omniture

Xinhua Silk Road: Api Sukan Asia Hangzhou 2022 dinyalakan di tapak budaya Liangzhu

Xinhua Silk Road
2023-06-21 15:19 56

BEIJING, 21 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Api Sukan Asia Hangzhou 2022 telahpun dinyalakan di bandar purba Liangzhu, Wilayah Zhejiang, timur China pada hari Khamis, menandakan pengiraan detik 100 hari sempena pembukaan Sukan Asia ke-19.

Sembilan belas orang pengumpul api, berpakaian serba putih, berjalan menaiki anak tangga sebelum salah seorang daripada mereka menyalakan obor daripada sinaran matahari menggunakan cermin cekung. 19 melambangkan Sukan Asia ke-19. Garis luar cermin, direka bentuk seperti Jade Bi, melambangkan sinaran matahari.

The flame is lit during the Hangzhou 2022 Asian Games Flame Lighting Ceremony at the Archaeological Ruins of Liangzhu City Park in Hangzhou, east China's Zhejiang Province, on June 15, 2023.[Photo/Xinhua]
The flame is lit during the Hangzhou 2022 Asian Games Flame Lighting Ceremony at the Archaeological Ruins of Liangzhu City Park in Hangzhou, east China's Zhejiang Province, on June 15, 2023.[Photo/Xinhua]

Liangzhu, bermaksud wahah air yang indah dalam bahasa Cina, terletak di Daerah Yuhang, Hangzhou. Runtuhan arkeologi Liangzhu di Hangzhou dicatatkan dalam senarai Warisan Dunia UNESCO pada 9 Julai 2019, semasa sesi ke-43 Jawatankuasa Warisan Dunia kerana ia menyediakan bukti mendalam dan menarik bahawa tamadun Cina bermula 5,000 tahun yang lalu, yang turut menandakan bahawa lima ribu tahun tamadun Cina yang diwakili olehnya telah diiktiraf secara meluas dalam komuniti antarabangsa.

Photo provided to Xinhua shows the ancient city site of Liangzhu
Photo provided to Xinhua shows the ancient city site of Liangzhu

Mengumpul nyalaan di sini bererti cahaya peradaban Liangzhu merentasi masa dan ruang, menyalakan api Sukan Asia dalam era baharu, melambangkan semangat kesukanan yang diwarisi dan dibawa ke hadapan serta diteruskan.

Alat pengumpul api direka dengan bentuk Jade Bi dan meja letak kotak api adalah dalam bentuk Jade Cong, jed yang panjang, berongga dan bersaiz segi empat tepat. Jade Bi dan Jade Cong merupakan objek-objek ritual jed wakilan penting dalam peradaban Liangzhu. Ia merupakan model terawal bagi kosmologi tamadun Cina dan merupakan penanda budaya penting bagi sejarah yang panjang dan kedalaman tamadun Cina.

Wajar juga disebutkan bahawa idea reka bentuk Obor Sukan Asia Hangzhou juga datangnya daripada pengumpulan jed budaya Liangzhu yang membayangkan perlambangan indah yang menghubungkan masa lalu dan masa depan Sukan Asia Hangzhou.

Peradaban Liangzhu, yang berkembang maju selama seribu tahun, telah memberi sumbangan yang luar biasa kepada pembentukan tamadun Cina dan memberi tafsiran yang lebih beraneka bagi sejarah tamadun Cina dalam pembangunannya yang pluralistik dan bersepadu.

Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/334641.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Art Publishing/Information Service Sporting Events Sports Asian-related news