omniture

'Jelajah Penemuan Semula Jalan Sutera Beijing' 2023 Bermula

CRIOnline
2023-08-24 09:07 76

BEIJING, 24 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- Pada sebelah malam 21 Ogos, majlis pelancaran acara "Jelajah Penemuan Semula Beijing" ("Rediscovery Tour of Beijing") 2023 telahpun diadakan di tebing Sungai Liangma di Beijing. Acara ini dihoskan oleh Pejabat Penerangan Perbandaran Beijing dan dianjurkan oleh CRI Online daripada China Media Group. Acara ini disertai oleh individu-individu berpengaruh dari Serbia, Romania, Austria, Thailand, Kemboja, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Kazakhstan, Turkmenistan, Zimbabwe dan negara-negara lain. Tujuannya adalah untuk menggalakkan pertukaran budaya dan menunjukkan kepada dunia sejauh mana Beijing telah berkembang bersama-sama laluan Cina menuju pemodenan.

Guests and influencers jointly launch the event.
Guests and influencers jointly launch the event.

Acara "Jelajah Penemuan Semula Jalan Sutera Beijing" merupakan sebahagian daripada rancangan pelaksanaan Beijing untuk Inisiatif Jalur dan Jalan. Sejak tahun 2016, acara ini telah menarik sejumlah 111 pempengaruh antarabangsa dari 49 negara sepanjang Jalur dan Jalan. Acara ini telah menjadi jendela penting bagi menunjukkan imej keterbukaan, keterangkuman, kerjasama, pembangunan dan takdir bersama Beijing serta platform penting untuk pertukaran dan pembelajaran bersama antara tamadun.

Ioan Budura, bekas Ketua Sidang Pengarang Jabatan Kebudayaan, Radio Romania dan ahli kaji Cina terkenal, berucap bagi pihak pempengaruh luar. Beliau berkata bahawa acara ini akan menyediakan kepada beliau dengan bahan dan idea yang beraneka serta besar untuk menceritakan kisah Cina dan beliau percaya bahawa perjalanan ini pastinya akan membuahkan hasil.

"Jelajah Penemuan Semula Jalan Sutera Beijing" pada tahun ini akan berlangsung mulai 21 hingga 26 Ogos. Semasa berlangsungnya acara ini, individu-individu berpengaruh akan melawat Pusat Perkhidmatan Perbandaran Beijing, Pusat Khidmat Masyarakat Jalan Chaowai, Bursa Saham Beijing, Zon Demonstrasi Tenaga Hidrogen Antarabangsa Daxing, Bilik Mesyuarat "Dua Zon" Pusat Pentadbiran Perbandaran Beijing dan tempat-tempat lain untuk mempelajari tentang pencapaian pembinaan Beijing sepanjang sepuluh tahun lalu sejak cadangan Inisiatif Jalur dan Jalan serta mengalami sendiri amalan laluan Cina menuju pemodenan di Beijing.

Source: CRIOnline
Keywords: Art Banking/Financial Service Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service