omniture

125 TAHUN BERGERAK - Goodyear persembahkan teknologi tayar perintis di Malaysia sempena sambutan ulang tahun ke-125

Goodyear Asia Pacific
2023-09-13 15:21 151

KUALA LUMPUR, Malaysia, 13 September 2023 /PRNewswire/ -- Goodyear mengadakan sebuah acara serantau bertemakan Goodyear: 125 Years in Motion (Goodyear:125 Tahun Bergerak) pada hari Selasa bagi mendedahkan empat barisan produk premium untuk rantau Asia Pasifik. Syarikat ini turut mengetengahkan kekayaan sejarahnya selama 125 tahun dalam penerokaan teknologi dan memperkukuh komitmennya ke arah Masa Depan Lebih Baik yang mampan.

GOODYEAR 125 YEARS IN MOTION-Nathaniel Madarang delivering speech
GOODYEAR 125 YEARS IN MOTION-Nathaniel Madarang delivering speech

Hampir 300 wakil pelanggan dan 100 anggota media menghadiri acara imersif itu yang menampilkan Nathaniel Madarang, Presiden, Goodyear Asia Pacific; Pietro Saletta, Naib Presiden, Tayar Pengguna, Goodyear Asia Pacific; dan Greg Hanna, Naib Presiden, Pembangunan dan Kualiti Produk, Goodyear Asia Pacific.

GOODYEAR 125 YEARS IN MOTION-Big Moment
GOODYEAR 125 YEARS IN MOTION-Big Moment

Sepanjang 125 tahun Goodyear, syarikat ini tekal menginovasi portfolio produk berbilang jenama bagi menyampaikan mobiliti yang yakin kepada pemandu di serata dunia.

"Asia Pasifik muncul sebagai salah satu pasaran automotif terbesar dunia dan mempunyai potensi yang luar biasa," kata Nathaniel Madarang, Presiden, Goodyear Asia Pacific. "Semangat inovatif Goodyear dan dorongan untuk mencapai kecemerlangan meletakkan kami di epipusat revolusi mobiliti dan kami bekerjasama erat dengan pelanggan serta penginovasi bagi mentransformasikan industri pengangkutan."

Empat Produk Baharu untuk Perjalanan Anda Yang Lebih Baik

Empat produk baharu tersebut ialah: Eagle F1 Asymmetric 6 for Luxury Sports, Wrangler DuraTrac RT for Premium 4x4 Off-Road, ElectricDrive, dan Assurance MaxGuard for Mid Passenger. Dikuasakan oleh teknologi canggih Goodyear, produk-produk baharu ini bukan sahaja memberi pengalaman pemanduan terbaik kepada pelanggan, tetapi juga meningkatkan lagi tawaran produk Goodyear di Asia Pasifik.

Pelanggan dan media dijemput ke acara trek untuk mengalami prestasi luar biasa empat produk baharu ini.

GOODYEAR 125 YEARS IN MOTION-Technology Showcase
GOODYEAR 125 YEARS IN MOTION-Technology Showcase

Kecemerlangan Inovasi demi Masa Depan Kita yang Lebih Baik

Di acara itu, Goodyear menekankan komitmennya kepada Masa Depan yang Lebih Baik dengan paparan interaktif yang membolehkan tetamu diasyikkan sepenuhnya dengan penyelesaian dan perkhidmatan unggul Goodyear untuk mobiliti masa depan. Goodyear komited terhadap kecekapan tenaga canggih, keselamatan, jangka hayat tayar, keselesaan, kemudahan dan penyelesaian berasaskan digital. Di acara itu, Goodyear mempamerkan tayar demonstrasi 90% bahan-lestari, menonjolkan matlamat bercita-cita tingginya untuk membangunkan tayar 100% bahan lestari dan tanpa penyelenggaraan menjelang tahun 2030.

Pengeluar-pengeluar kereta yang terkemuka di dunia mempercayai tayar Goodyear yang membawa jenama mereka. Memandang ke arah 125 tahun yang seterusnya, Goodyear mengesahkan lagi dedikasinya untuk menyediakan kepada pelanggan dan komuniti kami dengan visi jangka panjang bagi mengupayakan mobiliti menuju masa depan selanjutnya.

Latar Belakang The Goodyear Tire & Rubber Company

Goodyear ialah salah sebuah syarikat tayar yang terbesar di dunia. Ia menggaji kira-kira 72,000 orang dan mengilangkan produknya di 57 kemudahan dalam 23 negara seluruh dunia. Dua Pusat Inovasinya di Akron, Ohio dan Colmar-Berg, Luxembourg berusaha untuk membangunkan produk dan perkhidmatan termaju yang menetapkan standard teknologi dan prestasi untuk industri ini. Untuk maklumat lanjut mengenai Goodyear dan produk-produknya, sila ke www.goodyear.com/corporate.

 

Source: Goodyear Asia Pacific
Keywords: Auto Transportation