omniture

Trina Solar dianugerahkan "Pelaksana Terbaik 2023" oleh PVEL, dengan keandalan Vertex N diiktiraf tinggi

Trina Solar Energy Development Pte. Ltd.
2023-07-10 11:03 31

SINGAPURA, 10 Julai 2023 /PRNewswire/ -- PV Evolution Labs (PVEL), makmal ujian keandalan pihak ketiga yang terkemuka di dunia, menerbitkan Kad Skor Keandalan Modul PV 2023 dan Trina Solar sekali lagi diiktiraf sebagai Pelaksana Terbaik antara pengeluar-pengeluar modul PV global atas prestasi yang cemerlang modul Vertex N, terutamanya modul Vertex N 605W. Ini merupakan tahun kesembilan turut-turut Trina Solar memenangi anugerah ini, satu pencapaian yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana syarikat lain.


Menggunakan parameter yang ketat, PVEL menerbitkan Kad Skor Keandalan Modul PV setiap tahun, menyediakan data dan kajian yang banyak terhadap industri yang membantu membimbing pembangunannya, peranan yang dihargai oleh semua pihak berkepentingan.

Kesemua modul ujian Trina Solar, termasuk modul jenis-p serta jenis-n, menunjukkan prestasi yang luar biasa bagus dalam ujian-ujian seperti LID+LETID dan urutan tegasan mekanikal. Modul Vertex N 605W Trina Solar, yang menggabungkan teknologi i-TOPCon Termaju dan teknologi 210mm, menunjukkan prestasi terbaik dalam ujian DH dan PID. Modul ini amat serasi dengan penjejak, menawarkan kefleksibelan optimum dalam projek-projek berskala utiliti di rupa bumi yang paling rumit dan memaksimumkan nilai pelanggan dengan LCOE yang lebih rendah.

Di Ekspo Kuasa PV SNEC di Shanghai pada bulan Mei, Kevin Gibson, pengarah urusan PVEL menyampaikan anugerah Pelaksana Terbaik kepada Trina Solar.

From left to right: Gao Lei, deputy director of global product management at Trina Solar; Wang Bing, CMBU Operation Quality Head at Trina Solar; Kevin Gibson, managing director at PVEL; Jean-Nicolas Jaubert, Director of China Operations at PVEL
From left to right: Gao Lei, deputy director of global product management at Trina Solar; Wang Bing, CMBU Operation Quality Head at Trina Solar; Kevin Gibson, managing director at PVEL; Jean-Nicolas Jaubert, Director of China Operations at PVEL

Kevin mengucapkan tahniah kepada syarikat itu atas prestasi modul Vertex yang cemerlang, terutamanya Vertex N 605W dan atas kemunculannya dalam senarai Pelaksana Terbaik buat tahun kesembilan berturut-turut. Trina Solar diiktiraf sebagai Pelaksana Terbaik dalam hampir setiap kategori yang modulnya diuji.

left :Kevin Gibson, managing director at PVEL; right: Theo Xin, product manager at Trina Solar
left :Kevin Gibson, managing director at PVEL; right: Theo Xin, product manager at Trina Solar

Anugerah ini bukan sahaja mencerminkan kualiti modul-modulnya, tetapi juga kepercayaan yang diberikan oleh pelanggan seluruh dunia ke atas mereka. Trina Solar telah diiktiraf di tempat lain atas prestasi produk yang cemerlang, inovasi teknologi serta keupayaan menjana keuntungan yang tinggi, diberi penarafan keupayaan menjana keuntungan 100% selama tujuh tahun berturut-turut oleh BNEF dan diberi penarafan AAA, penarafan tertinggi, dalam laporan Penarafan Keupayaan Menjana Keuntungan Teknologi Modul oleh PV-Tech.

Source: Trina Solar Energy Development Pte. Ltd.
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities