omniture

Smart Communications Filipina Menggunakan Sandvine untuk Menawarkan Pelan Internet Mudah Alih "Cilik Mudah Urus"

Sandvine
2014-06-19 03:15 206

-- PowerApp SMART menawarkan capaian jangka pendek kepada aplikasi bernilai tinggi – di mana-mana sahaja!

WATERLOO, Ontario, 19 Jun 2014 /PRNewswire/ -- Sandvine (TSX: SVC), peneraju penyedia penyelesaian rangkaian jalur lebar pintar untuk para pengendali tetap dan mudah alih hari ini, telah mengumumkan Smart Communications menggunakan penyelesaian Kawalan Polisi Rangkaian Sandvine untuk menyokong PowerApp – kedai Internet mudah alih pertama dunia – yang membenarkan para pengguna membeli pelan perkhidmatan mudah alih "cilik mudah urus" dan khusus daripada segi aplikasi bagi memenuhi keperluan dan menepati pilihan mereka yang tertentu.

PowerApp, dibangunkan oleh rakan teknologi Smart Communications, Chikka Philippines, berkomunikasi dengan rangkaian data itu bagi membolehkan aplikasi mengagihkan data mudah alih mengikut permintaan, pada kepantasan dan kelebaran jalur yang tepat untuk perkhidmatan bernilai tinggi. Disepadukan bersama penyelesaian Pengurusan Penggunaan Sandvine, PowerApp menawarkan pelan perkhidmatan kepada pengguna, seperti pakej E-Mel, Sembang, Foto dan juga Sosial, dalam capaian tanpa had selama 15 minit, 3 jam atau mengikut hari, bergantung pada aplikasi dan pelan yang tertentu, pada harga tetap yang sangat rendah. Pakej itu menyediakan capaian "sentiasa ada" kepada app terkemuka di mana-mana sahaja, tanpa memerlukan sambungan Wi-Fi.

"Di Filipina, hampir 95 peratus pelanggan menggunakan pelan prabayar atau pelan bayar sambil guna. PowerApp mewakili model mampu milik yang masuk akal daripada segi kemampanan ekonomi bagi para pengguna dan untuk syarikat telekomunikasi, yang boleh mengagihkan data dengan lebih cekap sambil meraih keuntungan merentasi semua segmen pelanggan," kata Michele Curran, Ketua Data dan Perkhidmatan Antarabangsa di Smart Communications. "Berpandukan perspektif pasaran baru muncul, Chikka bersama Sandvine telah membantu untuk merasionalkan perniagaan data mudah alih untuk Smart Communications, dan kami saling membantu untuk mendahului perlumbaan seluruh dunia untuk menghubungkan yang belum terhubung."

PowerApp telah dilancarkan pada bulan Disember 2013 dan jutaan pelanggan Smart sudah pun menggunakan pelan ini.

"Penyelesaian Pengurusan Penggunaan Sandvine telah membolehkan kami menghasilkan pelan perkhidmatan inovatif yang sangat dihargai pelanggan kami, agar mereka boleh terus memuat naik kandungan, menyukai dan turut menulis tweet di mana-mana sahaja mereka pergi, lalu membuatkan pengalaman ini benar-benar bersifat mudah alih," Curran berkata lagi.

"Agar dapat memenuhi keperluan segmen pasaran baru muncul ini, Smart Communications perlu mencipta dengan pantas pelan data mudah alih mirip app yang baharu dan inovatif yang menawarkan capaian kepada aplikasi yang bernilai tinggi dalam peningkatan cilik mudah urus dan mampu milik," kata Tom Donnelly, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Operasi, Jualan dan Perkhidmatan Global. "Produk Pengurusan Penggunaan Sandvine menawarkan kelenturan, kemudahan permulaan penggunaan dan kelebihan masa ke pasaran yang tidak akan dapat diberikan oleh penyelesaian sedia ada kini yang tegar dan sangat bergantung pada perkhidmatan profesional tersuai khusus."

Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang PowerApp, klik di sini.

Bagi melihat kisah kejayaan Smart Communications, klik di sini.

LATAR BELAKANG SMART COMMUNICATIONS INC.

Smart Communications, Inc. (Smart) ialah penyedia perkhidmatan wayarles yang menerajui di Filipina dengan 55.4 juta pelanggan dalam rangkaian GSMnya setakat hujung bulan Mac 2014. Smart telah membina reputasi untuk inovasi, setelah memperkenalkan tawaran wayarles pertama di dunia seperti Smart Money, Smart Load, Smart Padala, dan juga Netphone. Smart menawarkan perkhidmatan 3G, HSPA+, serta LTE, sementara perkhidmatan satelitnya Smart Link menyediakan komunikasi kepada industri maritim global. Smart Broadband, Inc., subsidiari milikan penuh, menawarkan perkhidmatan jalur lebar wayarles, Smart Broadband, dengan 2 juta pelanggan setakat hujung bulan Mac 2014.

Smart ialah syarikat subsidiari milikan penuh pembawa telekomunikasi yang menerajui di Filipina, Philippine Long Distance Telephone Company. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, lawati http://www.smart.com.ph/.

LATAR BELAKANG SANDVINE

Penyelesaian kawalan polisi rangkaian Sandvine menambah kepintaran kepada rangkaian penyedia perkhidmatan komunikasi tetap, mudah alih dan juga bertumpu bagi membolehkan perkhidmatan yang boleh meningkatkan hasil dan turut mengurangkan kos rangkaian. Diperkasa Enjin Polisi Sandvine dan bahasa polisi SandScript, peralatan perangkaian Sandvine melaksanakan fungsi kawalan polisi hujung ke hujung termasuklah pengelasan lalu lintas, dan keputusan serta penguatkuasaan polisi merentasi satah data, kawalan dan juga perniagaan. Produk Sandvine menyediakan maklumat perniagaan yang boleh diambil tindakan, kebolehan untuk mula menggunakan perkhidmatan pelanggan baharu serta alatan untuk mengoptimumkan lalu lintas sambil mempertingkat kualiti pengalaman pelanggan Internet.

Penyelesaian kawalan polisi rangkaian Sandvine telah mula digunakan dalam lebih 250 rangkaian di lebih 90 negara, menjalankan perkhidmatan untuk ratusan juta pelanggan data seluruh dunia, www.sandvine.com.

MAKLUMAT PERHUBUNGAN PELABUR

Rick Wadsworth
Sandvine
+1-519-880-2400 samb. 3503
rwadsworth@sandvine.com

MAKLUMAT PERHUBUNGAN MEDIA

Dan Deeth
Sandvine
+1-519-880-2232
ddeeth@sandvine.com

KENYATAAN PANDANG KE HADAPAN

Sesetengah kenyataan dalam siaran ini yang bukan merupakan fakta sejarah mesti dianggap sebagai kenyataan pandang ke hadapan atau maklumat pandang ke hadapan yang terangkum dalam undang-undang keselamatan yang tertakluk ("kenyataan pandang ke hadapan") dan dirangka menurut peruntukan "kenyataan perlindungan diri" bagi undang-undang sebegitu. Kenyataan yang berkaitan dengan skop permulaan penggunaan produk Sandvine oleh pelanggan khusus dan peluang hasil berpotensi dengan apa-apa pelanggan khusus atau dalam apa-apa segmen pasaran merupakan kenyataan pandang ke hadapan. Tambahan lagi, siaran ini mungkin akan merujuk kepada pesanan tertentu yang belum lagi membuahkan hasil untuk Sandvine dan tiada jaminan yang pesanan sebegitu akan membuahkan hasil atau terhadap masa kejadian sebegitu mungkin akan berlaku. Terdapat syarat atau keadaan lain yang mungkin akan memberikan kesan jika dan apabila pesanan sedemikian benar-benar membuahkan hasil. Para pembaca diingatkan agar tidak menaruh kebergantungan tidak berasas terhadap sebarang kenyataan pandang ke hadapan sebegitu. Kenyataan pandang ke hadapan sebegitu melibatkan kedua-dua risiko dan ketidakpastian yang diketahui dan tidak diketahui yang mungkin akan menyebabkan hasil, prestasi atau pencapaian sebenar Sandvine benar-benar berbeza daripada hasil, prestasi, pencapaian atau kemajuan yang dinyatakan atau dibayangkan oleh kenyataan pandang ke hadapan itu. Semua risiko dan ketidakpastian ini termasuklah, tetapi tidak terhad kepada, perubahan dalam strategi permulaan penggunaan dalaman atau pelan oleh pelanggan khusus; peningkatan penggunaan Internet jalur lebar dan tahap perbelanjaan modal ke atas sistem pengurusan rangkaian jalur lebar; masa pesanan dan masa pendahuluan pengeluaran; perubahan dalam corak pesanan pelanggan atau campuran pelanggan; inventori tidak mencukupi, berlebihan atau tidak berguna; peningkatan persaingan dalam industri peralatan rangkaian jalur lebar; kebergantungan pada pembangunan yang menepati masa serta penerimaan pasaran terhadap standard dan tawaran produk baharu; perubahan teknologi dan pasaran pantas; risiko pengeluaran dan penyumberan termasuk kebergantungan pada pembekal penting dan teknologi penting; kebergantungan pada jualan saluran tidak langsung dan penjual semula; faktor seperti keadaan perniagaan dan ekonomi serta arah aliran pertumbuhan dalam industri peralatan rangkaian jalur lebar dan di pelbagai rantau geografi; keadaan dan ketidakpastian ekonomi global dalam persekitaran geopolitik termasuk impak peraturan yang berkaitan dengan Internet dan penyampaian perkhidmatan Internet. Kenyataan pandang ke hadapan adalah berdasarkan pelan, anggaran, unjuran, kepercayaan dan juga pendapat semasa pihak pengurusan, manakala Sandvine pula tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini kenyataan pandang ke hadapan ini sekiranya andaian yang berkaitan dengan pelan, anggaran, unjuran, kepercayaan serta pendapat ini didapati berubah.

Source: Sandvine
Related Stocks:
Toronto:SVC
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Wireless Communications