omniture

Hisense Pamerkan Televisyen Mini-LED ULED Wira, U8, di Acara 'Portals to Beyond' di Afrika Selatan

Hisense
2023-09-25 13:48 34

JOHANNESBURG, 25 September 2023 /PRNewswire/ -- Hisense, syarikat elektronik pengguna dan perkakas global, meraikan pelancaran televisyen Mini-LED ULED wiranya, U8, dengan beberapa pengalaman yang menarik untuk kanak-kanak di Afrika Selatan.


Digelar 'Portals to Beyond', acara tersebut menggunakan televisyen U8 untuk berfungsi sebagai cermin, mengabadikan dan memaparkan detik-detik kehidupan yang indah. Acara berasaskan pengalaman ini akan membawakan pengalaman yang luar biasa kepada kanak-kanak berkisarkan pemuliharaan alam sekitar, pengembaraan alam semula jadi serta galeri seni dan dalam masa yang sama meluaskan pengalaman mereka dan memaparkan gambar imersif daripada U8.

Televisyen ini berjanji untuk membawa orang ramai 'melangkaui yang luar biasa', mengabadikan dan mempersembahkan sukan, seni dan alam semula jadi dengan pengalaman audio-visual yang hebat. Teknologi Mini-LED PRO menawarkan kepada pengguna dengan imej sehingga 1500nit yang jauh lebih cerah dan lebih terperinci berbanding sebelum ini. Televisyen ini akan dapat mengabadikan dan mempersembahkan lebih daripada satu bilion cahaya warna yang berbeza hasil daripada fungsi Quantum Dot Colour yang menghasilkan cahaya pada panjang gelombang yang luar biasa tepat.


Selain daripada pemikiran mengutamakan senario yang memacu inovasi Hisense, syarikat ini bermatlamat untuk melangkah lebih jauh dan terus mengekalkan keutamaan memikirkan tentang alam sekitar bersama-sama kemajuan teknologinya. Bagi menandakan pelancaran televisyen ini, Hisense menyumbangkan 10,000 batang pokok kepada OneTreePlanted yang akan menanamnya di tempat yang paling diperlukan. Komitmen kepada dunia semula jadi ini jelas terbukti dalam pameran 'Portals to Beyond' syarikat ini dan dalam seluruh operasi perniagaan Hisense.

Hisense bertegas untuk mengikuti prinsip-prinsip penjimatan tenaga dan perlindungan terhadap alam sekitar bagi menyediakan produk mesra alam. Syarikat ini turut memfokuskan untuk menambah baik jejak kilangnya dan berbuat demikian dengan meningkatkan penjanaan kuasa solar dalam loji yang dikendalikan olehnya. Syarikat ini meramalkan jumlah kapasiti terpasang bakal mencecah 60MW menjelang akhir tahun 2023 dan kapasiti penjanaan kuasa tahunan akan mencecah 54 juta kWj. Perkadaran penjanaan kuasa solar dalam jumlah penggunaan elektrik Hisense kini mencapai lebih daripada 10 peratus.

Bersedia untuk memulakan perjalanan luar biasa bersama Hisense? Sertai kami di Mall of Africa mulai 22 hingga 25 September untuk 'Portals to Beyond'.

Source: Hisense
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Environmental Products & Services Green Technology Household Products Household/Consumer/Cosmetics Oil/Energy Retail Television Utilities Children-related news New products/services DEI Page