omniture

Hydroid Terima Pesanan untuk REMUS 6000 AUV Generasi Baharu daripada Japan Agency for Marine-Earth Science Technology (JAMSTEC)

Hydroid, Inc.
2018-11-20 09:16 1808

REMUS 6000 bakal sokong inisiatif teknologi penerokaan sumber laut dalam Jepun

POCASSET, Massachusetts, 20 November 2018 /PRNewswire/ -- Hydroid, Inc., subsidiari Kongsberg Maritime dan pengeluar terkemuka bagi kenderaan dalam air berautonomi (AUV), hari ini mengumumkan ia menerima pesanan untuk REMUS 6000 AUV Generasi Baharu daripada Japan Agency for Marine-Earth Science Technology (JAMSTEC) sebagai sebahagian daripada Program Promosi Inovasi Strategik (SIP): Teknologi Inovatif untuk Penerokaan Sumber Laut Dalam. Inisiatif ini terdapat dalam rangka kerja untuk Program-program Antara Kementerian yang dilaksanakan oleh Pejabat Kabinet Jepun.

REMUS 6000 AUV Generasi Baharu berkenaan adalah berdasarkan reka bentuk kenderaan legasi terbukti dan mempunyai seni bina modular yang membolehkan penambahan daya muatan yang berbilang termasuk pakej sensor pelanggan, sirip depan dan bahagian bateri tambahan. Menerusi elektronik teras rendah kuasa baharu dan reka bentuk badan kapal hidrodinamik, ia telah meningkatkan ketahanan untuk misi yang lebih lama.

"Kami berbesar hati kerana berpeluang untuk membekalkan penyelesaian AUV laut dalam bagi menyokong keupayaan penerokaan sumber laut dalam JAMSTEC yang amat dihormati," kata Graham Lester, naib presiden kanan jualan dan pemasaran di Hydroid. "Kenderaan kami, dengan seni bina modular yang mendayakan keupayaan termaju dan keanjalan operasi, merupakan penyelesaian ideal untuk keperluan operasi JAMSTEC pada masa kini dan akan datang."

Wakil JAMSTEC memberi tambahan lanjut tentang berita tersebut dengan menyatakan, "Kami, JAMSTEC, benar-benar percaya bahawa REMUS 6000 AUV Generasi Baharu akan memberi hasil yang bernilai kepada SIP. JAMSTEC amat komited terhadap program ini dan menerajui pembangunan teknologi kaji selidik untuk laut dalam. Kami berharap Hydroid akan dapat memberi sokongan padu untuk program tersebut dan kami akan bersama-sama membina hubungan yang kukuh."

Untuk maklumat lanjut tentang Hydroid dan rangkaian AUV REMUS, sila layari www.hydroid.com.

Latar Belakang Hydroid, Inc.
Terletak di A.S. dan merupakan subsidiari Kongsberg Maritime, Hydroid ialah pengeluar yang paling dipercayai di dunia bagi Kenderaan Dalam Air Berautonomi (AUV) termaju. Sistem Robotik Marin kami menyediakan penyelesaian gambaran penuh yang inovatif dan andal untuk penyelidikan marin, pertahanan dan pasaran komersial. Kenderaan REMUS kami menampilkan rangkaian AUV dan sistem sokongan AUV paling canggih, pelbagai dan terbukti di lapangan, di dunia. Untuk maklumat lanjut tentang teknologi kami, sila layari www.hydroid.com.

Perhubungan Media
Kaitlyn Rhue
Hydroid, Inc.
Talian Terus: +1 (508)-296-6162 
krhue@hydroid.com 

Source: Hydroid, Inc.
Related Links:
Keywords: Aerospace/Defense Computer/Electronics Maritime/Shipbuilding Transportation Contracts STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)