omniture

GIP Lancar ASEAN Chapter, Visi 2026 dan WG Baharu di Mesyuarat Pleno ke-5nya

Green Investment Principles (GIP) for the Belt and Road
2023-09-08 11:06 65

BEIJING, 8 September 2023 /PRNewswire/ -- Mesyuarat Pleno ke-5 bagi Prinsip-prinsip Pelaburan Hijau (GIP) untuk Jalur dan Jalan diadakan dengan jayanya di Beijing. Lebih daripada 100 wakil daripada lebih 50 institusi anggota mencakupi Asia, Eropah, UK dan Afrika menghadiri mesyuarat itu.

Bagi memperlihatkan trend global dalam kewangan mampan, GIP memperbaharui strategik jangka pertengahannya dan mengumumkan Visi 2026/2030 yang memperkenalkan tonggak "Peralihan". Visi yang dikemas kini turut meningkatkan sasaran dan jangkaan untuk tindakan ke atas analisis risiko, pendedahan serta pelaburan hijau.

Seperti mana yang digariskan dalam Visi, GIP berusaha untuk meningkatkan penglibatan bersama pihak berkepentingan sepanjang BRI, bertujuan untuk mengembangkan pelaburan hijau melalui pejabat-pejabat serantau di Asia Tengah, Afrika dan Asia Tenggara. Sebagai pejabat serantau ketiga, GIP ASEAN Chapter diumumkan dan akan dipengerusikan bersama oleh Dr. Mari Pangestu, bekas Pengarah Urusan Bank Dunia dan Rino Donosepoetro (Donny), Naib Pengerusi, ASEAN dan Presiden Pesuruhjaya Indonesia di Standard Chartered. 

Mari amat mengalu-alukan ASEAN Chapter sebagai platform untuk bertukar-tukar idea dan pengalaman antara penggubal dasar, institusi kewangan (FI) dan syarikat korporat. Keutamaan Bab itu akan melibatkan kewangan peralihan, bagi mempermudah peralihan tenaga yang adil dan berpatutan.

Donny berharap agar Bab itu dapat berperanan sebagai "penghubung super" untuk firma, pelabur dan kerajaan, menyebarkan pengetahuan mengenai kelestarian dan mempercepatkan aliran modal hijau.

Bagi mempermudah pelaksanaan Visi dan membina kapasiti, sebuah kumpulan kerja baharu untuk kewangan peralihan, dipimpin oleh BOC dan DBS diumumkan di mesyuarat itu. WG bertujuan untuk membantu peralihan rendah-karbon anggota dan pelanggan dengan merangka dan melaksanakan pelan peralihan dan menginovasi produk. Anggota-anggota GIP memperlihatkan semangat yang mantap semasa perbincangan panel. George Wang, Naib Presiden Kanan di DBS berkata, "peralihan merupakan bahagian yang paling penting dalam perniagaan masa depan kami."

Dr. Ma Jun, Kursi-bersama GIP dan Pengerusi Jawatankuasa Kewangan Hijau China, menyatakan trend global yang penting dalam kewangan mampan, termasuk Rangka Kerja Kewangan Peralihan G20, standard ISSB dan perhatian pelabur yang semakin meningkat kepada alam semula jadi dan biodiversiti. "GIP akan menerapkan trend ini ke dalam usaha pembinaan kapasiti melalui WG dan babnya," kata Ma.

Sir William Russell, kursi-bersama GIP dan bekas Datuk Bandar Kota London, menekankan kepentingan peralihan EM dalam mencapai sifar-bersih dan kapasiti berkenaan penting untuk peralihan. "GIP memperlihatkan bagaimana pembinaan kapasiti dilakukan dalam EMDE," kata Russell.

JIN Zhongxia, ketua Jabatan Antarabangsa di PBOC, mengiktiraf peranan penting yang dimainkan oleh GIP sebagai platform global untuk tindakan. Beliau menjangkakan GIP akan berperanan dalam tiga bidang, termasuk menyokong aktiviti hijau, mempermudah peralihan dan meningkatkan kapasiti.

Rahul Ahluwalia, YM Timbalan Pesuruhjaya Perdagangan di Kedutaan British Beijing menyatakan tindakan penting diambil oleh China untuk menangani perubahan iklim dan potensi yang besar untuk mempererat kolaborasi China-UK bagi kewangan mampan.

Sebuah buku kes GIP dilancarkan bagi memperlihatkan amalan yang baik dalam pelaburan hijau sepanjang Jalur dan Jalan serta pelaksanaan prinsip-prinsip GIP.

Sebagai pengiktirafan kepada pelaksanaan luar biasa prinsip-prinsip GIP dan inovasi produk oleh anggota-anggotanya, Sekretariat mengumumkan para pemenang bagi GIP Awards 2023.

Hubungi
sec_gip@gipbr.net 

Source: Green Investment Principles (GIP) for the Belt and Road
Keywords: Banking/Financial Service Environmental Products & Services Green Technology Environmental Issues Environmental Policy New products/services Cision Influencer List - ESG