omniture

TCI Perkenal VeCollal®, Kolagen Biomimetik Paling Serupa dengan Kolagen Manusia dari Belgium Disahkan oleh Kajian Klinikal Manusia.

TCI
2023-07-14 10:52 38

TAIPEI, 14 Julai 2023 /PRNewswire/ -- VeCollal®, terletak di Belgium, ialah peneraju global yang terkemuka dalam membangunkan kolagen sumber bukan haiwan. Syarikat ini memiliki latar belakang saintifik yang kukuh dan data percubaan klinikal yang komprehensif. Dr. Josué Vázquez, Ketua Saintis VeCollal®, terkenal dengan kepakaran beliau dalam biobahan dan kejuruteraan tisu, berkelulusan Ph.D. dalam Kejuruteraan Tisu dan Perubatan Jitu. Melalui analisis peringkat molekul yang jitu terhadap urutan asid amino, VeCollal® menghasilkan semula sepenuhnya komposisi asid amino yang terdapat dalam kolagen manusia; ketulenan dan kualitinya telahpun diiktiraf oleh jenama-jenama suplemen dan kecantikan antarabangsa.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kesedaran yang semakin meningkat dalam kalangan pengguna berhubung perlindungan alam sekitar dan kesihatan telah memacu permintaan terhadap kolagen vegan. Kesedaran yang semakin meningkat ini mendorong TCI untuk membentuk pakatan strategik dan menjadi pengedar eksklusif VeCollal® di Asia. Ujian in-vitro menunjukkan peningkatan perembesan kolagen sebanyak 135% dengan VeCollal® berbanding dengan fibroblas kulit yang tidak dirawat. Melalui percubaan klinikal yang dijalankan di institusi-institusi perubatan, TCL memerhatikan peningkatan yang ketara dalam pelbagai parameter kulit selepas lapan minggu pengambilan harian 5g VeCollal®. Ini termasuk pengurangan 13.1% dalam tekstur kulit, pengurangan 14.2% kedutan. Masalah penghidratan, tona kulit dan liang juga telah bertambah baik dalam percubaan klinikal.

VeCollal® menawarkan pilihan yang lebih baik kepada pengguna dengan gaya hidup berbeza, menyediakan alternatif yang berdaya maju buat mereka yang mengamalkan diet vegetarian atau vegan untuk menikmati faedah-faedah suplemen kolagen yang bukan berasal daripada haiwan. Komited terhadap pemuliharaan marin, VeCollal® tidak bergantung pada sumber marin dan menjamin asal usul tulen bagi mencapai kualiti dan kestabilannya yang tinggi.

Berbanding dengan kolagen bovin, VeCollal® dapat mengurangkan jejak karbon sebanyak 15%, menghasilkan kira-kira 12,039 tan metrik pengurangan emisi CO2 apabila menghasilkan 500 tan metrik VeCollal®. Dari segi penggunaan sumber tanah dan air, berbanding dengan kolagen bovin, penghasilan 500 tan metrik VeCollal® mengurangkan sumber air yang digunakan kira-kira sebanyak 6,874 tan metrik. Baru-baru ini, VeCollal® dianugerahkan sebagai Pemenang Produk Hijau di European Green Award dan juga menerima anugerah terpuji di World Dairy Innovation Awards. Pencapaian berkenaan mencerminkan pengiktirafan tinggi yang diterima oleh VeCollal® daripada pakar-pakar industri antarabangsa.

Pautan Berkaitan: https://www.tci-bio.com/

Source: TCI
Keywords: Biotechnology Environmental Products & Services Food/Beverages Health Care/Hospital Household Products Household/Consumer/Cosmetics New products/services