omniture

CGTN: Hari Bapa: Kata-kata daripada ayah Xi Jinping kepada anaknya

CGTN
2023-06-20 19:28 34

BEIJING, 20 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Pada Hari Bapa, yang jatuh pada Ahad ketiga bulan Jun, orang ramai mengucapkan terima kasih kepada bapa mereka dan mengimbau kenangan terindah detik yang dikongsi bersama.

Di atas rak buku Presiden Cina Xi Jinping, terdapat sekeping gambar beliau menolak bapa beliau Xi Zhongxun, di atas kerusi roda manakala isteri dan anak perempuan beliau berjalan di sisi beliau.

Anak petani yang bangkit menjadi seorang pemimpin, Xi Zhongxun (1913-2002) sentiasa menganggap diri beliau sebagai anggota golongan pekerja.

Kehidupan sederhana

Keluarga Xi mempunyai tradisi bersikap tegas dengan anak-anak mereka dan menjalani kehidupan yang sederhana. Xi Zhongxun kerap memberitahu anak-anaknya agar berjimat-cermat dan memimpin melalui teladan.

Seingat anak perempuan beliau, Xi Qiaoqiao, Xi Zhongxun akan mengutip dan memakan butir nasi dan serbuk roti yang bertaburan daripada meja dan melicinkan mangkuk sup dengan roti.

Semasa Xi Jinping masih kecil, beliau memakai pakaian dan kasut kakak-kakaknya. Apabila bekerja di Zhengding, Wilayah Hebei, utara China, beliau membawa tilam bertampal bersamanya. Semasa bekerja di Ningde, Wilayah Fujian, tenggara China, beliau meminta agar mereka tidak mengubah suai pejabat atau asramanya.

Beliau turut menekankan kepentingan pendidikan dan kelebihan keluarga dalam banyak kesempatan. "Tidak kira bagaimana zaman telah berubah, nilai kekeluargaan, pendidikan keluarga dan pembinaan keluarga harus ditekankan agar berjuta-juta keluarga menjadi titik penting untuk pembangunan negara, kemajuan etnik dan keharmonian sosial," kata Xi Jinping.

Sejak menjadi setiausaha agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (CPC), Xi Jinping berulang kali menyeru untuk mengamalkan sikap berjimat-cermat dan menentang pemborosan serta pembaziran.

Tradisi keluarga Xi Zhongxun merupakan cermin, penanda aras dan panduan untuk anak-anak beliau.

'Urusan negara diutamakan'

Pada 15 Oktober 2001, satu perjumpaan semula keluarga yang jarang berlaku diadakan sempena ulang tahun kelahiran ke-88 Xi Zhongxun.

Walau bagaimanapun, Xi Jinping, yang merupakan gabenor Wilayah Fujian ketika itu, tidak hadir ekoran jadual yang padat. Kemudian, beliau menulis sepucuk surat yang ikhlas kepada bapa beliau bagi menyatakan kekesalannya.

"Ayah berkhidmat secara diam-diam untuk rakyat Cina, yang memberi inspirasi kepada saya untuk menumpukan seluruh hidup saya kepada perjuangan untuk berkhidmat kepada rakyat," tulis Xi Jinping dalam surat itu.

Setelah membaca surat itu, Xi Zhongxun memahami ketiadaan anaknya dan berkata kepada keluarga dan rakan-rakannya, "Kerja didahulukan dan urusan negara menjadi keutamaan. Berkhidmat kepada rakyat merupakan ketaatan terbesar."

Tradisi keluarga yang baik mempengaruhi gaya kerja Parti dan kerajaan.

Sejak Kongres Kebangsaan CPC ke-18, Xi Jinping mengembara ke 14 kawasan bersebelahan yang pada ketika itu mengalami kemiskinan tegar dan menjalankan lebih daripada 50 pemeriksaan ke atas kerja pembasmian kemiskinan.

Bermula dengan "melihat kemiskinan sebenar" kepada "menghapuskan kemiskinan" dengan serius, beliau dengan tegas memikul tanggungjawab terdahulu di atas bahu beliau.

"Tidak kira apapun jawatan kamu, berkhidmatlah kepada rakyat dengan bersungguh-sungguh, pertimbangkan kepentingan rakyat secara sepenuh hati, kekalkan hubungan yang erat bersama rakyat dan sentiasa mudah didekati oleh rakyat," Xi Zhongxun pernah memberitahu anaknya.

Dengan kata-kata itu, Xi Jinping tidak pernah lupa apa yang memberi inspirasi kepada beliau untuk menjadi hamba rakyat.

Hari Bapa: Ucapan daripada bapa Xi Jinping kepada anaknya Di rak buku Presiden Cina Xi Jinping, erdapat gambar beliau menolak kerusi roda bapanya, Xi Zhongxun, manakala isteri dan anak perempuannya berjalan di sisinya. CGTN

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service