omniture

Xinhua Silk Road: Quanzhou, timur China berusaha lebih giat untuk tingkatkan pembangunan bersepadu pelancongan budaya

Xinhua Silk Road
2023-09-14 08:22 87

BEIJING, 14 September 2023 /PRNewswire/ -- Quanzhou di Wilayah pantai Fujian, timur China mempunyai sebuah bandar warisan budaya dunia dan pemandangan yang indah, telah melangkah ke hadapan dan berusaha sedaya upaya untuk mencipta corak pembangunan baharu untuk sektor pelancongannya dalam usaha untuk membangun menjadi sebuah bandar pelancongan dan santai bertaraf dunia.

Photo shows tourists hustle and bustle in Quanzhou scenic spot
Photo shows tourists hustle and bustle in Quanzhou scenic spot

Difahamkan bahawa Quanzhou telah memanfaatkan sepenuhnya kelebihannya yang beraneka dan unik dalam sumber-sumber budayanya sejak beberapa tahun kebelakangan ini, menyerlahkan kegemilangannya di persada global. Satu siri aktiviti kebudayaan yang diterajui dan dibangunkan oleh kerajaan tempatan seperti persembahan warisan budaya tak ketara, Festival Seni Antarabangsa Jalan Sutera Maritim telah menonjolkan warisan budaya bandar itu yang telah wujud sekian lama dan memacu penggunaan budaya.

Selain itu, pelancongan waktu malam semakin menjadi cara yang penting untuk pelancong mengalami sepenuhnya budaya tempatan dan kehidupan tempatan. Quanzhou melancarkan pameran tanglung dan pesta malam yang menarik minat baik penduduk tempatan mahupun pengunjung. Di samping itu, sebuah taman industri budaya dan kreatif di Quanzhou dipilih sebagai salah satu daripada kelompok kedua kawasan perhimpunan penggunaan budaya dan pelancongan waktu malam negara China.

Sebagai sebuah Bandar Warisan Dunia, warisan budaya merupakan sumber khazanah Quanzhou yang paling menarik. Bandar tersebut memberi perhatian khusus kepada perlindungan dan penggunaan warisan budayanya. Sebagai contoh, bangunan gaya lama dihidupkan semula dan diberi format baharu, ia ditukar menjadi kafe, restoran, kedai kebudayaan dan kreatif yang mana pelancong dapat menikmati kopi, menyaksikan pameran seni dan mengasyikkan diri mereka dengan pesona bangunan lama ala barat.

Tambahan pula, Quanzhou tidak pernah berhenti meneroka integrasi antara tradisi dan fesyen. Kreativiti telah memberi erti dan nilai baharu kepada budaya sejarah bandar berkenaan dan menyuntik momentum kepada industri pelancongannya. Statistik menunjukkan bahawa semasa cuti Hari Mei pada tahun ini, pasaran pelancongan Quanzhou memulakan pemulihan sepenuhnya, menerima sejumlah 3,058,500 pelancong, satu peningkatan sebanyak 95 peratus berbanding tahun sebelumnya serta mencapai hasil pelancongan sebanyak 2.15 bilion yuan, satu peningkatan sebanyak 110.2 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/336072.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Art Entertainment Publishing/Information Service Travel