omniture

Ahli Fizik Takrifkan Semula Kriteria Reka Bentuk Basikal untuk Prestasi Dipertingkat

DAHON
2023-07-04 08:42 21

Ahli Fizik Mendedahkan Kepincangan Reka Bentuk pada Basikal Biasa, Mencadangkan Penyelesaian

OLNEY, Illinois, 4 Julai 2023 /PRNewswire/ -- Pengerusi DAHON, pengeluar basikal lipat yang terkemuka Dr. David Hon mengumumkan bahawa beliau telah membongkar kepincangan reka bentuk pada pelbagai jenis basikal, termasuk basikal gunung, basikal jalan raya dan sesetengah e-basikal. Dengan meneliti kelenturtegangan bingkai dan impaknya ke atas prestasi, Dr. Hon membangunkan kaedah-kaedah teori dan eksperimen untuk pengukuran kelenturtegangan bingkai yang praktikal. Satu siri artikel akan memperincikan penemuan ini dan mencadangkan penambahbaikan bagi mengoptimumkan kelajuan dan prestasi.

"Basikal keselamatan" tradisional, dengan segi tiga bahagian depan dan belakang berbentuk tiub, telah menjadi reka bentuk standard sejak lewat abad ke-19. Walaupun struktur ini terbukti berjaya, pengecualian telahpun muncul dengan pengenalan basikal lipat dan basikal gunung ekor-lunak. Kajian oleh Dr. Hon bertujuan untuk mengatasi cabaran reka bentuk ini dan menyediakan remedi untuk meningkatkan prestasi dalam kesemua kategori basikal.

Memfokuskan pada pendakap bawah (BB) sebagai komponen penting dalam kelenturtegangan bingkai, Dr. Hon membangunkan model yang menghubungkaitkan pergerakan BB dengan daya mengayuh. Hubungan sedemikian antara pergerakan BB dan daya mengayuh adalah amat relevan kepada kelenturtegangan bingkai. Menggunakan platform ujian EU CEN yang diubah suai, 45 basikal daripada pelbagai jenis diuji untuk tenaga kelenturtegangan dan kecekapan mengayuh. Keputusannya disokong oleh eksperimen menunggang. Keputusannya mendedahkan penemuan penting, sesetengahnya mengejutkan, (bukan semua) termasuk:

  • Roda dan bingkai lebih kecil, serta bingkai segi tiga, adalah lebih kaku.
  • Basikal BMX didapati paling kaku.
  • Kabel DELTEC yang menghubungkan kepala-tiub kepada BB, menambah baik kekakuan dan kelajuan ketara untuk basikal lipat tiub-tunggal, mengatasi semua basikal beroda besar yang telah diuji, DELTEC menonjol sebagai penawar hebat untuk basikal lipat tiub-tunggal
  • Basikal ekor lunak memaparkan kefleksibelan yang berlebihan pada gandar belakang dengan basikal lipat BXX dikenal pasti sebagai yang paling lunak ekoran pangsi penggantungan belakang yang luar biasa rendah (dikenali secara meluas dalam industri ini), menyebabkan basikal dapat bergerak dengan serius semasa mengayuh.
  • Basikal lebih lunak adalah sehingga 15% lebih perlahan berbanding basikal lebih kaku apabila mendaki bukit 20° yang curam.

Dr. Hon menekankan kepentingan kecekapan pendorongan dalam reka bentuk bingkai basikal untuk berlumba, mendaki dan berulang-alik. Siri artikel yang akan datang bakal diberi tajuk seperti berikut:

  1. The Folding Bike: Problems and Solutions (Basikal Lipat: Masalah dan Penyelesaian)
  2. Bike Stiffness vs. Pedaling Efficiency (Kekakuan Basikal berbanding Kecekapan Mengayuh)
  3. Soft Tail Bikes: Problems and Solutions (Basikal Ekor Lunak: Masalah dan Penyelesaian)
  4. Performance of Stiffened Bikes (Prestasi Basikal Kaku)

Siri ini akan mencadangkan penambahbaikan yang berdaya maju untuk kebanyakan kategori basikal, bertujuan untuk mengoptimumkan kelajuan dan prestasi.

Untuk maklumat lanjut dan untuk mengakses artikel, kunjungi laman web DAHON di www.dahon.com.

Source: DAHON
Keywords: Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Sports Outdoors/Camping/Hiking