omniture

Yili Innovation Center Europe, Institute for Manufacturing dan StartLife di Belanda bersama-sama menganjurkan Forum Inovasi Terbuka

Yili Group
2023-07-14 08:30 47

- Bagi Meningkatkan Pembangunan Ekosistem Kesihatan Global

WAGENINGEN, Belanda, 14 Julai 2023 /PRNewswire/ -- Mulai 5 hingga 6 Julai 2023, Forum Inovasi Terbuka telahpun diadakan di kampus Wageningen University and Research (WUR), salah sebuah institusi pengajian tinggi terkemuka di dunia yang memfokuskan pada pengajian pertanian di Belanda. Dianjurkan oleh Open Innovation (OI) Forum di Institute for Manufacturing di University of Cambridge, acara tersebut dihoskan oleh StartLife, sebuah organisasi pelaburan pakar yang berpangkalan di Belanda dan Yili Innovation Center Europe di bawah tema "Teknologi Pengeluaran Makanan Disruptif." Tujuan forum berkenaan adalah untuk memajukan penaiktarafan dan aplikasi inovatif teknologi makanan kesihatan global. Usaha ini kemudiannya memberikan penyelesaian kesihatan yang lebih komprehensif kepada pengguna.

 

Semasa forum itu, En. Dominic Oughton, Sekutu Perindustrian & Ketua OI Forum di IfM, University of Cambridge, Dr. Maurits Burgering, Pengarah Program di WUR, Cik Annelies Schenk, Ketua Inovasi & Perkongsian di StartLife, En. Hittjo Homan, Pengurus Teknologi Tenusu di Yili Innovation Center Europe dan Dr. Matthias Eisner, Saintis Kanan Teknologi Produk & Proses di Yili Innovation Center Europe mengambil bahagian dalam perbincangan bersama pakar-pakar disegani yang lain, serta wakil-wakil daripada perusahaan inovasi teknologi mengenai satu siri teknologi canggih.

Berhubung forum ini, Dr. Lin Zhu, Pengurus Inovasi Terbuka di Yili Innovation Center Europe berkata: "Forum ini akan menggalakkan lagi pembangunan industri yang berkualiti tinggi dan hasilnya, menyediakan penyelesaian yang lebih sihat, lebih komprehensif dan lebih berkhasiat kepada pengguna."

Semasa sesi perbincangan terbuka mengenai amalan inovasi di bawah tema "Inovasi dalam Konteks Silang-budaya," Dr. Maurits Burgering menyatakan bahawa Yili bukan sahaja memfokuskan kepada sejumlah besar projek inovatif dengan WUR, tetapi juga menyokong pelajar dan syarikat pemula dengan aktif, sebagai sebahagian daripada sumbangannya kepada masa depan yang lebih baik.

Yili Innovation Center Europe kini menjadi jambatan untuk Yili menghubungkan China dengan usaha inovatif di Eropah dan dunia umumnya. En. Dominic Oughton, berkata "Yili telah mencapai inovasi termaju dalam proses untuk menghubungkan dunia dan membawakan kuasa serta inovasi jenamanya ke Eropah. Ini merupakan kajian kes terbaik bagaimana universiti, syarikat pemula dan syarikat besar boleh saling bekerjasama merentas wilayah-wilayah berbeza untuk mencapai inovasi terbuka."

Yili bekerjasama erat dengan syarikat pemula yang merupakan sebahagian daripada StartLife, dengan menyediakan maklum balas serta bimbingan yang membina berhubung inovasi dan keusahawanan. Sokongan daripada Yili telah membantu mereka dalam perjalanan mereka untuk menjadi perniagaan yang lebih besar dan lebih memberi kesan. Kami bersyukur atas dedikasi Yili untuk menyokong syarikat pemula di seluruh dunia," kata Cik Annelies Schenk.

Pada Jun 2021, Yili menandatangani satu perjanjian kerjasama dengan StartLife dalam bidang teknologi makanan dan pertanian serta menjadi ahli OI Forum. OI Forum di IfM, University of Cambridge ialah program berstruktur untuk ahli-ahli berkongsi amalan terbaik, meneroka 'topik hangat' dan mempercepatkan kolaborasi inovasi terbuka sepanjang rantaian nilai Makanan, Minuman & FMCG.

Source: Yili Group
Related Stocks:
Shanghai:600887
Keywords: Education Food/Beverages Health Care/Hospital Contracts Licensing/marketing agreements Trade show news