KUALA LUMPUR, Malaysia, 19 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Pekerja Malaysia berhenti kerja ekoran pelbagai faktor, termasuk jangkaan pekerjaan yang tidak dipenuhi selepas pandemik dan terputusnya hubungan antara pemimpin dan budaya. Hal ini menurut satu kajian baharu oleh pakar-pakar penciptaan tenaga kerja global Unispace.
Laporan Returning for Good, a Unispace Global Workplace Insights menyoal selidik 9,500 pekerja dan 6,650 pemimpin perniagaan merentas 17 negara di seluruh dunia.
Jangkaan tidak dipenuhi: Jurang antara majikan dan pekerja
Walaupun kedua-dua majikan (51%) dan pekerja (55%) di Malaysia dijangka untuk akhirnya kembali ke tahap kerja berasaskan pejabat yang lebih tinggi, jurang perbezaan wujud antara perkara yang majikan dan pekerja percaya sepatutnya ada dan disediakan di pejabat.
Separuh daripada pekerja yang disoal selidik mendedahkan bahawa mereka bekerja di meja kerja panas apabila berada di tempat kerja. 92% menyatakan bahawa mereka akan cenderung untuk menghabiskan lebih banyak masa di tempat kerja sekiranya mereka mempunyai meja yang ditetapkan. Sesungguhnya, lebih satu pertiga (36%) mendedahkan bahawa mereka tidak menyukai kekurangan privasi di pejabat. 26% merasakan mereka lebih efektif dalam persekitaran di rumah mereka yang lebih senyap.
Bermotivasi dan diberi insentif – tetapi tidak disediakan
Tiga perempat daripada pekerja (73%) dan empat perlima majikan (86%) menyatakan bahawa prospek kerjaya akan terhad untuk mereka yang bekerja dari jauh. Berbanding dengan keengganan Malaysia yang agak rendah untuk kembali ke pejabat (54% berbanding 60% di Singapura, 57% di AS dan 67% di Hong Kong), kesimpulannya ialah ruang pejabat adalah masalahnya dan pada dasarnya bukannya tidak mahu kembali ke pejabat.
Sean Moran, Prinsipal Kanan, Penyelesaian Pelanggan, Asia di Unispace:
"Kami bekerjasama dengan pelanggan daripada pelbagai sektor, termasuk perbankan dan kewangan, perundangan, pemasaran, penjagaan kesihatan, hospitaliti dan gaya hidup. Lebih banyak syarikat membina ruang bersama yang lebih besar, dengan unsur-unsur riadah seperti ruang permainan, kemudahan kecergasan dan pantri dengan bir percuma; malah industri perbankan dan perundangan - yang dianggap sebagai tradisional dan konservatif - terbuka untuk meja kerja panas dan bilik mesyuarat dengan elemen-elemen kreatif seperti dinding grafiti bagi meningkatkan penglibatan pekerja dan merangsang inspirasi. Kesemua ini dapat membantu mengimbangi waktu kerja mereka yang panjang dan kadar lesu upaya yang tinggi."
Untuk laporan penuh Returning for Good, sila muat turun melalui pautan ini.