-- Hanya 54 Peratus Responden Pernah Mendengar Tentang Tragedi Holocaust
NEW YORK, 13 Mei 2014 /PRNewswire/ -- Liga Antifitnah (ADL) hari ini mengeluarkan keputusan kaji selidik sedunia yang tidak pernah dijalankan sebelum ini tentang sikap anti-Yahudi. 100 Global ADL: Indeks Sikap Anti-Yahudi telah meninjau 53,100 dewasa di 102 negara dalam usaha untuk menentukan, buat julung kalinya, kaji selidik penyelidikan berasaskan data menyeluruh yang mengkaji tahap dan kesungguhan sentimen Anti-Yahudi seluruh dunia.
Kajian itu mendapati sikap anti-Yahudi telah merebak ke seluruh dunia. Lebih satu daripada empat dewasa, 26 peratus daripada mereka yang dikaji selidik, dijangkiti teruk dengan sikap anti-Yahudi. Angka ini mewakili kira-kira 1.09 bilion orang. Kaji selidik itu mendapati hanya 54 peratus daripada yang dikaji selidik seluruh dunia pernah mendengar tentang tragedi Holocaust. Dua daripada tiga orang yang dikaji selidik sama ada tidak pernah mendengar tentang tragedi Holocaust, ataupun tidak percaya dengan ketepatan catatan sejarah.
Markah 100 Global ADL: Indeks Sikap Anti-Yahudi keseluruhan mewakili peratusan responden yang menjawab "mungkin benar" kepada enam atau lebih daripada 11 stereotaip negatif tentang Yahudi. Indeks dengan 11 soalan telah digunakan oleh ADL sebagai metrik utama bagi mengukur sikap anti-Yahudi di AS selama lebih 50 tahun lepas.
Di Malaysia, kaji selidik itu mendapati 61 peratus daripada populasi orang dewasa, kira-kira 11 juta orang, mempunyai sikap anti-Yahudi yang tegar.
"Buat julung kalinya, kita boleh lihat dengan jelas betapa sikap anti-Yahudi hari ini telah merebak luas dan tidak pudar-pudar di seluruh dunia," kata Abraham H. Foxman, Pengarah Kebangsaan ADL. "Data ini membolehkan kami melihat jauh ke hadapan insiden dan retorik anti-Yahudi serta mengkuantitikan penyebaran luas sikap anti-Yahudi seluruh dunia. Kini kita boleh mengenal pasti titik panas, serta negara dan rantau dunia, tempat kebencian terhadap Yahudi boleh dikatakan hampir tidak wujud langsung."
100 Global ADL: Indeks Sikap Anti-Yahudi boleh didapati melalui laman web interaktif di http://global100.adl.org, dan akan memberikan capaian terus kepada penyelidik, pelajar, kerajaan dan orang awam untuk mendapatkan pelbagai data semasa tentang sikap anti-Yahudi. Kaji selidik ini memeringkatkan negara dan wilayah daripada yang paling kurang sifat anti-Yahudi (Laos, 0.2 peratus) sehinggalah yang mempunyai sifat anti-Yahudi paling kuat (Tebing Barat dan Gaza, pada 93 peratus).
Namun ada juga beberapa aspek yang masih memberi harapan. Dalam kebanyakan negara yang bertutur Bahasa Inggeris, peratusan mereka yang mempunyai sifat anti-Yahudi adalah 13 peratus, jauh lebih rendah daripada purata keseluruhan. Negara dengan majoriti penganut Kristian Protestan mempunyai pemeringkatan paling rendah sifat anti-Yahudi, jika dibandingkan dengan negara lain yang mempunyai agama majoriti. 28 peratus daripada responden seluruh dunia pula tidak percaya apa pun daripada 11 stereotaip anti-Yahudi yang diuji adalah "mungkin benar".
ADL menugaskan firma pengundian First International Resources dan Anzalone Liszt Grove Research untuk mengendalikan undian sikap terhadap orang Yahudi. Data telah dikumpulkan daripada temu bual yang dikendalikan antara bulan Julai 2013 dan Februari 2014 dalam 96 bahasa dan dialek melalui talian telefon tetap, telefon bimbit serta perbincangan secara bersemuka.
Responden telah ditanyakan 11 soalan berdasarkan stereotaip lapuk tentang Yahudi, termasuk stereotaip tentang kekuasaan, kesetiaan, wang serta sikap Yahudi. Mereka yang menjawab "ya" bagi enam atau lebih kenyataan negatif tentang Yahudi dianggap sebagai mempunyai sikap anti-Yahudi. Jidar selisih untuk kebanyakan negara, tempat 500 responden telah dipilih, adalah +/- 4.4 peratus. Dalam pelbagai negara lain yang lebih besar, tempat 1,000 temu bual telah diadakan, jidar selisih adalah +/- 3.2 peratus.
Indeks Global ADL: Sikap Anti-Yahudi Mengikut Rantau
Kepadatan responden tertinggi yang mempunyai sikap anti-Yahudi ditemui di negara Timur Tengah dan Afrika Utara ("MENA"), tempat hampir tiga suku daripada responden, 74 peratus daripada mereka yang dikaji selidik, bersetuju dengan kebanyakan stereotaip anti-Yahudi. Negara bukan MENA mempunyai markah indeks purata sebanyak 23 peratus.
Di luar MENA, markah indeks mengikut rantau adalah seperti berikut:
Maklumat lanjut tentang 100 Global ADL, termasuk perbandingan antara negara, boleh didapati dalam talian di http://global100.adl.org
Liga Antifitnah, yang ditubuhkan pada tahun 1913, ialah organisasi yang menerajui dunia yang melawan sikap anti-Yahudi melalui program dan perkhidmatan yang memerangi kebencian, prejudis serta sikap tidak bertoleransi.