omniture

ASTRAZENECA DAN INSTITUT KANSER NEGARA BEKERJASAMA PERKENALKAN TEKNOLOGI AI SARINGAN PARU-PARU

AstraZeneca Malaysia
2023-09-25 09:00 19

Kerjasama meneroka potensi penerapan teknologi AI dalam imbasan x-ray dada sebagai pemeriksaan awal paru-paru di kemudahan kesihatan kerajaan

KUALA LUMPUR, Malaysia, 25 September 2023 /PRNewswire/ -- Sempena Ulang Tahun Ke-10 Institut Kanser Negara's (IKN), AstraZeneca mengumumkan kerjasama bagi memangkin pendigitalan kesihatan negara menerusi pengenalan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) x-ray di kemudahan saringan awal paru-paru Klinik dan Hospital Kerajaan menerusi program Projek Saringan Awal Paru-Paru (SAPU). Sebagai pusat kecemerlangan penjagaan kesihatan kanser negara, IKN bakal menjadi institusi kerajaan pertama negara ini yang menerapkan penggunaan teknologi AI.

Vinod Narayanan – Country President, AstraZeneca Malaysia, together with Dr. Puteri Norliza binti Megat Ramli – Deputy Director, Institut Kanser Negara, at the collaboration announcement
Vinod Narayanan – Country President, AstraZeneca Malaysia, together with Dr. Puteri Norliza binti Megat Ramli – Deputy Director, Institut Kanser Negara, at the collaboration announcement

Di Malaysia, kanser paru-paru tersenarai sebagai kanser paling kerap dihidapi rakyat[i], dengan nisbah 19:1 kematian bagi setiap 100,000 penduduk di negara ini[ii]. Lebih membimbangkan, 80 peratus diagnosis pesakit berada pada tahap empat[iii], iaitu apabila kanser merebak ke bahagian lain badan. Ia membuktikan kepentingan saringan awal untuk mempercepatkan diagnosis dan rawatan kepada pesakit.

Projek SAPU akan bertindak sebagai pemangkin kepada penerapan teknologi AI dalam saringan x-ray di kemudahan kesihatan lain milik kerajaan. Ia memupuk kesedaran melakukan saringan kesihatan bagi mengenal pasti ketaknormalan paru-paru serta usaha memajukan bidang penyelidikan kesihatan paru-paru. SAPU turut bertujuan merapatkan jurang orang awam mendapatkan akses kepada teknologi termaju dan mengenal pasti lebih ramai pesakit di peringkat awal kanser.

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada program utama AstraZeneca Lung Ambition Alliance membabitkan penggunaan teknologi AI dalam saringan awal kanser paru-paru. Ia pertama kali dilancarkan pada 2021 di peringkat primer penjagaan kesihatan dengan kerjasama klinik swasta. Setahun kemudian, AstraZeneca meluaskan lagi program saringan awal kanser paru-paru berteknologi AI itu menerusi kerjasama dengan tiga lagi hospital swasta peringkat tertiar untuk membantu pesakit rujukan dari klinik mendapatkan diagnosis lanjutan menggunakan pengimbas tomografi terhitung dos rendah (LDCT).

Sejak program itu dimulakan pada 2021, hampir 19,000 pesakit disaring untuk kanser paru-paru dan lebih 400 pesakit berisiko tinggi dirujuk ke hospital terpilih untuk siasatan lanjut.

Kini fasa ketiga program itu dikenali sebagai Projek SAPU, bakal menyaksikan teknologi AI diperluaskan sebagai kajian perintis di beberapa klinik dan hospital kerajaan terpilih seluruh negara. Bahkan, beberapa pusat terpilih akan turut bertindak sebagai lokasi mengumpulkan data hasil program. Data berkenaan kemudiannya digunakan bagi memahami lanskap lokaliti dan demografi penyakit di Malaysia.

Mengulas kerjasama itu, Vinod Narayanan, Presiden AstraZeneca bagi Malaysia berkata, "Bagi AstraZeneca, kami berharap untuk mewujudkan penyelesaian secara bersama dengan rakan kongsi kami dalam meredakan beban tanggungan penyakit tidak berjangkit (NCD) di negara ini dan meneroka cara baharu mempercepatkan pendigitalan dalam penjagaan kesihatan menggunakan teknologi AI. Kerjasama IKN ini amat penting bagi membolehkan kami menyediakan pengalaman baharu untuk pengamal kesihatan menerusi penerapan teknologi termaju AI untuk saringan awal paru-paru dan mengesan pelbagai keadaan organ itu, melangkaui sekadar pengesanan kanser paru-paru. Kami faham bahawa diagnosis menggunakan AI ini penting bagi menyatukan teknologi termaju dengan penjagaan kesihatan. Pendekatan ini diharapkan mampu memberikan jangkaan dan hasil lebih baik kepada pesakit."

"Malaysia mencatatkan jumlah kunjungan pesakit yang tinggi mencecah berjuta orang ke klinik dan hospital kerajaan. Langkah untuk memperkenalkan teknologi AI di pusat kesihatan berkenaan bakal memberikan akses kepada sebahagian besar penduduk mendapatkan manfaat daripada teknologi saringan awal tercanggih pada kos lebih rendah dan berpatutan. Langkah pertama ini penting menyediakan peluang sama rata dan menjamin orang awam mendapat akses kepada pemeriksaan penjagaan paru-paru berteknologi AI," kata Vinod.

Vinod berkata, kerjasama AstraZeneca dengan IKN itu menyasarkan untuk mempromosikan penggunaan teknologi AI dalam kalangan sektor kerajaan, sekali gus mengukuhkan ekosistem penjagaan kesihatan Malaysia sebaris negara yang pantas menerapkan penggunaan teknologi AI dalam penjagaan kesihatan.

Dr. Mohd Anis bin Haron @ Harun, Pengarah Institut Kanser Negara berkata, "Bagi pihak IKN, kami sentiasa ingin memberikan penekanan kepada penjagaan kesihatan paru-paru yang lebih meluas kepada orang awam meliputi pengesanan dan rawatan penyakit awal. Saringan awal mampu menaikan peratusan kelangsungan hiduppesakit, khususnya bagi kanser paru-paru. Ini  seterusnya bakal meringankan impak kos kewangan rawatan kanser yang tinggi perlu ditanggung sistem penjagaan kesihatan negara kita."

"Kerjasama kami dengan AstraZeneca adalah langkah tepat mengurangkan bebanan NCD di negara ini menerusi diagnosis awal. IKN mengakui kepentingan menerapkan teknologi AI ke dalam penjagaan kesihatan, yang mana akan membuka laluan mentransformasikan masa depan diagnosis kesihatan negara," kata Dr. Mohd Anis.

Projek SAPU melangkaui saringan kanser paru-paru. Memanfaatkan teknologi AI dalam menilai imbasan X-rays, teknologi ini berupaya membantu pengamal kesihatan mengesan lebih 30 penyakit berkaitan paru-paru atau patologi, seperti COVID-19, batuk kering dan fibrosis paru-paru.

LATAR BELAKANG – MAKLUMAT SOKONGAN

Teknologi Pengesanan Termaju, Mudah di Akses

Teknologi AI berfungsi dengan penerapan dalam tafsiran sinar-X untuk mengesan kebetulan nodul pulmonari (IPN). Pesakit yang menjalani saringan akan melalui proses tradisional menerusi X-ray, yang kemudian hasilnya akan disemak perisian AI. Teknologi ini berupaya menjana laporan lengkap kurang 1 minit, sekali gus membuktikan kemampuannya sebagai alat sokongan berguna kepada pengamal kesihatan dalam mendiagnosis pesakit, mengelakkan kemungkinan salah diagnosis serta mempercepatkan proses masa diagnosis. Hasilnya rawatan dapat diberikan kepada pesakit dengan lebih cepat dan tepat.

AstraZeneca Lung Ambition Alliance 
- Gerakan menggandakan lima tahun keupayaan survival pesakit kanser paru-paru dan penyelidikan kanser termaju

SAPU adalah inisiatif di bawah AstraZeneca Lung Ambition Alliance (LAA), dengan sasaran untuk mempromosikan proses saringan paru-paru yang lebih baik, memberikan diagnosis awal dan memacu tahap survival lebih tinggi kepada pesakit kanser paru-paru. SAPU adalah fasa ketiga dalam inisiatif itu, selepas fasa pertama bermula pada 2021.

Fasa pertama dilaksanakan di klinik swasta bagi penjagaan kesihatan peringkat primer di bawah Kumpulan Qualitas, menyaksikan teknologi AI itu diterapkan dikalangan klinik kesihatan primer. Inisiatif itu kemudiannya diperluaskan pada 2022, kepada fasa kedua di tiga hospital menguruskan penjagaan kesihatan peringkat tertier dan pesakit rujukan ke hospital untuk siasatan lanjutan menggunakan pengimbas tomografi terhitung dos rendah (LDCT).

Program perintis SAPU turut berfungsi sebagai penyelidikan kanser tempatan. Data yang diperoleh daripada program akan digunakan untuk membangunkan pemahaman yang lebih mendalam dan terkini kepada lanskap dan demografi penyakit dikalangan rakyat Malaysia.

Hampir 19,000 pesakit sudah melalui proses saringan sejak program saringan awal diagnosis kanser AstraZeneca dilancarkan pada 2021. Menerusi kajian dan kerjasama dengan pakar global serta rakan kongsi, AstraZeneca LAA komited mencapai sasaran menggandakan survival lima tahun pesakit kanser seluruh dunia menjelang 2025. Ia dicapai menerusi usaha memfokuskan kepada penyelidikan dan projek meningkatkan saringan serta diagnosis awal, memberikan potensi rawatan berinovasi, mempertingkatkan kualiti penjagaan kesihatan, dan menghapuskan risiko kanser paru-paru sebagai penyebab kematian.

AstraZeneca
AstraZeneca (LSE/STO/Nasdaq: AZN) adalah syarikat bio-farmaseutikal global yang menumpukan pada penemuan, pembangunan dan pengkomersilan ubat preskripsi, terutamanya untuk rawatan tiga bidang penyakit - Onkologi, Kardiovaskular, Renal & Metabolisme, dan Pernafasan & Imunologi. Berpusat di Cambridge, UK, AstraZeneca kini beroperasi di lebih 100 negara dengan produk inovatif ubatan keluarannya digunakan oleh berjuta pesakit seluruh dunia. Sila layari astrazeneca.com serta ikuti perkembangan syarikat di Twitter @AstraZeneca.

Source: AstraZeneca Malaysia
Related Stocks:
LSE:AZN NASDAQ:AZN Stockholm:AZN
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Licensing/marketing agreements New products/services Artificial Intelligence