BEIJING, 26 September 2023 /PRNewswire/ -- China memperlihatkan usaha inovasi, inspirasi dan kesediaannya yang berpanjangan terhadap keterbukaan peringkat lebih tinggi di Pameran Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa China (CIFTIS) 2023 yang melabuhkan tirai baru-baru ini yang menggamit perhatian dunia dengan produk baharu serta laluan pembangunan baharu.
People visit the 2023 China International Fair for Trade in Services (CIFTIS) at China National Convention Center in Beijing, capital of China, Sept. 4, 2023. Themed "Opening-up leads development, cooperation delivers the future," the 2023 CIFTIS is held in Beijing from Sept. 2 to 6. (Xinhua/Wu Wei)
Dengan tema "keterbukaan membawa kepada pembangunan, kerjasama mencipta masa depan saling bermanfaat," pameran tersebut diadakan di Beijing mulai 2 hingga 6 September. Acara itu menarik minat lebih 500 perusahaan Fortune 500 dan wakil daripada 89 negara dan organisasi antarabangsa, dengan perkadaran peserta antarabangsa melebihi 20 peratus.
CIFTIS, salah satu pameran untuk perdagangan perkhidmatan yang terbesar dan paling komprehensif di dunia, menarik minat banyak perusahaan untuk memperkenalkan buat julung kalinya produk dan perkhidmatan baharu mereka. Difahamkan bahawa lebih daripada 60 perusahaan dan organisasi dalam bidang kecerdasan buatan (AI), teknologi kewangan (fintech), penjagaan kesihatan serta budaya dan inovasi memperkenalkan produk dan perkhidmatan baharu mereka di CIFTIS, lantas memperlihatkan inovasi sohor kini dalam pelbagai industri.
Produk dan perkhidmatan berkuasa AI semakin menembusi kehidupan harian orang ramai. Proses itu dipercepatkan oleh CIFTIS memandangkan acara tersebut menyumbang kepada pengkomersialan teknologi.
Memandangkan pembuatan China menjadi lebih pintar, perkhidmatan China turut bersedia sedia untuk trend intensif-pengetahuan, menumpukan pendigitalan, kecerdasan dan penghijauan.
Menurut data daripada Kementerian Perdagangan (MOC) China, eksport perkhidmatan boleh serah secara digital dari China melebihi 251 bilion dolar A.S. pada tahun lalu, meningkat 7.8 peratus berbanding tahun sebelumnya, menduduki tempat kelima di dunia.
Perdagangan dalam perkhidmatan intensif-pengetahuan meningkat 11.7 peratus dalam tempoh Januari-Julai, menyumbang sebanyak 43.2 peratus daripada jumlah volum dagangan negara ini, ditunjukkan oleh data.
Chen Jianwei, profesor madya di University of International Business and Economics China, berkata bahawa bahagian perdagangan yang semakin meningkat dalam perkhidmatan intensif-pengetahuan menunjukkan struktur perdagangan perkhidmatan negara yang dinaik taraf dan dioptimumkan.
Selain itu, forum dan persidangan itu menumpukan pada tema seperti Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI), inovasi teknologi dan bentuk perniagaan baharu dalam industri pelancongan budaya, menunjukkan bahawa para peserta bersedia untuk saling bekerjasama dan berkongsi peluang.
China juga sedang mengusahakan undang-undang dan peraturan berhubung perdagangan perkhidmatan, dengan tujuan untuk menyediakan persekitaran perniagaan yang lebih baik kepada pelabur asing dan mengundang pelaburan asing dalam bidang perkhidmatan moden, industri penjimatan tenaga serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan juga inovasi, menurut seorang pegawai kanan di MOC.
Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/336243.html