TOKYO, 25 Julai 2023 /PRNewswire/ -- Casio Computer Co., Ltd. hari ini mengumumkan pelancaran penambahan terkini kepada jenama jam tangan kalis hentakan G-SHOCK. Jam tangan GM-S110PG kompak, GM-S2100PG dan kombinasi analog-digital GMA-S2100MD berwarna merah jambu emas (tersedia dalam 5 model secara keseluruhan) berkilauan seperti barang kemas.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini Casio memperluaskan barisan jam tangan untuk semua jantina bagi G-SHOCK. Pada Februari 2023, Casio melantik lima anggota kumpulan gadis Korea Selatan ITZY sebagai duta jenama G-SHOCK. Lagu-lagu dan persembahan-persembahan hebat daripada kumpulan tersebut benar-benar sesuai dengan konsep daya lasak jenama G-SHOCK, menyampaikan pesanan yang mantap bahawa daya lasak G-SHOCK adalah untuk semua jantina.
GM-S110PG, GM-S2100PG dan GMA-S2100MD yang kalis hentakan membawakan permukaan jam dan bekas jam berwarna merah jambu-emas berkilauan kepada versi-versi bersaiz lebih kecil, berat yang lebih ringan pada GA-110 dengan permukaan jam berdimensi tersendiri dan GA-2100 dengan bezel oktagonnya, yang terbukti popular terutamanya dalam kalangan pengguna muda.
Skema Warna Disatukan — GM-S110PG dan GM-S2100PG
Selain daripada tarikan tekstur sofistikated bezel logam dan pengancing yang dikemaskan dengan IP merah jambu-emas, warna merah jambu kuning air yang elegan digunakan untuk tali jam resin. Skema warna monokromatik keseluruhan memastikan keserbabolehan penggayaan untuk disesuaikan dengan apa jua fesyen.
Muka Jam Menggamit Perhatian, Begitu Menawan — GMA-S2100MD
Pemendapan wap warna merah jambu-emas diaplikasikan pada permukaan jam, selain kemasan cermin pada tanda indeks dan butiran lain, meliputi muka jam dengan kilauan. Bahan-bahan resin pada kemasan matt digunakan untuk bezel dan tali jam, tersedia dalam tiga warna klasik — putih, merah jambu dan hitam.
Casio terus meluaskan kumpulan peminat G-SHOCK dengan menambah model-model untuk semua jantina, berkomunikasi dengan pengguna untuk terus berhubung mengikut peredaran masa.