omniture

CCTV+: Xi sentiasa dekat dengan rakyat

CCTV+
2023-06-20 20:21 37

BEIJING, 20 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Sentiasa dekat dengan rakyat, Presiden Cina Xi Jinping sentiasa berusaha demi kepentingan rakyat sebagai pekhidmat awam.

Semasa kerjaya politik beliau, Xi bangkit daripada seorang ketua Parti akar umbi kepada pemimpin Parti Komunis China (CPC), daripada seorang rakyat biasa menjadi presiden negara, daripada pegawai tentera biasa menjadi pengerusi Suruhanjaya Tentera Pusat, kesemua sambil tetap komited terhadap kehidupan warga Cina yang lebih baik.

Dalam tahun 1980-an, apabila ramai rakan seangkatan beliau menceburi bidang perniagaan atau berangkat untuk melanjutkan pengajian di luar negara, Xi meninggalkan pekerjaan pejabat beliau yang selesa di Beijing dan memilih untuk bekerja sebaga timbalan ketua Parti sebuah daerah kecil di wilayah Hebei, utara China. Kemudian, beliau menjadi ketua Parti wilayah Ningde, salah satu wilayah paling miskin di wilayah Fujian, timur China ketika itu.

Sejak Kongres Kebangsaan CPC ke-18 pada tahun 2012, Xi telah mengadakan lebih daripada 100 lawatan pemeriksaan ke tempat-tempat berbeza di seluruh China.

Beliau menjadikannya tradisi untuk mengunjungi orang biasa, terutamanya kumpulan paling kurang bernasib baik di negara ini, dalam hampir setiap lawatan pemeriksaan domestik beliau.

Beliau akan melihat sendiri, apa yang dimakan oleh rakyat biasa Cina, sama ada mereka mendapat akses kepada air bersih dan pemanasan yang cukup dalam musim sejuk dan mengetahui tentang kebimbangan mereka terhadap keselamatan makanan dan perlindungan alam sekitar.

Pada Disember 2012, Xi menempuh cuaca sejuk untuk sampai ke Fuping, yang ketika itu merupakan sebuah daerah miskin yang terletak jauh di Pergunungan Taihang, Wilayah Hebei, utara China. Beliau melawat rumah-rumah petani untuk melihat sendiri kehidupan penduduk di sana.

Pada November 2013, semasa satu lawatan pemeriksaan di wilayah tengah Hunan, Xi melawat Shibadong, sebuah perkampungan etnik Miao.

Dengan sentiasa memikirkan tentang rakyat, Xi berasa sangat gembira setiap kali mengetahui bahawa taraf hidup rakyat sentiasa bertambah baik.

Semasa lawatan pemeriksaan terhadap Wilayah Autonomi Ningxia Hui barat laut China pada Julai 2016, Xi mengunjungi rumah penduduk kampung daripada kumpulan etnik Hui, Hai Guobao.

Malah, langkah Xi telahpun sampai ke sempadan utara China. Pada Januari 2014, Xi melawat para tentera yang ditempatkan sepanjang sempadan Cina-Mongolia menjelang Tahun Baharu Lunar Cina tradisional yang bakal tiba.

Dalam perjalanan beliau ke sempadan, presiden turun dari kereta beliau untuk berbual bersama sepasukan tentera dalam misi rondaan, menyatakan penghargaan beliau kepada mereka kerana bertungkus-lumus dalam keadaan cuaca buruk untuk menjaga negara ini.

Pautan: https://youtu.be/XNZdu4AOGCw

 

 

Source: CCTV+
Keywords: Internet Technology Publishing/Information Service Telecommunications