HAMBURG, Jerman, 28 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Besrey, yang menyediakan kepada keluarga seluruh dunia dengan produk bayi yang berkualiti tinggi, mengumumkan peralihan lengkapnya menuju era baharu "Keibubapaan Saintifik Moden," dengan empat kategori produk utama dan merancang untuk menumpukan pembangunan produk masa depan berkisarkan konsep ini.
"Menjadi misi kami untuk mendepani era baharu 'Keibubapaan Saintifik Moden,'" kata Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas Besrey. "Sebagai penyokong konsep ini, kami bermatlamat untuk menunjukkan laluan keibubapaan saintifik kepada ibu bapa melalui produk kontemporari yang menggabungkan inovasi teknologi dan estetika yang cemerlang. Kami berusaha untuk membantu ibu bapa memahami dengan cepat erti keluarga dan mengurangkan kebimbangan dan tekanan mereka semasa proses asuhan sambil membantu anak-anak menimbulkan rasa kekitaan, keselamatan, kognitif dan keupayaan persepsi. Pada setiap peringkat, kami ingin agar ibu bapa dan anak-anak merasai kehidupan yang berkualiti tinggi, kebahagiaan dan keseronokan."
Kini, Besrey menawarkan rangkaian produk komprehensif yang meliputi empat kategori utama, bagi menampung keperluan ibu bapa moden dan bayi mereka:
Besrey ialah jenama yang berbangga dengan komitmennya yang tidak berbelah bahagi terhadap profesionalisme dan teknologi canggih. Dedikasi jenama ini terhadap kecemerlangan dicerminkan dalam setiap aspek proses pembangunan produknya, bermula daripada prosedur pembuatan yang teliti, hinggalah seleksi bahan premium dan protokol ujian yang ketat. Hasilnya, produk Besrey terkenal dengan kualiti, keandalan dan ketahanannya yang luar biasa. Di samping itu, jenama ini memberi penekanan tinggi terhadap pengalaman pengguna dan melangkaui jangkaan pelanggan secara konsisten melalui gabungan antara maklum balas pelanggan, tinjauan kepuasan dan penilaian profesional.
Kejayaan Besrey dibuktikan oleh pelbagai pencapaian dan penghargaan industrinya, termasuk pertumbuhan bahagian pasaran, peningkatan hasil jualan, pengiktirafan industri dan penarafan profesional. Kejayaan-kejayaan ini menjadi bukti kedudukan jenama ini sebagai peneraju pasaran dan komitmennya yang tidak berbelah bahagi terhadap inovasi dan kekal mendahului keluk. Melangkah ke hadapan, Besrey akan terus menetapkan matlamat bercita-cita tinggi dan mengejarnya dengan komitmen teguh untuk menyediakan produk dan perkhidmatan berkualiti tertinggi kepada pelanggannya.
Latar Belakang Besrey
Ditubuhkan pada tahun 2015 dengan misi untuk menjadi jenama keibubapaan pintar global yang mengkhusus untuk menawarkan perkhidmatan kepada keluarga seluruh dunia dengan kasih sayang, Besrey memfokuskan kepada hubungan emosi antara ibu bapa dan anak-anak. Syarikat ini menggabungkan inovasi reka bentuk berpandukan teknologi dengan pengalaman kehidupan sebenar bagi mengenal pasti keperluan dan mengoptimumkan penyelesaian.
Besrey mempunyai empat kategori produk, meliputi perjalanan, peralatan tempat tidur, elektronik dan mainan. Produk-produk ini bukan sahaja memenuhi keperluan kehidupan harian, perjalanan dan bermain anak-anak tetapi turut memberi tumpuan untuk menjamin keselamatan dan keselesaan anak-anak sambil menyediakan lebih kemudahan dan kecekapan buat ibu bapa. Menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan di seluruh dunia, produk-produknya dijual di Amerika Syarikat, Jerman, United Kingdom, Perancis, Itali, Rusia, Sepanyol dan Jepun. Besrey berusaha untuk menawarkan pengalaman keibubapaan yang komprehensif dan pintar kepada ibu bapa baik yang berciri saintifik mahupun bergaya.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://www.besrey.com/ atau Besrey's Amazon Store.
Atau ikuti kami di:
Instagram: https://bit.ly/BesreyIG
Facebook: https://bit.ly/BesreyFacebook
Twitter: https://bit.ly/Besreytwitter
YouTube: https://bit.ly/BesreyYoutube
Hubungan PR: marketing@besrey.com