omniture

Pengasas DAHON Dr. David Hon: Evolusi Ahli Fizik menjadi Bapa Basikal Lipat Moden

DAHON North America, Inc.
2023-06-12 09:24 58

Meneroka Keseimbangan antara Perubahan dan Kekonsistenan dalam Mengejar Inovasi dan Perjalanan Mampan

OLNEY, Illinois, 12 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Pengerusi DAHON, jenama basikal lipat yang terkemuka Dr. David Hon, perintis dalam industri basikal lipat, membangunkan teknologi berpaten yang digelar "Deltec" untuk basikal DAHON serba baharu pada tahun ini. Teknologi berpaten ini telah terbukti melalui ujian dalaman dan luaran yang meluas serta analisis data penunggangan. Teknologi Deltec ini memberi kuasa kepada basikal DAHON dengan kekuatan dan kelajuan tiada tandingan, melangkaui prestasi basikal gunung dan jalan raya konvensional dalam pasaran.

Dr. David Hon
Dr. David Hon

Pada tahun ini, Dr. Hon juga merancang untuk menerbitkan empat kertas akademik, bagi memberi penerangan tentang penyelesaian fungsian dan keselamatan merentas pelbagai jenis basikal. Penerbitan ini bakal menjadi rujukan industri yang berharga, menyumbang kepada kemajuan teknologi kayuhan.

Khususnya, kajian perintis Dr. Hon yang dijalankan beberapa dekad yang lalu telah memainkan peranan penting dalam kejayaan besar baru-baru ini yang dicapai oleh Jabatan Tenaga A.S. dalam lakuran nuklear. Buat julung kalinya, saintis mendapat perolehan tenaga bersih dalam tindak balas lakuran nuklear, dengan salah satu teknologi teras di sebalik pencapaian ini yang berasal daripada hasil kerja Dr. Hon sebelum ini.

Selama bertahun-tahun, Dr. Hon telah berdedikasi untuk mencari keseimbangan yang sempurna antara perubahan dan kekonsistenan, bermula daripada kemajuan perintis dalam lakuran nuklear kepada transformasi basikal lipat menjadi mod pengangkutan yang benar-benar mesra pengguna dan mudah.

Komited kepada Perjalanan Hijau, Mengejar Perubahan dalam Kehidupan

Pada tahun 1972, Dr. Hon menyertai Hughes Aircraft yang berpangkalan di AS, sebuah syarikat teknologi aeroangkasa yang terkemuka di dunia, yang mana beliau memainkan peranan penting dalam R&D awal laser taktikal. Semasa perlumbaan angkasa pada tahun 1970-an, beliau mendapat pengiktirafan sebagai pemimpin yang amat disegani dalam bidang teknologi laser. The Laser Handbook, yang mana Dr. Hon merupakan pengarang bersama, memberi impak yang ketara ke atas industri ini dan menjadi rujukan pilihan untuk komuniti saintifik. Pencapaian penyelidikan beliau yang luar biasa melayakkan beliau menerima pelbagai jemputan untuk menyampaikan syarahan di Chinese Academy of Sciences.

Pada tahun 1975, di tengah-tengah krisis minyak yang teruk, keperluan yang mendesak terhadap penyelesaian pengangkutan bandar yang lebih cekap menjadi jelas, menggesa pengurangan pergantungan kepada automobil. Menyedari potensi masa depan perjalanan mampan, Dr. Hon memulakan satu misi transformatif untuk merevolusikan pengangkutan awam. Beliau mula menjalankan kajian yang mendalam tentang cara yang lebih mudah untuk membawa basikal. Biarpun masih mengekalkan pekerjaan utama beliau, beliau menumpukan perhatian selama tujuh tahun terhadap kajian mendalam yang bertujuan untuk meningkatkan kemudahan pengangkutan basikal. Dr. Hon memfokuskan untuk memperhalusi basikal lipat sedia ada, menggantikan reka bentuk yang dahulunya menyusahkan dengan alternatif yang lebih mesra pengguna. Beliau mengoptimumkan dengan teliti lima aspek kritikal pada basikal lipat – kebolehtunggangan, kebolehlipatan, ringan, keselamatan dan ekonomi. Usaha mengejar kecemerlangan yang tidak henti-henti ini membolehkan beliau memaksimumkan potensinya sambil mencapai keseimbangan yang harmoni antara elemen-elemen penting ini.

Pada tahun 1982, Dr. Hon memperkenalkan kepada dunia dengan basikal lipat DAHON pertama, berfungsi sebagai prototaip untuk kebanyakan basikal lipat kontemporari. Beliau tanpa gentar beralih daripada kerjaya beliau yang berkembang pesat sebagai jurutera aeronautik dan ahli fizik yang berjaya apabila beliau mencapai titik pertengahan dalam perjalanan hidup beliau. Dengan komitmen yang teguh untuk memajukan masyarakat, beliau menempuh laluan baharu, didorong oleh kepercayaan bahawa usaha beliau akan menyumbang kepada kebaikan yang lebih besar.

Seterusnya, Dr. Hon menjadi terkenal sebagai Bapa Basikal Lipat Moden, beralih daripada seorang ahli fizik kepada penyokong yang bersemangat untuk perjalanan rendah karbon dan pembela alam sekitar yang teguh.

Pada tahun 2008, DAHON mencapai kejayaan penting yang sangat bermakna, dengan mendapat pengiktirafan daripada Guinness World Records sebagai pengeluar basikal lipat terbesar di dunia, dengan pengeluaran tahunan melebihi 500,000 unit.

Kesesakan pembangunan memacu peralihan kepada inovasi kolaboratif 

Sejak empat dekad yang lalu, DAHON, di bawah kepimpinan berwawasan Dr. Hon, mengejar misinya secara sepenuh hati untuk menyampaikan produk dan perkhidmatan yang tiada tandingan kepada pelanggan sekali gus mengekalkan dedikasi yang tidak berbelah bahagi kepada inovasi. Bermula dengan asal-usul yang sederhana, DAHON telah menjadi terkenal sebagai pendahulu industri dari segi jualan, mengukuhkan reputasinya sebagai jenama yang diiktiraf di peringkat global bagi basikal yang dikeluarkan secara besar-besaran. Dengan subsidiari dan kemudahan pembuatan ditubuhkan secara strategik di pelbagai negara, DAHON telah memupuk kehadiran antarabangsa yang mengagumkan, merealisasikan komitmennya untuk menampung pasaran global yang pelbagai.

Foto berkumpulan wakil-wakil di Persidangan Pengedar Antarabangsa DAHON pada tahun 2014
Foto berkumpulan wakil-wakil di Persidangan Pengedar Antarabangsa DAHON pada tahun 2014

Basikal lipat DAHON telah mencapai kejayaan yang luar biasa dengan pengeluaran dan penjualan yang tangkas, menggamit perhatian orang ramai. Sungguhpun begitu, menubuhkan sebuah perniagaan adalah sukar dan mengekalkannya membawa cabaran yang besar. Salah satu cabarannya ialah perlindungan hak harta intelek (IPR) yang tidak mencukupi, mengakibatkan banyak pesaing menggunakan teknologi berpaten DAHON secara menyalahi undang-undang. Ini menimbulkan kebanjiran basikal lipat tiruan dan substandard dalam pasaran, lalu memberi kesan yang ketara kepada operasi global DAHON. Berhadapan dengan kesesakan pembangunan ini, DAHON berdepan dengan keputusan penting: untuk terlibat dalam perjuangan yang berlarutan terhadap pelanggaran atau untuk mengejar kejayaan revolusioner.

Memandangkan China terus memberi penekanan yang lebih besar ke atas perlindungan IPR, Dr. Hon melaksanakan strategi pemasaran perkongsian-teknologi dan dwi-jenama pada tahun 2019, yang membolehkan rakan-rakan industri menggunakan IPR yang diiktiraf atau dipercayai secara meluas. Hasil daripada pendekatan itu, setakat ini DAHON telah memeterai perkongsian yang stabil dengan lebih 40 pembuat basikal domestik dan antarabangsa yang terkemuka, menawarkan kepada mereka dengan pelbagai jenis komponen penting teknologi tinggi. Usaha kolaboratif ini membolehkan pembuat memperkemas proses pembangunan jenama mereka, mengoptimumkan peruntukan sumber dan memperoleh kelebihan kompetitif dalam pasaran. Visi keusahawanan Dr. Hon dicerminkan dalam dedikasi beliau yang tidak berbelah bahagi untuk membina sebuah perniagaan berpandukan inovasi dan memupuk pertumbuhan industri melalui perkongsian sumber.

Pada tahun 2023, era perintis untuk basikal lipat dengan bingkai rasuk tunggal akan diterima sebagai jenama basikal popular yang melengkapkan semua model baharu dengan teknologi Deltec yang canggih. Deltec yang revolusioner ini meningkatkan kekuatan dan ketegaran bingkai, lalu menyampaikan prestasi yang tiada tandingan. Keunggulan ini ditunjukkan dengan jelas melalui perlumbaan cabaran kelajuan semasa China Cycle pada tahun ini di Shanghai yang mana basikal yang dilengkapi dengan Deltec dapat mengatasi basikal beroda besar. Sungguhpun mengintegrasikan teknologi Deltec mungkin melibatkan peningkatan kos pengeluaran dan margin keuntungan yang mengecil, ia penting untuk mengekalkan kedudukan utama jenama ini dalam pasaran dengan memfokuskan kepada pembezaan produk dan penambahbaikan yang berterusan.

Hasil daripada peningkatan penekanan ke atas perlindungan IPR oleh kerajaan Cina, teknologi lipat inovatif DAHON dapat menikmati perlindungan yang cekap. Diterajui oleh Dr. Hon, pasukan R&D khusus syarikat ini telah memperoleh lebih 500 paten basikal dalam pasaran domestik dan antarabangsa. Kira-kira 10% daripada 130 juta basikal yang dijual di seluruh dunia setiap tahun merupakan basikal lipat, dengan sebahagian besarnya menggabungkan 5 hingga 6 teknologi berpaten yang dibangunkan oleh DAHON.

Dengan pengalamannya yang luas dalam R&D serta kualiti produk yang luar biasa, DAHON telah menunjukkan kelebihan teknologinya yang kukuh serta peranan kepimpinannya dalam industri ini. Tidak lagi terhad kepada basikal lipat, portfolio produk DAHON kini merangkumi elektrik, bantuan elektrik, pemandu, gentian karbon, teleskopik, basikal pelajar dan kanak-kanak.

Tambahan pula, DAHON bersedia untuk disenaraikan pada Bursa Saham Beijing pada tahun 2024 dengan sokongan daripada CITIC Securities, lantas mengukuhkan selanjutnya kedudukannya dalam industri ini.

Usaha mengejar kecemerlangan dan penetapan minda berdaya usaha Dr. Hon terbukti dalam pelbagai lelaran syarikat ini selama bertahun-tahun.

Dalam perjalanan dengan kerja keras, misi teras tetap tidak berubah 

Sebagaimana yang sering diperkatakan, kerja keras membuahkan hasil. Sepanjang beberapa dekad yang lalu, DAHON telah menerima pelbagai anugerah peringkat kebangsaan, kementerian dan wilayah selain diiktiraf sebagai Perusahaan Teknologi-Tinggi Kebangsaan oleh Kementerian Sains dan Teknologi China, designasi yang dipandang tinggi di negara ini. Pengiktirafan-pengiktirafan lain termasuk Taiwan Invention Award dan Pingat Emas di pertandingan reka bentuk Eurobike. Paling ketara, basikal elektrik brek cakera/CURL baharu firma ini telah memenangi Anugerah Emas Inovasi di China Cycle.

Di Pertandingan Reka Bentuk Basikal Elektrik & Minggu Jenama Fesyen Kenderaan Dua Roda China Bicycle 2023, basikal lipat gentian karbon ultra-ringan DAHON menerima Anugerah Emas kerana menonjol daripada beratus-ratus pesaing seiring dengan mendapat tempat dalam Senarai Basikal Fesyen Terunggul Ray 2023.

Pada tahun 2021, Dr. Hon dipaparkan pada muka hadapan majalah China Bicycle dan dijemput untuk menyertai wawancara eksklusif bersama program Extraordinary Craftsmen CCTV pada tahun 2022.

Semasa memperoleh anugerah-anugerah ini, Dr. Hon tetap komited kepada misi asal beliau iaitu "berkhidmat untuk rakyat".

Usaha kedermawanan Dr. Hon termasuk penyertaan beliau yang aktif dalam program "Hope for Pearl" Zhejiang Xinhua Compassion Education Foundation. Sepanjang sepuluh tahun yang lalu, beliau memberi bantuan kewangan kepada lebih 200 orang "pelajar mutiara" yang kurang bernasib baik melalui program itu, memperkasa mereka untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi sambil menyebarkan kasih sayang dan kemesraan melalui perkhidmatan awam yang mesra alam.

Sepanjang perjalanan selama 80-tahun beliau yang luar biasa, Dr. Hon telah berkembang maju daripada seorang ahli fizik menjadi penyokong alam sekitar, pencipta dan dermawan. Transformasi beliau yang pelbagai menonjolkan budi pekerti beliau yang mulia dan dedikasi yang tidak berbelah bahagi untuk berkhidmat kepada masyarakat dengan kasih sayang dan belas ihsan yang tidak mementingkan diri sendiri.

Melangkah ke hadapan, DAHON bersedia untuk menerima sepenuh jiwa falsafah perniagaan Dr. Hon yang berkisarkan teknologi, fesyen, perlindungan terhadap alam sekitar dan kemudahan. Syarikat ini akan terus memupuk inovasi, berkongsi kepakarannya dan berusaha untuk menjadi pendahulu dalam sektor perjalanan yang lestari.

Source: DAHON North America, Inc.
Keywords: Art Auto Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Sports Sports Equipment & Accessories Transportation Travel Outdoors/Camping/Hiking