omniture

Singapura lancar AI Verify Foundation untuk bentuk masa depan standard AI antarabangsa melalui kolaborasi

Infocomm Media Development Authority of Singapore and Informa Tech
2023-06-08 22:57 174

IMDA juga telah menerbitkan kertas perbincangan untuk berkongsi pendekatan praktikal dan akretif Singapura terhadap tadbir urus AI Generatif

SINGAPURA, 8 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Di persidangan ATxAI, sebahagian daripada Asia Tech x Singapore (ATxSG), Puan Josephine TeoMenteri Komunikasi dan Maklumat Singapura mengumumkan pelancaran AI Verify Foundation untuk memanfaatkan kuasa kolektif dan sumbangan komuniti sumber terbuka global bagi membangunkan alatan ujian AI untuk penggunaan AI yang bertanggungjawab. Yayasan ini akan berusaha untuk meningkatkan keupayaan dan jaminan ujian AI bagi memenuhi keperluan syarikat dan pengawal selia di peringkat global. Tujuh ahli ulung perintis - Infocomm Media Development Authority (IMDA), Aicadium (Temasek's AI Centre of Excellence), IBM, Microsoft, Google, Red Hat dan Salesforce akan memandu arah strategik dan pembangunan hala tuju AI Verify. Sebagai permulaan, Yayasan ini juga akan memiliki lebih daripada 60 ahli umum seperti Adobe, DBS, Meta, SenseTime dan Singapore Airlines[1].

Membina Yayasan untuk AI Boleh Dipercayai

Pelancaran AI Verify Foundation akan menyokong pembangunan dan penggunaan AI Verify bagi menangani risiko AI. AI Verify ialah rangka kerja ujian tadbir urus AI dan kit alatan perisian. Mula dibangunkan oleh IMDA melalui rundingan bersama syarikat-syarikat daripada sektor dan skala yang berbeza. Yayasan ini akan membantu memupuk komuniti sumber tebuka bagi menyumbang kepada rangka kerja ujian AI, asas kod, standard dan amalan terbaik serta mencipta platform neutral untuk kolaborasi terbuka dan perkongsian idea tentang pengujian dan tadbir urus AI.

Dilancarkan sebagai produk berdaya maju minimum untuk perintis antarabangsa tahun lalu, AI Verify menarik minat lebih 50 syarikat tempatan dan multinasional termasuk IBM, Dell, Hitachi dan UBS. AI Verify kini tersedia untuk komuniti sumber terbuka dan akan memberi manfaat kepada komuniti global dengan menyediakan rangka kerja ujian dan kit alatan yang konsisten dengan prinsip-prinsip tadbir urus AI yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, contohnya prinsip-prinsip daripada EU, OECD dan Singapura. Kit alatan AI Verify menyediakan antara muka bersepadu bagi menghasilkan laporan ujian yang meliputi prinsip-prinsip tadbir urus yang berbeza untuk sebuah sistem AI. Ia membolehkan syarikat-syarikat menjadi lebih telus tentang AI mereka dengan berkongsi laporan ini bersama pihak berkepentingan mereka.

Keperluan terhadap usaha kolektif untuk memajukan ujian AI di peringkat global

IMDA membina AI Verify untuk membantu organisasi-organisasi mendemonstrasikan AI yang bertanggungjawab secara objektif melalui ujian terpiawai. Namun begitu, biarpun teknologi ujian AI semakin berkembang, ia masih lagi baharu. Terdapat keperluan untuk mengumpulkan kepakaran terbaik daripada seluruh industri dan komuniti penyelidikan bagi membangunkan bidang ini.

Sambil mengakui risiko AI yang berpotensi, Menteri Teo menyatakan bahawa kerajaan tidak dapat melakukannya secara bersendirian. "Sektor swasta dengan kepakaran mereka boleh mengambil bahagian secara bermakna untuk mencapai matlamat ini bersama kami," tambah beliau. Beliau turut memberi jaminan bahawa di tengah-tengah ketakutan dan kebimbangan yang sangat ketara tentang pembangunan AI, kami perlu mengemudi AI dengan aktif menuju penggunaan yang bermanfaat dan jauh daripada penggunaan yang buruk. "Inilah teras bagaimana Singapura berfikir tentang AI."

Untuk butiran tentang ATxSG, sila kunjungi: www.asiatechxsg.com/atxsummit.

[1]  Senarai penuh ahli boleh didapati di https://aiverifyfoundation.sg/foundation-members/

Hubungi: 
aung_thi_ha@imda.gov.sg  

Hill+Knowlton Strategies 
HKATxSG@hkstrategies.com 

Source: Infocomm Media Development Authority of Singapore and Informa Tech
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet New products/services Trade show news