omniture

Peking University Lancar "Institut Jalur dan Jalan" Pimpinan Sekolah Pengurusan Guanghua

Peking University Guanghua School of Management
2018-04-24 16:09 331

BEIJING, 24 April 2018 /PRNewswire/ -- Dalam usaha menyokong Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) kebangsaan China, Peking University mengumumkan Institut Jalur dan Jalan baharunya dalam sebuah majlis yang diadakan pada hari Jumaat, 20 April 2018. Institut ini akan dipimpin oleh Sekolah Pengurusan Guanghua yang berkedudukan tertinggi daripada Universiti berkenaan.

Memperlihatkan sokongan luas untuk Institut ini, majlis pelancaran dihadiri oleh ZHENG Jianbang, Naib Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Persidangan Perundingan Politik Rakyat Cina; ZHAO Ai, Pengarah Pejabat Hal Ehwal Awam Kumpulan Pemandu untuk Inisiatif Jalur dan Jalan; WANG Dinghua, Pengarah Jabaran Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan; pentadbir-pentadbir utama Peking University; serta wakil-wakil kerajaan dan eksekutif-eksekutif perniagaan dari seluruh dunia.

BRI diumumkan pada tahun 2013 sebagai cara untuk memacu pembangunan ekonomi di negara-negara sekeliling laluan perdagangan laluan sutera purba China, termasuk negara-negara di seluruh Asia, Afrika Utara dan Timur serta Eropah. Semasa majlis pelancaran Institut Jalur dan Jalan berkenaan, Naib Presiden Peking University WANG Bo mengiktiraf peranan antarabangsa China yang semakin berkembang sebagai konteks penubuhan Institut berkenaan. "Pembangunan negara China memasuki fasa baharu sejak dasar pembaharuan dan pembukaan negara empat tahun yang lalu. China menjadi negara yang dikaitkan secara intrinsik dengan seluruh pelosok dunia."

Institut ini akan menyediakan peluang-peluang pendidikan kepada para pemimpin masa depan di negara-negara berkaitan BRI, menjalankan kajian yang relevan dengan projek-projek BRI serta bertindak sebagai platform untuk pertukaran antara orang ramai. Usaha untuk mencapai matlamat ini akan membabitkan penyelarasan antara bidang dalam kalangan pakar-pakar perniagaan PKU Guanghua yang diiktiraf di dunia dan sumber-sumber akademik yang tersedia melalui fakulti-fakulti bertaraf dunia lain di Peking University.

Ketika mengemukakan rancangan-rancangan akan datang untuk pengambilan pelajar, Dekan LIU Qiao PKU Guanghua memaklumkan bahawa, "Pada tahun 2018, kami akan mula mengambil individu-individu yang bercita-cita tinggi dan pintar dengan kemahiran kepimpinan yang mantap serta mempunyai visi global dari negara-negara berkaitan BRI." Pelajar-pelajar baharu awalnya boleh memohon program sarjana muda PKU Guanghua, program MBA dan EMBA antarabangsa serta program pendidikan eksekutif global bukan ijazah. Program-program tambahan akan dimasukkan pada tahun-tahun akan datang.

PKU Guanghua telah mula mencari rakan kongsi bagi menyokong misi Institut berkenaan. Bantuan kewangan yang diberikan oleh rakan-rakan kongsi akan membolehkan Institut ini membina kurikulumnya dan menyediakan biasiswa penuh kepada pelajar yang diterima ke dalam programnya. Syarikat-syarikat atau individu-individu yang berminat untuk bekerjasama dengan Institut Jalur dan Jalan boleh menghubungi PKU Guanghua bagi mengetahui tentang peluang-peluang yang disediakan. Para pelajar yang berminat untuk memohon dalam salah satu program Institut ini boleh menghantar emel kepada deans@gsm.pku.edu.cn.

Source: Peking University Guanghua School of Management
Keywords: Education Higher Education Asian-related news New products/services