omniture

China Luluskan Vaksin Pertama Dunia terhadap Susur Galur Turunan XBB SARS-CoV-2 untuk Kegunaan Kecemasan

WestVac BioPharma Co., Ltd.
2023-06-12 13:42 51

CHENGDU, China, 12 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Pada 8 Jun, 2023, Vaksin Protein (sel Sf9) Trivalen (XBB.1.5+BA.5+Delta) COVID-19 Rekombinan-Trivalen XBB.1.5 Coviccine® yang dibangunkan oleh WestVac Biopharma/ West China Medical Center, Sichuan University telah pun diluluskan untuk EUA oleh pihak berkuasa yang berkenaan di China. Ini merupakan vaksin COVID-19 pertama di dunia yang diluluskan untuk EUA terhadap susur galur turunan XBB, SARS-CoV-2. Ini juga menunjukkan bahawa China sedang menerajui dunia dalam pembangunan vaksin COVID-19.


WestVac Biopharma dan syarikat subsidiarinya WestVac Biopharma (Guangzhou) memanfaatkan tindak balas pantas platform ekspresi sel serangga bagi membangunkan vektor untuk Vaksin Protein (Sel Sf9) Trivalen (XBB.1.5+BA.5+Delta) COVID-19 Rekombinan-Trivalen XBB.1.5 Coviccine®, yang berketulenan tinggi dan berkualiti tinggi untuk kegunaan manusia. Antigen vaksin subunit direka bentuk dengan tepat berdasarkan struktur protein S-RBD dan HR sasaran pada subvarian COVID-19 XBB.1.5 serta BA.5 dan tersusun sendiri menjadi partikel protein trimerik yang stabil dengan adjuvan emulsi minyak-dalam-air berasaskan skualena yang ditambah selepas penulenan dan pencampuran. Adjuvan baharu ini meningkatkan titer antibodi peneutralan dengan ketara, yang membolehkan vaksin protein trimerik mendorong tindak balas imun sel-T pada tahap yang lebih tinggi. Kajian menunjukkan bahawa Trivalen XBB.1.5 Coviccine® mendorong titer antibodi peneutralan yang tinggi terhadap berbilang subvarian, termasuk subvarian Omicron XBB.1.5, XBB1.16, XBB1.9.1, XBB.2.3, BA.5, BF.7, BQ.1, BA.2.75. 14 hari selepas suntikan produk ini, keberkesanan pelindung terhadap XBB.1, XBB.1.5, XBB1.9 ialah 93.28% dengan profil keselamatan yang sangat baik, seraya menunjukkan bahawa ini merupakan vaksin COVID-19 spektrum luas terhadap berbilang subvarian prevalen di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Varian XBB.1.5 secara beransur-ansur menjadi varian edaran utama di serata pelosok dunia menjelang awal tahun 2023. Dengan bimbingan dan sokongan profesional daripada pasukan R&D vaksin Mekanisme Pencegahan dan Kawalan Bersama Majlis Negara, pasukan saintifik WestVac Biopharma/West China Medical Center, Sichuan University dapat melepasi semua halangan dan berjaya membangunkan vaksin yang meliputi kumpulan varian XBB.

Pada awal Mei, pakar CDC China mendapati bahawa keupayaan transmisi dan pelepasan imun varian XBB adalah jauh lebih kuat berbanding varian Omicron yang tersebar pada peringkat awal. Susur galur turunan XBB.1 kini mendominasi peredaran SARS-CoV-2 di seluruh dunia. Setakat akhir Mei, kumpulan varian XBB menyumbang sebanyak 98.1% daripada semua varian di Amerika Syarikat. Di China, varian XBB yang baru dikesan telah meningkat secara beransur-ansur dan kini melebihi 90%.

Kumpulan Penasihat Teknikal WHO mengenai Komposisi Vaksin COVID-19 (TAG-CO-VAC) menasihatkan pada 18 Mei bahawa formulasi baharu vaksin COVID-19 haruslah bertujuan untuk mendorong tindak balas antibodi yang meneutralkan susur galur turunan XBB. Kadar "jangkitan kedua" semakin meningkat. Pakar-pakar menggesa pencegahan, imunisasi terhadap COVID-19 yang segera, terutamanya untuk individu yang mengalami jangkitan berisiko tinggi, warga emas, mereka yang menghidap penyakit tersirat dan mereka yang kurang daya tahan imun untuk mendapatkan vaksin yang meliputi varian SARS-CoV-2.

WestVac Biopharma menggunakan platform vaksin protein rekombinan sel serangga termaju antarabangsa untuk membangunkan Trivalen XBB.1.5 Coviccine® yang telah pun diluluskan untuk EUA di China. Vaksin COVID-19 WestVac menawarkan pilihan unik untuk pencegahan COVID-19, amat penting untuk pencegahan susur galur turunan XBB semasa dan menyumbang dengan ketara kepada pengurusan wabak COVID-19 yang berterusan.


Latar Belakang WestVac Biopharma

WestVac Biopharma Co., Ltd. ialah sebuah syarikat biofarmaseutikal inovatif, yang berupaya menjalankan spektrum penuh penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan produk. WestVac Biopharma telah berjaya terpilih ke dalam senarai syarikat unikorn dari tahun 2021 hingga 2023. WestVac Biopharma Co., Ltd. terletak di Chengdu, Barat China, manakala WestVac Biopharma (Guangzhou), sebuah syarikat subsidiari milik penuh WestVac Biopharma., terletak di Zon Pembangunan Ekonomi Guangzhou.

WestVac Biopharma Co., Ltd. telah menyiapkan pembinaan barisan pengeluaran vaksin protein rekombinan sel serangga 5,000-liter dan 3,000-liter dengan kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 100 juta dos. Barisan pengeluaran GMP bertapak kukuh dengan adanya "Lesen Pengeluaran Ubat". WestVac Biopharma (Guangzhou) telah menyiapkan pembinaan peningkatan barisan pengeluaran vaksin protein rekombinan sel serangga dengan kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 100 juta dos.

Pada Disember 2022, Vaksin COVID-19 Rekombinan-Coviccine® (sel Sf9) yang dibangunkan oleh WestVac Biopharma telah diluluskan oleh pihak berkuasa yang berkaitan untuk EUA di China.

Source: WestVac BioPharma Co., Ltd.
Keywords: Banking/Financial Service Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical/Pharmaceuticals