omniture

DR. SATINDER SARTAAJ DEDAHKAN LAWATAN MENAKJUBKAN SELURUH SINGAPURA DAN MALAYSIA

Sonia Holdings
2023-10-09 19:07 10

SINGAPURA, 9 Oktober 2023 PRNewswire/ -- Artis pelbagai bakat Dr. Satinder Sartaaj bersiap sedia untuk memikat hati penonton di Singapura dan Malaysia menerusi muzik Punjabi-Sufi beliau yang penuh perasaan. Ini merupakan kali pertama artis berbakat ini akan menyerikan pentas kedua-dua negara ini.

Satinder memukau penonton dengan keindahan lirik beliau; membawa peminat beliau untuk memahami erti kehidupan dan perasaan paling dalam.

Satinder memulakan perjalanan beliau semasa beliau dalam gred 3 dengan mengadakan persembahan di Bal-Sabha. Ketika ini, beliau berkelulusan Kepujian dalam bidang muzik dan diploma dalam muzik klasik, selain Ijazah Sarjana dalam muzik dan Ph.D dalam Puisi Sufi. Bagi memahami Puisi Sufi, beliau berkelulusan diploma dalam Bahasa Parsi.

Beliau terkenal dengan persembahan yang mempesonakan untuk penonton yang berkumpul di konsert beliau di seluruh dunia. Lagu-lagu beliau diselitkan dengan budaya Punjabi dan mistisisme Sufi, memberi tenaga kepada tubuh dan menyembuhkan hati dengan suara beliau. Lagu-lagu yang terkenal termasuk Udaarian, Rutba dan Massomiyat.

Meluahkan keterujaan beliau, Sartaaj menyatakan, "Saya teruja untuk mengadakan persembahan di Singapura & Malaysia. Membawakan muzik saya kepada peminat di seluruh dunia membuatkan saya berasa sangat gembira. Saya tidak sabar-sabar untuk mengadakan persembahan di Singapura, memandangkan ia akan menjadi kali pertama saya mengadakan persembahan secara langsung di sana."

Selain daripada kehebatan muzik beliau, Sartaaj pernah berkolaborasi dengan artis-artis seperti Nelly Furtado dan membawa watak dalam The Black Prince di samping bintang filem Shabana Azmi. Pencapaian beliau termasuk menjadi lelaki berserban pertama di permaidani merah Cannes dan berkolaborasi bersama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk memerangi pemerdagangan manusia di samping tokoh-tokoh terkenal AR. Rahman dan Jimmy Carter.

Dianjurkan oleh AVA Events, Team Tandem Events dan Sonia Holdings, konsert tersebut menjanjikan campuran antara kekayaan budaya dan kecemerlangan muzik. Tempah tiket anda melalui BookMyShow untuk malam bersama Satinder Sartaaj.

Singapura:
https://sg.bookmyshow.com/e/SATISART

Malaysia:
https://my.bookmyshow.com/events/sublime-tour-dr-satinder-sartaaj-live-in-concert/SATINDER

Latar Belakang Penganjur:

Sonia Holdings: Mengkhusus dalam pengaktifan pengalaman melalui acara dan artis, mereka bermatlamat untuk mencipta kenangan yang tidak dapat dilupakan dengan menyerlahkan potensi artis mereka.

Team Tandem Events: Dengan pendekatan yang tersendiri untuk acara, Team Tandem memupuk hubungan yang kukuh dengan pelanggan, menyediakan penyelesaian yang berkesan.

AVA Events Sebuah syarikat dengan portfolio yang pelbagai, AVA Events pernah menganjurkan acara-acara yang berprestij seperti The Ishtara Diamond Extravaganza, Deepavali Bazar dan Young Achievers Awards serta berkolaborasi dengan jenama-jenama terkenal seperti Singtel.

#satindersartaaj #punjabisufimusic #northindianculture

 

Source: Sonia Holdings
Keywords: Entertainment