omniture

Comviva Umum Penerokaan Dalam CVM Perbankan dengan Platform Pembelajaran Mesin & AI

Comviva
2018-09-26 20:52 334

NEW DELHI, 26 September 2018 /PRNewswire/ --

  • Meterai perkongsian dengan Number Theory tingkatkan penyelesaian CVM dengan keupayaan Pembelajaran Mesin & AI berskala Perusahaan
  • Gabung sinergi kedua-dua entiti untuk bantu bank-bank tingkatkan nilai daripada kumpulan pelanggan runcitnya

Comviva, peneraju global dalam menyediakan penyelesaian mobiliti, hari ini mengumumkan penerokaannya dalam pengurusan nilai pelanggan (CVM) perbankan dengan memeterai satu perkongsian baharu dengan Number Theory, sebuah firma Kecerdasan Buatan dan Pengurusan Data Perusahaan. Perkongsian ini membolehkan Comviva meningkatkan penyelesaian pemasaran Waktu Nyata MobiLytix[TM] dengan keupayaan pembelajaran mesin baharu dan AI yang dibangunkan pada Platform AI @ Scale Number Theory.

Perkongsian ini bertujuan untuk menggabungkan platform pengurusan nilai pelanggan (CVM) didayakan data raya, berbilang saluran Comviva dengan keupayaan Pembelajaran Mesin & AI Number Theory, bagi memperkasa bank-bank untuk meningkatkan nilai daripada pelanggan mereka melalui interaksi yang berterusan, pintar dan menarik. Kombinasi antara maklumat waktu nyata dan algoritma pembelajaran mesin akan membuka banyak senarai tindakan baharu yang akan membantu melanjutkan agenda inovasi bank-bank, lalu memudahkan penyediaan pengalaman yang responsif, diperibadikan dan dipacu maklumat.

Bank-bank akan mendapat akses kepada maklumat waktu nyata dan juga keupayaan untuk menggunakan maklumat tersebut bagi memperibadikan perkhidmatan mereka mengikut persona unik pelanggan dan juga atribut tingkah laku dan transaksi. Pemasaran Waktu Nyata MobiLytix[TM] digandingkan dengan Platform AI @ Scale akan memberikan pemahaman yang lebih mendalam dan holistik kepada bank-bank mengenai pelanggan mereka bagi memenuhi keperluan mereka yang sentiasa berubah-ubah.

Bercakap pada majlis tersebut Amit Sanyal, Naib Presiden & Ketua Eksekutif, Penyelesaian Nilai Pengguna, Comviva berkata, "Dalam ekonomi digital masa kini, bank-bank perlu meramalkan keperluan pelanggan dan terlibat secara proaktif dengan mereka bagi menyediakan produk dan perkhidmatan yang dapat memenuhi keperluan berkenaan. Kami berasa amat gembira untuk memaklumkan bahawa platform Pemasaran Waktu Nyata MobiLytix[TM] kami yang dipertingkat akan membantu bank-bank berubah menjadi entiti yang sentiasa terhubung dan sentiasa terlibat serta dalam usaha untuk meningkatkan penglibatan, kepuasan dan hasil pelanggan."

Bercakap pada majlis tersebut Rajan Nagina, Ketua Pegawai Eksekutif, Number Theory berkata, "Bank-bank mempunyai simpanan data yang besar, yang dapat membantu mereka meningkatkan nilai daripada pelanggan mereka. Kepakaran tinggi Comviva dalam CVM digabungkan dengan keupayaan AI dan Pembelajaran Mesin kami akan membolehkan bank-bank untuk memahami setiap pelanggan secara unik dan membangunkan penglibatan kontekstual dan diperibadikan yang menjurus kepada penglibatan pelanggan yang lebih mendalam serta peningkatan hasil."

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.mahindracomviva.com dan http://www.numbertheory.ai 

Perhubungan Media:
Sundeep Mehta
Hubungi: +91-124-481-9000
pr@mahindracomviva.com

Sumber: Comviva

Source: Comviva
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Licensing/marketing agreements