omniture

Forum Kebudayaan China-ASEAN ke-18 diadakan di Nanning, China

Guangxi CA Panorama Group
2023-06-21 15:35 30

NANNING, China, 21 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Forum Kebudayaan China-ASEAN ke-18, ditaja secara bersama oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan China serta Kerajaan Rakyat Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, telahpun diadakan di Nanning, China pada 19 Jun. Dengan tema "Pembinaan Perpustakaan Pintar dan Galakan Membaca", forum tersebut berkisarkan pemulihan dan pemeliharaan buku-buku kuno serta bertujuan untuk mempererat dan meluaskan kerjasama perpustakaan dan penerbitan China-ASEAN.

At the 18th China-ASEAN Cultural Forum
At the 18th China-ASEAN Cultural Forum

Para tetamu daripada jabatan-jabatan kebudayaan dan pelancongan China dan negara-negara ASEAN, pakar serta cendekiawan daripada bidang tersebut berkumpul di sini untuk meninjau visi baharu untuk kerjasama berhubung pembinaan perpustakaan pintar. T.Y.T. Rao Quan, Timbalan Menteri daripada Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan China, T.Y.T. Wissanu Krea-ngam, Timbalan Perdana Menteri Thailand, T.Y.T. Suanesavanh Vignaket, Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Pelancongan Laos, T.Y.T. U Ko Ko, Menteri Kesatuan Hal Ehwal Agama dan Kebudayaan Myanmar, T.Y.T. Shi Zhongjun, Setiausaha Agung ASEAN-China Centre dan tetamu-tetamu lain dari China dan negara-negara ASEAN serta organisasi-organisasi antarabangsa mengkaji semula kerjasama antara China dan ASEAN dalam pembinaan perpustakaan di forum tersebut. Mereka turut berkongsi langkah-langkah baharu mereka dalam menggalakkan aktiviti membaca dan menyuarakan pandangan mereka tentang matlamat serta kepentingan perpustakaan pintar. Di samping itu, mereka meneroka kolaborasi yang berpotensi dalam membina perpustakaan sedemikian.

Pakar-pakar dan para cendekiawan berkongsi pencapaian terkini mereka dalam pemulihan dan pemeliharaan buku-buku kuno, mendedahkan bagaimana khazanah budaya kita dihidupkan semula. Para hadirin berpeluang untuk menyaksikan bagaimana sains dan teknologi memberi kesan ke atas budaya kita dengan memberi kehidupan baharu kepada karya purba melalui kemajuan digital. Di samping itu, penerbit-penerbit profesional berkongsi pengalaman mereka dan memberi pandangan tentang masa depan kerjasama penerbitan buku.

Di forum ini, wakil-wakil perpustakaan dari China dan negara-negara ASEAN melancarkan secara rasmi China-ASEAN Library Alliance Initiative, yang dipuji sebagai kebijaksanaan forum itu dan pencapaian praktikal daripada pertukaran perpustakaan dan kerjasama antara kedua-dua pihak. Inisiatif berkenaan memfokuskan untuk mengukuhkan pertukaran dan latihan kakitangan perpustakaan, berkongsi sumber teknikal dan mengintegrasikan pembangunan yang inovatif.

Sepanjang 18 tahun yang lalu, Forum Kebudayaan China-ASEAN telah menggalakkan pertukaran budaya dan persefahaman yang berkesan antara China dan negara-negara ASEAN serta berkembang secara beransur-ansur menjadi sebuah forum profesional dengan pengaruh antarabangsa yang besar.

Source: Guangxi CA Panorama Group
Keywords: Books Publishing/Information Service