omniture

Huawei sediakan rangkaian andal untuk kereta api berkelajuan tinggi Jakarta-Bandung yang selamat dan cekap

Huawei
2023-10-02 14:00 58

JAKARTA, Indonesia, 2 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Hari ini, kereta api berkelajuan tinggi JakartaBandung Indonesia, dikenali sebagai WHOOSH, memulakan perkhidmatan secara rasmi. Kereta api ini dapat mengurangkan masa perjalanan antara Jakarta dan Bandung daripada 3.5 jam kepada hanya 40 minit yang akan dapat merancakkan pembangunan ekonomi sepanjang laluan ini. Huawei bekerjasama dengan China Railway Signal & Communication (CRSC) dan China Telecom untuk membina rangkaian kereta api khusus untuk WHOOSH. Rangkaian ini memudahkan komunikasi masa sebenar, kawalan dan penghantaran kereta api, menyediakan sokongan teknikal yang andal dan tangkas demi operasi kereta api yang pintar, selamat dan cekap.

Sebagai kereta api berkelajuan tinggi yang pertama di Asia Tenggara, WHOOSH menjangkau 142.3 kilometer antara ibu kota Jakarta dan destinasi pelancongan popular, Bandung di Indonesia. Kelajuan operasi maksimum kereta api ini ialah 350 kilometer sejam. WHOOSH juga merupakan projek pertama yang mengaplikasikan sistem kereta api berkelajuan tinggi China, termasuk semua elemen daripada rantaian nilai industri, di luar China. WHOOSH menandakan kemasukan Indonesia ke dalam era kereta api berkelajuan tinggi.


WHOOSH dilengkapi dengan Tahap 3 Sistem Kawalan Kereta Api Cina (CTCS-3), yang dibangunkan sendiri di China. Lantaran kelajuan tinggi perjalanan kereta api dan selang waktu berlepas yang singkat, rangkaian komunikasi khusus yang stabil dan andal yang menyediakan ciri keselamatan tinggi, lebar jalur besar dan O&M ringkas adalah sangat penting untuk sistem kawalan kereta api. Ini dapat menjamin agar kereta api dapat beroperasi dengan selamat, lancar dan cekap.

Menurut Lai Chaosen, Naib Presiden Huawei Indonesia, rangkaian tanpa wayar kereta api-ke-darat WHOOSH menerima pakai penyelesaian yang matang daripada Huawei dan menggunakan fungsi pengantaralembaran dalam rangkaian demi liputan yang lancar. Dengan mencapai ketersediaan sehingga 99.99%, rangkaian ini memastikan penghantaran isyarat kawalan kereta api yang stabil serta pengaturan dan penjadualan pintar bilangan kereta api dan bilangan fungsi.


Rangkaian data menggunakan peralatan komunikasi data generasi seterusnya daripada Huawei, yang menjamin rangkaian selamat 100% melalui paip keras natif. Setiap pautan dilindungi oleh lelebihan dan pengalihan lelebihan dapat diselesaikan hanya dalam 35 ms.

Rangkaian penghantaran menggunakan peralatan Hybrid MSTP Huawei yang menyediakan lebar jalur besar dan kestabilan tinggi yang diperlukan oleh lebih 20 sistem kereta api berkelajuan tinggi seperti penjadualan dan perintah, pencegahan bencana, pengawasan video, pertiketan penumpang dan sistem telekawal kuasa. Rangkaian ini juga berupaya memenuhi keperluan pertumbuhan dan evolusi perkhidmatan kereta api pada masa akan datang.

Liu Jieping, Timbalan Ketua Jurutera CRSC bagi Projek JakartaBandung, menjelaskan bahawa pelancaran WHOOSH menjadi mercu tanda utama dalam strategi menuju global China untuk kereta api berkelajuan tinggi. Rangkaian tanpa wayar kereta-api-ke-darat, rangkaian penghantaran, rangkaian data dan penyelesaian sistem lain yang disediakan oleh Huawei telah membina rangkaian komunikasi khusus yang berkualiti tinggi untuk WHOOSH serta memberi sokongan teknikal yang andal demi operasi kereta api yang selamat dan cekap.

Dwiyana Slamet Riyadi, Pengarah Presiden PT Kereta Cepat Indonesia China (KCIC), menyatakan, "Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak berkepentingan, terutamanya Huawei dan CRSC atas sumbangan mereka dalam menyediakan penyelesaian teknologi serta infrastruktur kereta api yang penting untuk menyokong operasi kereta api berkelajuan tinggi Whoosh. Pelaksanaan bersama penyelesaian teknologi terbukti dan penyelesaian operasi kereta api berkelajuan tinggi Whoosh dapat menjadi rujukan serta penanda atas untuk pembangunan infrastruktur rel berkelajuan tinggi yang lain di Indonesia serta projek-projek yang serupa di negara-negara ASEAN yang lain."

Source: Huawei
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Transportation Contracts Cloud Computing / Internet of Things