkan kepada sasaran ini, kertas putih itu mengenal pasti tujuh senario utama, termasuk perlindungan dan pemulihan ekologi, pengurusan sumber serta penyelidikan saintifik, antara lain.

Dalam senario yang dikenal pasti ini, empat keupayaan penting perlu dilaksanakan, termasuk penderiaan ekologi berbilang dimensi yang komprehensif, komunikasi berbilang rangkaian bersepadu yang dapat beradaptasi kepada rupa bumi yang kompleks, analisis pintar yang dapat memproses sejumlah besar data daripada pelbagai sumber dan keupayaan untuk mengaplikasikan keputusan analitis kepada operasi dan pengurusan kawasan yang dilindungi. Pelan tindakan ini mencadangkan seni bina penyelesaian komprehensif untuk kawasan dilindungi pintar berdasarkan kepada perkembangan yang terkini dalam teknologi digital.

"Kehilangan biodiversiti dan perubahan iklim merupakan dua krisis alam sekitar global yang saling berkaitan yang memerlukan respons yang diselaraskan. Sambil melindungi alam semula jadi, sains dan teknologi juga dapat membantu ribuan industri dengan pembangunan hijau dan menangani perubahan iklim dengan lebih baik," kata Tao Jingwen, Pengarah Lembaga Huawei dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Mampan Korporat (CSD).

Tao Jingwen, Director of the Board, Chairman of CSD Committee, Huawei
Tao Jingwen, Director of the Board, Chairman of CSD Committee, Huawei

Peng Song, Naib Presiden Kanan dan Presiden Jabatan Strategi & Pemasaran ICT Huawei berkata, "Bumi ialah satu-satunya tempat tinggal kita. Teknologi digital boleh membantu melindungi cagar alam dengan lebih berkesan dan menggalakkan pengurusan mampan sumber semula jadinya. Niat asal kami adalah untuk merumuskan amalan sains dan teknologi dalam membantu melindungi alam semula jadi dan untuk bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi bagi menggalakkan pembinaan pintar lebih banyak cagar alam."

Peng Song, Senior Vice President and President of Huawei's ICT Strategy & Marketing Department
Peng Song, Senior Vice President and President of Huawei's ICT Strategy & Marketing Department

Menurut New Nature Economy Report (Laporan Ekonomi Alam Semula Jadi Baharu) WEF, lebih daripada separuh KDNK dunia, kira-kira AS$44 trilion, bergantung pada alam semula jadi dan perkhidmatan yang disediakan olehnya. Walau bagaimanapun, perubahan iklim dan kehilangan biodiversiti mengancam kelangsungan hidup dan pembangunan mampan umat manusia. Ekonomi alam semula jadi baharu dapat menjana sehingga $10.1 trilion dalam nilai perniagaan tahunan dan mencipta 395 juta pekerjaan menjelang tahun 2030.

Bagi meninjau potensi masa depan pemuliharaan alam semula jadi pintar, sidang kemuncak itu menghimpunkan rakan-rakan kongsi TECH4ALL termasuk kerajaan negeri Yucatan, Mexico, agensi inovasi Mexico C Minds, IUCN China, WWF Italy, Rainforest Connection dan Shandong Yellow River Delta National Nature Reserve.

Klik untuk menonton sidang kemuncak.

Latar Belakang

Dilancarkan pada tahun 2020, Tech4Nature ialah satu inisiatif pemuliharaan alam semula jadi yang dilancarkan oleh Huawei dan IUCN, yang bertujuan untuk membolehkan lebih daripada 300 kawasan terlindung di seluruh dunia menilai kejayaan pemuliharaan mereka melalui Piawaian Senarai Hijau IUCN dan teknologi digital.

5 Jun ialah Hari Alam Sekitar Sedunia tahunan kali ke-50. Diterajui oleh Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP) dan diadakan setiap tahun pada 5 Jun sejak tahun 1973, Hari Alam Sekitar Sedunia merupakan platform global yang terbesar untuk bantuan awam alam sekitar dan diraikan oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia. Pada tahun 2023, ia dihoskan oleh Côte D'Ivoire.

Latar Belakang TECH4ALL 

TECH4ALL ialah inisiatif rangkuman digital dan pelan tindakan jangka panjang Huawei. Didayakan oleh teknologi inovatif dan perkongsian, TECH4ALL diwujudkan untuk membantu menggalakkan keterangkuman dan kemampanan dalam dunia digital.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman sesawang TECH4ALL Huawei
https://www.huawei.com/en/tech4all

Ikuti kami di:
https://twitter.com/HUAWEI_TECH4ALL

Hubungi Pejabat Program TECH4ALL
tech4all@huawei.com

 

Source: Huawei
Keywords: Computer/Electronics Environmental Products & Services Conservation/Recycling