omniture

AUPUP Percepatkan Pengembangan Perniagaan Antarabangsa dan Lancar International Building Materials Alliance

AUPUP
2023-08-08 09:38 43

HONG KONG, 8 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- Pada 4 Ogos, AUPUP, platform e-Dagang perdagangan perolehan bahan binaan perniagaan-ke-perniagaan (B2B) pihak ketiga yang terkemuka, mengadakan sidang media di Pusat Konvensyen dan Pameran Hong Kong bagi mengumumkan rancangan pengembangan perniagaan antarabangsanya dan penubuhan International Building Materials Alliance (IBMA).

Pengembangan antarabangsa AUPUP akan menyediakan perkhidmatan dan sokongan untuk pemaju antarabangsa, pembina, syarikat pengubahsuaian, syarikat rantaian bekalan dan banyak lagi. Penubuhan IBMA akan mendorong kolaborasi antara perusahaan, mengembangkan pasaran dan menggalakkan inovasi serta pembangunan dalam industri ini.

"AUPUP akan memanfaatkan kelebihan platformnya untuk memperkasa rakan kongsi, mensinergikan kekuatan dan membantu syarikat-syarikat bahan binaan Cina yang berkualiti tertinggi berkembang ke pasaran antarabangsa," kata Du Jun, Pengasas dan Pengerusi AUPUP. "Kami bermatlamat untuk menyediakan kepada pelanggan antarabangsa dengan lebih banyak produk bahan binaan yang berkualiti tinggi, berkesan kos, menawarkan perkhidmatan secara bersama kepada rantaian inudstri seni bina dan bahan binaan global serta memupuk ekosistem global."

Perniagaan antarabangsa AUPUP mempunyai kelebihan seperti jaringan luas dengan lebih 8,400 pembekal bahan binaan, lebih 2,600 pelanggan korporat dan nilai pasaran kumulatif (CMV) sebanyak 1.2 trilion RMB sejak tahun 2017. AUPUP telah mula membangunkan rantaian bekalan antarabangsanya dan menjalankan perniagaan antarabangsa sejak tahun 2021, menyasarkan pasaran-pasaran utama seperti Asia Tenggara, Amerika Utara, Australia dan Timur Tengah.

IBMA ialah platform kolaboratif yang dimulakan oleh AUPUP. Perikatan ini terdiri daripada pembekal dan rakan kongsi premium dengan keupayaan pengalaman dan perkhidmatan antarabangsa. Ia menyasarkan untuk menyediakan kepada pelanggan antarabangsa dengan produk serta penyelesaian berkualiti tinggi pada harga yang kompetitif. AUPUP juga bekerjasama dengan institusi-institusi pensijilan dan pengujian seperti TUV bagi memastikan kelayakan pembekal mematuhi keperluan kualiti pelanggan dan produk tersebut memenuhi keperluan pensijilan kualiti import tempatan.

Perjalanan Pengembangan Antarabangsa AUPUP - Masa Lalu, Masa Kini dan Masa Depan

AUPUP menggariskan rancangan tiga-peringkat untuk berkembang ke pasaran antarabangsa. Peringkat pertama, dari tahun 2021 hingga 2023, menyaksikan AUPUP memfokuskan untuk membina penyepaduan rantaian bekalan bahan binaan, dengan lebih 1,100 pengeksport menyertai IBMA. Semasa tempoh ini, AUPUP mengumpul sumber dengan bersungguh-sungguh dan menjalin perkongsian dalam pasaran-pasaran penting, termasuk Asia Tenggara, Timur Tengah, Amerika Utara dan Australia.

Mulai tahun 2023 hingga 2025, AUPUP merancang untuk meningkatkan kapasiti perkhidmatan, memperkenalkan lebih banyak jenama bahan binaan Cina ke pasaran antarabangsa dan berkolaborasi untuk penyelesaian rantaian bekalan sehenti B2B yang mencakupi perundingan, reka bentuk, bahan dan pemasangan, dan dalam masa yang sama berkembang menjadi platform e-Dagang rentas sempadan profesional yang mengkhusus dalam bahan binaan.

Antara tahun 2025 dan 2028, AUPUP membayangkan untuk membantu jenama-jenama bahan binaan Cina meningkatkan pertumbuhan mereka di negara-negara dan wilayah-wilayah sedang membangun. Di samping itu, syarikat ini berhasrat untuk menyokong entiti tempatan mewujudkan sistem standard mereka sendiri, dengan penekanan khusus pada standard bahan binaan hijau.

Dengan memanfaatkan perniagaan antarabangsanya dan permulaan IBMA, AUPUP komited untuk memberikan pengaruh positif kepada industri bahan binaan global. Ini akan mendorong pertumbuhan dan menggalakkan inovasi dalam sektor ini.

Latar Belakang AUPUP

AUPUP ialah pembekal bahan binaan sehenti terkemuka China, ditubuhkan oleh Vanke (ke-173 dalam Fortune 500 tahun 2023). Vanke ialah pemaju hartanah terbesar China, mempunyai pengalaman terkumpul selama lebih 35 tahun dan asas kukuh dalam bidang penyelidikan dan pembangunan produk baharu, kawalan kualiti, pengurusan rantaian bekalan dan banyak lagi. Dengan berkongsi sumber dan pengalaman pengurusan yang sangat baik, AUPUP membantu pelanggannya mencapai pertumbuhan perniagaan.

Untuk sebarang pertanyaan perniagaan, sila hubungi Wang Yang di wangy03@aupup.com.
Laman web rasmi:https://p.vvupup.com/en

Hubungan Media
liuyx@aupup.com 

Source: AUPUP
Keywords: Construction/Building Real Estate Retail New products/services Trade show news