CLEVELAND, 11 Jun 2014 /PRNewswire/ --
DALAM MAHKAMAH RAYUAN
DAERAH CUYAHOGA, OHIO
ALFRED STRAUS, Secara Derivatif, Bagi Pihak Defendan Nominal Eaton Corporation, plc, dan Bagi Pihak Defendan Nominal Eaton Corporation, |
|
Plaintif, |
No. Kes: CV 11 748467 |
lwn. |
Hakim: John P. O'Donnell |
MICHAEL J. CRITELLI, ALEXANDER M. CUTLER, NET C. LAUTENBACH, DEBORAH L. McCOY, GREGORY R. PAGE, CHARLES E. GOLDEN, ARTHUR E. JOHNSON, TODD M. BLUEDORN, GEORGE S. BARRETT, LINDA A HILL, GERALD B. SMITH, VICTOR LEO, MARK MCGUIRE, TARAS SZMAGALA, ERNIE GREENE, JOHN R. MILLER, VICTOR A. PELSON, serta GARY L. TOOKER, |
|
NOTIS RINGKASAN |
|
Defendan, |
PENYELESAIAN |
dan |
BELUM SELESAI DAN |
CADANGAN UNTUK |
|
TINDAKAN DERIVATIF |
|
EATON CORPORATION, plc, dan EATON CORPORATION |
PEMEGANG SAHAM |
Defendan Nominal. |
|
KEPADA: SEMUA MANTAN DAN PEMEGANG REKOD SEMASA SERTA PEMILIK BENEFISIAL BAGI SAHAM BIASA EATON CORPORATION ("SYARIKAT") ATAU EATON CORPORATION PLC ("PLC") PADA 6 JUN 2014 ("PEMEGANG SAHAM").
ANDA DENGAN INI DIMAKLUMKAN, menurut suatu Perintah Mahkamah Rayuan Daerah Cuyahoga, Ohio, penyelesaian yang dicadangkan telah dicapai dalam tindakan derivatif pemegang saham yang putatif.
Perbicaraan akan diadakan pada 23 Julai 2014, pada jam 1:30 petang, di hadapan Yang Arif John P. O'Donnell di Bilik Mahkamah 18-D di Mahkamah Rayuan Daerah Cuyahoga, 1200 Ontario Street, Cleveland, Ohio 44113‑1678, bagi maksud menimbangkan, antara lain: (i) sama ada penyelesaian yang dicadangkan akan diluluskan oleh Mahkamah menurut syarat Pemasukan Syarat dan Perjanjian Penyelesaian ("Pemasukan Syarat"); (ii) sama ada Mahkamah harus mencatat penghakiman yang menolak Aduan Plaintif dengan prejudis dan berdasarkan merit, termasuk dan semua tuntutan yang timbul daripada atau berkaitan dengan fakta dan/atau keadaan yang ditetapkan dalam Aduan; serta (iii) sama ada Mahkamah harus meluluskan penganugerahan yang diberikan kepada Peguam Plaintif untuk yuran peguam Plaintif, perbelanjaan, kos dan juga bayaran insentif kepada Plaintif, sehingga mencecah enam juta dolar ($6,000,000). Mahkamah berhak untuk menjadualkan semula perbicaraan tanpa notis selanjutnya.
Hak anda sebagai Pemegang Saham mungkin terjejas oleh tindakan ini dan penyelesaian yang dicadangkan. Butiran tambahan tentang tindakan ini, termasuk Notis Penyelesaian Belum Selesai dan Dicadangkan untuk Tindakan Derivatif Pemegang Saham ("Notis"), boleh didapati di http://www.weismanlaw.com. Anda juga boleh menghubungi seorang wakil Peguam Plaintif, Weisman, Kennedy & Berris Co., L.P.A., 1600 Midland Building, 101 Prospect Avenue, W., Cleveland, Ohio 44115, di talian +1-800-475-1189 atau +1-216-781-1111, atau Strauss Troy Co., LPA, 150 East Fourth Street, Cincinnati, Ohio 45202-4018, di talian +1-513‑621-2120, untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Jika anda seorang Pemegang Saham semasa, anda mungkin mempunyai hak untuk membantah apa-apa aspek Penyelesaian dan boleh hadir sendiri atau melalui peguam pada perbicaraan tersebut. Para Pemegang Saham yang tidak mempunyai sebarang bantahan kepada cadangan penyelesaian itu tidak perlu mengambil apa-apa tindakan lanjut. Apa-apa bantahan kepada penyelesaian, termasuk permintaan Peguam Plaintif untuk yuran peguam, perbelanjaan, kos dan juga bayaran insentif kepada Plaintif, hendaklah difailkan dan disampaikan, mengikut prosedur yang dinyatakan dalam Notis, selewat-lewatnya 14 Julai 2014.
JIKA ANDA MEMILIH UNTUK MEMBANTAH, ANDA MESTI MENGIKUT PROSEDUR YANG DINYATAKAN DALAM NOTIS ATAU ANDA TIDAK AKAN DILAYAN, DAN KERTAS, ARAHAN, ATAU LAIN-LAIN DOKUMEN DARIPADA PIHAK ANDA TIDAK AKAN DITERIMA DAN DIPERTIMBANGKAN OLEH MAHKAMAH.
Sesiapa yang gagal untuk membantah atau sebaliknya meminta untuk didengar mengikut cara yang ditetapkan dalam Notis akan dianggap telah mengetepikan hak untuk membantah apa-apa aspek penyelesaian (termasuk hak untuk merayu) atau untuk meminta untuk didengar pada perbicaraan, dan akan disekat selama-lamanya daripada membangkitkan bantahan itu atau permintaan dalam ini atau apa-apa tindakan yang berkaitan atau prosiding.
JANGAN HUBUNGI MAHKAMAH ATAU PEJABAT KERANI BERKENAAN NOTIS INI.
Bertarikh: 6 Jun 2014 |
DENGAN PERINTAH MAHKAMAH RAYUAN DAERAH CUYAHOGA, OHIO |