omniture

CIFF Shanghai 2023 Berjaya Diakhiri dengan Pertambahan dalam Penyertaan Global

The 52nd China International Furniture Fair (Shanghai)
2023-09-18 08:06 110

SHANGHAI, 18 September, 2023 /PRNewswire/ -- Pameran Perabot Antarabangsa China (Shanghai) ("CIFF Shanghai 2023") ke-52 diakhiri dengan jayanya, menarik sejumlah 93,474 pengunjung profesional sepanjang empat hari, satu peningkatan 10.44% dari tahun 2019 bagi hadirin luar negara.


CIFF Shanghai 2023 merancang dengan teliti lapan kawasan pameran tematik yang utama dan mengadakan empat sub-pameran secara serentak: Pameran Jentera Perabot & Jentera Kerja Kayu Antarabangsa Shanghai, Pameran Ruang Pejabat Komersial CIFF, Pameran Estetika Kehidupan Trend CIFF dan Pameran Luaran Bandar CIFF. Acara tersebut menghimpunkan 1,500 jenama industri dan meliputi kawasan pameran seluas 340,000 meter persegi di Pusat Pameran & Konvensyen Kebangsaan di Shanghai Hongqiao.

Melalui kolaborasi dengan barisan jenama yang terkenal, pameran tersebut mempamerkan himpunan luas produk baharu yang hebat, menetapkan penanda aras baharu untuk kehidupan rumah yang indah menerusi paparan menyeluruh yang berpandangan jauh, kreatif dan terkemuka. Pameran khas perintis profesional tersebut meneroka kemungkinan masa depan reka bentuk kediaman, menerajui gaya hidup mewah, mengikut perkembangan terbaru dan pelbagai.

Pameran tersebut menghimpunkan peserta pameran domestik dan antarabangsa, pembeli profesional dan peminat daripada industri ini. Ia menggalakkan komunikasi industri dengan berkesan, membantu syarikat-syarikat Cina menembusi pasaran antarabangsa, mencari peluang pembangunan baharu dan meluaskan lingkungan global.

Semasa pameran selama empat hari itu, Forum Pembangunan Industri Perabot Global 2023 - Persidangan Trend Reka Bentuk Komersial China telahpun diadakan, mengundang lebih 20 penceramah dan tetamu dialog. Mereka berkongsi pemerhatian jangka panjang mereka, pemikiran dan penerokaan praktikal dalam bidang masing-masing dari perspektif seperti pembaharuan bandar, reka bentuk lestari, perubahan teknologi, gaya hidup, integrasi budaya dan pembentukan ruang.

Selama bertahun-tahun CIFF Shanghai berkembang secara konsisten, menumpukan pada pasaran domestik kelas tinggi dan memupuk perkongsian global. Ia menghubungkan jenama-jenama industri yang terkemuka secara berkesan di pameran itu dengan saluran pengedaran utama baik dalam pasaran Cina mahupun antarabangsa. CIFF Shanghai mengkhusus untuk mewujudkan platform pameran bertaraf dunia, menggalakkan interaksi dan kolaborasi industri seluruh dunia dan menyumbang kepada pertumbuhan yang berkualiti tinggi dalam industri kelengkapan rumah.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: www.ciff.furniture

Source: The 52nd China International Furniture Fair (Shanghai)
Keywords: Furniture & Furnishings Household/Consumer/Cosmetics Trade show news