omniture

WPS Office Lancar Beta Terbuka untuk Pembantu Produktiviti berkuasa-AInya: WPS AI

WPS Office
2023-07-27 09:09 32

BEIJING, 27 Julai 2023 /PRNewswire/ -- WPS Office, penyedia perisian pejabat yang terkemuka, mengumumkan pelancaran pembantu produktiviti berkuasa-AI generatifnya, WPS AI Open Beta (wps.ai). Alat baharu ini dibangunkan untuk memperkukuh produktiviti dan menjimatkan masa pekerja dengan mengautomasikan tugas, seperti mendraf dokumen, menghasilkan tayangan slaid atau meringkaskan fail PDF.

WPS AI ialah pembantu pejabat yang pintar, dikuasakan oleh LLM daripada OpenAI dan PaLM2. Pengguna boleh memanfaatkan perintah bahasa tabii untuk berinteraksi dengan WPS Office, yang menjadikannya lebih mudah untuk pengguna menghasilkan dokumen, pembentangan, borang dan PDF.


Kini, ia tersedia pada suit WPS Office melalui Writer dan PDF, pada sistem Windows dan Android. Pada masa akan datang, ia akan dibenamkan dalam empat komponen utama iaitu Writer, Pembentangan, Lembaran Hamparan dan PDF.

Bagi Writer, WPS AI direka bentuk untuk memberi ilham dan membantu pengguna menghasilkan kandungan yang cemerlang. Ia boleh menjana bantu ingat (prompt) bagi mencetuskan imaginasi pengguna, meluaskan pemikiran mereka dan membantu mereka dalam pelbagai senario seperti sumbang saran, senarai tugasan, emel kerja dan hantaran media sosial. Ia juga memberi cadangan penulisan semula kandungan yang boleh mengubah format, memperkemas kandungan dan mengoptimumkan gaya serta nada.

Bagi PDF, WPS AI boleh menjimatkan masa membaca PDF dengan membantu pengguna memahami dengan cepat dan menekankan perkara utama. Pengguna boleh meminta ringkasan, penghasilan garis kasar, Soal Jawab kandungan, terjemahan dan banyak lagi daripada WPS AI. Ia juga boleh menyediakan ringkasan automatik bagi fail PDF yang panjang dan kompleks serta menghasilkan soalan untuk membantu pengguna memahami fail dengan lebih baik.

Bagi mengakses WPS AI Open Beta, log masuk ke akaun WPS anda dan masukkan maklumat yang diperlukan. Ini akan mempercepatkan proses semakan anda dan memberi keutamaan kepada anda untuk mendapat Akses Pelanggan Awal WPS AI. Sebaik sahaja anda menyerahkan maklumat, anda akan menerima emel permohonan yang diterima ke alamat emel yang anda beri. Selepas melepasi semakan kami, anda akan menerima emel yang mengajar anda cara untuk memuat turun WPS AI serba baharu.

WPS Office ialah suit pejabat semua-dalam-satu yang melibatkan Writer, Lembaran Hamparan, Pembentangan dan PDF bagi mengurus tugas pejabat. Ia memiliki hampir 589 juta peranti aktif bulanan.

Salah satu ciri menonjol WPS Office ialah pendekatan semua-dalam-satu. Pengguna boleh mengakses semua alat produktiviti mereka daripada satu antara muka, termasuk pemprosesan perkataan, penciptaan lembaran hamparan, reka bentuk pembentangan dan penyuntingan PDF. Pendekatan yang diperkemas ini menjadikannya lebih mudah untuk pengguna memberi tumpuan pada kerja mereka, tanpa perlu bertukar-tukar antara beberapa aplikasi.

Satu lagi faedah penting WPS Office ialah penyegerakannya merentas peranti. Pengguna boleh mengakses dokumen, lembaran hamparan, pembentangan dan PDF mereka dari mana-mana, menggunakan sebarang peranti. Ini dapat dijayakan melalui storan berasaskan awan, yang memastikan agar semua data sentiasa dikemas kini dan boleh diakses sepanjang masa.

Digabungkan dengan WPS AI, WPS Office bersedia untuk merevolusikan pasaran perisian produktiviti. Menerusi algoritma pembelajaran mesin termajunya dan keupayaan pemprosesan bahasa tabii, WPS AI akan terus berkembang dan bertambah baik bagi memenuhi keperluan penggunanya.

Source: WPS Office
Keywords: Household/Consumer/Cosmetics Office Products Retail New products/services