omniture

Xinhua Silk Road: Forum Kerjasama Kerajaan Tempatan dan Bandar Persahabatan RCEP 2023 bermula di Wilayah Anhui, Timur China

Xinhua Silk Road
2023-06-12 15:21 82

BEIJING, 12 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Bertemakan Kerjasama Serantau demi Masa Depan Saling Memberi Manfaat, Forum Kerjasama Kerajaan Tempatan dan Bandar Persahabatan (Huangshan) RCEP 2023 telahpun diadakan di Bandar Huangshan, Wilayah Anhui, timur China mulai 9 hingga 10 Jun.

Photo provided shows the participating business associations jointly released the 2023 RCEP Huangshan Forum Initiative
Photo provided shows the participating business associations jointly released the 2023 RCEP Huangshan Forum Initiative

Sekitar 500 orang tetamu termasuk ketua kerajaan daripada negara-negara anggota RCEP (Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau), eksekutif daripada syarikat Fortune Global 500 serta perusahaan ternama, ketua persatuan domestik dan asing dan institusi pelaburan dan juga pakar serta cendekiawan dari dalam dan luar negara berhimpun untuk membincangkan peluang baharu untuk kerjasama ekonomi dan perdagangan RCEP.

Wang Qingxian, Gabenor wilayah Anhui, berkata dalam ucapan alu-aluan beliau bahawa forum ini merupakan salah satu acara terawal yang diadakan selepas pelaksanaan penuh RCEP, menunjukkan sikap dan kesungguhan China untuk berkembang dan bersifat terbuka dalam semua aspek. Wang mencadangkan bahawa kerjasama antara kerajaan dilaksanakan melalui kerjasama antara perusahaan, dengan memanfaatkan sepenuhnya peranan hubungan bandar persahabatan serta persatuan perniagaan dan ekonomi, organisasi antarabangsa untuk bersama-sama menyediakan lebih banyak peluang untuk komuniti perniagaan.

Duta Myanmar ke China U Tin Maung Swe berkata forum ini merupakan platform yang bermakna dan tepat pada masanya untuk negara-negara anggota RCEP serta kerajaan tempatan bertukar-tukar pandangan, yang akan membantu mempererat kerjasama kerajaan tempatan, membawa faedah sosioekonomi kepada negara-negara anggota RCEP serta mempertingkatkan kebajikan rakyat.

Setiausaha agung ASEAN yang dilantik Gao Jinhong menyatakan dalam ucapan video bahawa negara-negara anggota RCEP harus berusaha untuk memudahkan perusahaan swasta dan dalam masa yang sama menerapkan lebih banyak elemen seperti pendigitan dan pembangunan mampan ke dalam RCEP.

Acara ini menyaksikan kerjasama pragmatik dicapai. Inisiatif Forum Huangshan RCEP 2023 dilancarkan. Hubungan persahabatan telah terjalin antara Wilayah Anhui dan Wilayah Attapeu, Laos serta Bandar Raya Laoag Filipina dan juga Huangshan. Enam projek kerjasama ekonomi dan perdagangan serta lima projek kerjasama kebudayaan ditandatangani demi jalinan kerjasama yang selanjutnya antara Anhui dan negara-negara anggota RCEP.

Perusahaan-perusahaan yang luar biasa seperti Anhui Conch Group Co., Ltd, China dan Anhui Jianghuai Automobile Group Co., Ltd. mengambil bahagian dalam forum ini. Yang Jun, Pengerusi Lembaga Anhui Conch Group, berkata bahawa syarikat ini akan mengambil peluang ini untuk meningkatkan komunikasi dan pertukaran bersama kerajaan tempatan, perusahaan, persatuan dan institusi pelaburan negara-negara anggota RCEP, agar dapat meninjau peluang perniagaan serta mempererat kerjasama serantau dan saling bekerjasama demi mencapai masa depan yang saling memberi manfaat.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/334515.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Banking/Financial Service Publishing/Information Service Trade show news