omniture

Ais Krim Cremo Jenama Subsidiari Yili Thai Dianugerahkan Best of the Best Thai FDA Quality Award 2023

Yili Group
2023-07-25 23:31 47

BANGKOK,, 25 Julai 2023 /PRNewswire/ -- Tanggal 12 Julai, Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Kementerian Kesihatan Awam Thailand mengumumkan secara rasmi senarai pemenang bagi Quality Award 2023. Ais krim Cremo jenama subsidiari Yili Thai memenangi Best of the Best Thai FDA Quality Award atas pengurusan kualitinya yang hebat. Ini merupakan Best of the Best Award pertama Yili selepas memenangi Thai FDA Quality Award selama tiga tahun berturut-turut dan Yili merupakan satu-satunya perusahaan makanan yang memenanginya – anugerah tertinggi bagi Thai FDA Quality Award pada tahun ini.


Timbalan Perdana Menteri Thai dan Menteri Kesihatan Awam Anutin Charnvirakul menyampaikan Best of the Best Thai FDA Quality Award kepada Yili dan berkata bahawa produk tenusu Yili berkualiti tinggi serta rasanya enak dan anugerah ini sememangnya amat wajar.

Penilaian Thai FDA Quality Award dikelolakan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Thai Kementerian Kesihatan Awam bagi mengiktiraf perusahaan cemerlang yang menghasilkan produk pro-kesihatan, mematuhi etika perniagaan, memenuhi tanggungjawab sosial korporat dan mempromosikan kesihatan awam dalam bidang makanan, ubat-ubatan, kosmetik serta peranti perubatan dan menetapkan penanda aras untuk industri ini. Anugerah ini mula dianjurkan pada tahun 2009 manakala Best of Best Award dalam setiap bidang mula dianugerahkan pada tahun 2020. Sebelum menjadi satu-satunya syarikat makanan yang memenangi Best of Best Award pada tahun ini, Yili telahpun memenangi Quality Award selama tiga tahun berturut-turut.

Subsidiari Yili Thai, yang terletak di Wilayah Pathum Thani, mengeluarkan terutamanya ais krim Cremo. Hasil daripada usaha bersama oleh semua pekerja, semuanya berjalan mengikut perancangan dengan mantap. Bagi menjamin kualiti produk, sistem pendinginan, sistem wap dandang, sistem penulenan air dan sebagainya telah dinaik taraf secara komprehensif dan beberapa barisan pengeluaran automatik telah ditambah. Bagi memastikan pengurusan kualiti yang berkesan, ia melaksanakan penandaarasan pengurusan kualiti, menawarkan bimbingan tentang amalan terbaik dan latihan kemahiran serta menerapkan sistem pengurusan kualiti global Yili ke dalam seluruh rantaian industri. Bagi menggalakkan budaya korporat yang mengutamakan kualiti, ia menanamkan kepercayaan bahawa "Yili" bererti kualiti terbaik dalam pasaran Thai, menganjurkan aktiviti kesedaran berhubung tema pengurusan kualiti dan keselamatan tempat kerja serta terus membimbing pekerja untuk melangkah menuju matlamat yang lebih tinggi.

Diperkasa dan disokong oleh inovasi global Yili Group, sumber dan sistem pasaran, subsidiari Yili Thai terus meningkatkan kawalan kualitinya, pengeluaran, operasi serta usaha pemupukan bakat dan mencapai pertumbuhan yang pesat. Pada tahun 2022, ia mencipta lebih daripada 200 peluang pekerjaan, menjadikan tenaga kerja berjumlah 1,050 dan menghasilkan 13,500 tan ais krim. Menjelang akhir tahun 2022, ia melancarkan sebanyak 200 produk, yang bukan sahaja dijual di Thailand, bahkan turut dieksport ke lebih sepuluh negara dan wilayah termasuk Singapura, Amerika Syarikat dan Australia. Cremo berkembang menjadi jenama ais krim tempatan yang terbesar di Thailand.

 

Source: Yili Group
Related Stocks:
Shanghai:600887
Keywords: Food/Beverages